Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Showing posts with label Perniagaan internet. Show all posts
Showing posts with label Perniagaan internet. Show all posts

Perniagaan apa yang boleh jadikan kita jutawan?

Wednesday, December 30, 2009 · 2 Puteri amani

Ni memang soalan favourite ramai yang tanya saya. Perniagaan apa yang boleh jadikan kita usahawan jutawan?

Selalunya saya akan tanya balik kepada yang bertanya. Rasa-rasanya perniagaan apa? Dan jawapan yang saya selalu dapat…

  1. Perniagaan hartanah
  2. Perniagaan construction
  3. Perniagaan telekomunikasi
  4. Perniagaan restoran…
  5. …dan sebagainya!

Hendak tahu jawapannya? Jawapannya adalah….

Semua perniagaan boleh jadi jutawan!

Tak kira apa sahaja perniagaan, kita boleh jadi usahawan jutawan. Tak percaya? Lihat sahaja semua industri… bukankah ada jutawan yang tercipta?

  1. Jual produk kecantikan boleh jadi jutawan tak? Tentunya boleh… usahawan Sendayu Tinggi, De Navichee dan ramai lagi telah membuktikannya!
  2. Jual kasut boleh jadi jutawan tak? Tentunya boleh… siapa tak kenal Jimmy Choo, usahawan jutawan kelahiran Malaysia yang menempa nama sampai ke Hollywood!
  3. Jual perkhidmatan design boleh jadi jutawan? tentunya boleh… thats where my first million came from! :)

Jual baja boleh jadi jutawan? Jual kacang boleh jadi jutawan? Jual keropok boleh jadi jutawan? Jual ikan boleh jadi jutawan? Jual basikal boleh jadi jutawan? Jual dompet boleh jadi jutawan? Jual gitar boleh jadi jutawan?

Semuanya boleh. Sebut sahaja apa sahaja industri dan pastinya ada usahawan jutawan dalam industri tersebut!

Oleh itu, berhenti dari mencari alasan industri ni tak boleh… indistri itu tak boleh… industri ni susah dan sebagainya. Semua industri boleh mencipta usahawan jutawan.Ianya bergantung kepada usahawan – ANDA – sendiri! Kalau tak jadi usahawan jutawan, bukan salah industri. Tetapi SALAH KITA.

Sumber: Irfan Khairi



Bukan Senang Nak Jadi Senang

Saturday, October 17, 2009 · 2 Puteri amani


Saya rasa semua orang dah biasa dengar orang kata"Bukan senang nak jadi senang tapi tak susah dan jadi susah".Kenapa yek saya nak bercerita pasal topik nie...Tak ada topik lain ke?..Tajuk nie sebenarnya saya tujukan khas kepada anda yang berkecimpung didalam perniagaan Internet samada secara separuh masa atau sepenuh masa.Ini kerana terlalu banyak produk atau apa jua perniagaan internet yang ditawarkan dengan mengatakan..Kerja mudah..RM10000 sebulan...Hanya 2 jam sehari utk RM5000 seminggu...tetapi hakikatnya 80-90% orang GAGAL menghasilkan duit melalui internet bahkan kedengaran komen,keluhan,rintihan KERUGIAN yang terpaksa ditanggung.Sebenarnya kegagalan yang anda hadapi adalah datang dari diri anda sendiri!!! kenapa plak?..aku dah buat semua cara yg disuruh..dah promosi..dah itu..dah ini..last sekali dah rugi ( hahaha)

Sebenarnya kegagalan itu datang nya dari sikap anda sendiri.Cuba anda fikirkan apakah anda sudah membuat satu keputusan yang muktamad untuk membeli atau menyertai apa jua perniagaan internet yang ditawarkan!! ini kerana kebanyakan dari kita terpikat dan teruja untuk membeli produk atau menyertai peluang perniagaan internet yang ditawarkan hanya berdasarkan KEUNTUNGAN semata mata dan akhirnya kecundang ditengah jalan.Dan bermula lah episod memburukan produk itu tipu,produk ini tak bagus,perniagaan itu SCAM tapi tak pernah menyalahkan diri sendiri walaupun pada kadar 5%.( pandai2 je aku nie..hahaha )

Jika kita banding kan perniagaan OFFLINE dan ONLINE tentunya RISIKO perniagaan online lebih tinggi dan perlu membuat kajian sepenuhnya sebelum satu keputusan dibuat.Tetapi sekiranya anda mengetahui cara yang betul perniagaan online adalah lebih mudah dijalankan dan dijadikan platform untuk kita mencari duit atau menambah duit poket kita dengan cara yang mudah,murah dan berkesan.Anda sendiri sedia maklum terlalu banyak produk produk atau pun peluang perniagaan yang ditawarkan melalui internet,setiap hari ada saja produk atau peluang baru yang ditawarkan.

Disini saya ingin bertanya kepada anda beberapa soalan ;
1) pernah kah anda membuat sedikit kajian?
2) Adakah anda benar2 berusaha?
3) Adakah anda fokus 100% atau ikut suka anda?
4) Adakah anda benar2 faham tentangnya?
5) Adakah anda bersedia untuk GAGAL?

Sekiranya jawapan dari 5 soalan diatas menyatakan TIDAK maka tidak salah anda menghadapi kegagalan dan kekecewaan.Kerana anda menganggap perniagaan online adalah perkara yang terlalu mudah.Sebenarnya dalam apa jua bidang yang ingin anda ceburi samada melalui cara online atau offline,anda perlu membuat perancangan yang betul2 teliti dan anda kena pastikan anda benar2 faham apa yang anda inginkan,tindakan yang perlu anda lakukan dan sikap anda sendiri.Jadi pesanan saya kepada anda semua jadikanlah ayat ini sebati dengan jiwa kita "TIDAK ADA JALAN PINTAS UNTUK BERJAYA MELAINKAN DENGAN PENGORBANAN YANG TERAMAT BESAR UNTUK MENDAPATKANNYA"

Disini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk anda:
1) Buat kajian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
2) fokus hanya pada satu produk atau perniagaan dahulu.
3) usaha yang bersungguh2 dan konsisten
4) Tetapkan matlamat yang jelas
5) Jangan hanya mengira UNTUNG sehingga terlupa faktor RUGI
6) KEKALKAN SIKAP ANDA SENTIASA POSITIF

Apa pun apa yang saya coretkan diatas adalah dari pandangan peribadi saya sendiri.sekiranya ianya tidak betul dan omong kosong saja..anggaplah ianya hanya bualan dari saya untuk anda.




Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit