Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Showing posts with label Sembang. Show all posts
Showing posts with label Sembang. Show all posts

Lelaki Taruma Diperkosa Gadis

Tuesday, December 17, 2013 · 0 Puteri amani


LELAKI LEMAH SEMANGAT MENANGIS DIROGOL GADIS | LELAKI LEMAH SEMANGAT BUKAN LEMAH TENAGA BATIN | Sedih melihat lelaki yang lemah semangat ini. Beliau tidak biasa dengan sentuhan wanita dan telah mengalirkan air mata akibat ketidakselesaan itu.  Perempuan tu pulak buat dek je. Main bantai je.

SIAPAKAH GERANGAN LELAKI MALANG YANG MENYEDIHAKN INI?

MUNGKIN INI ADALAH PENGALAMAN PERTAMA BELIAU.

KESIAN TENGOK BELIAU.

JOM TENGOK GAMBAR AKSI BELIAU DIPERKOSA.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
taaaadddddaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
BANG! BANG! BOOOMMM!!

hahahahaha senyum dooongggggg!!!
sumber


20.000 Kilo Daging Lembu Palsu Disita Di Xian

Monday, September 16, 2013 · 0 Puteri amani


Polis di Xian, provinsi Shaanxi telah merampas lebih daripada 20,000 kg daging lembu palsu dibuat dari daging babi dan diperlakukan dengan bahan kimia, laporan JRJ.

Daging babi diperlakukan dengan bahan kimia, termasuk lilin parafin dan garam Industri, membuatnya kelihatan seperti daging lembu. Kilang terjual lebih daripada 1,500 kg daging lembu palsu untuk pasaran tempatan di sekitar 25-33 yuan per kilo.

Enam bengkel menghasilkan 'lembu' telah ditutup dan daging disita sebagai bukti.Berita itu akan datang sebagai perhatian khusus bagi komuniti Muslim besar Xi'an, yang mungkin telah membeli beberapa jelas non-halal daging lembu.




10 Masjid Terpaling Indah Dan Cantik Di Dunia

Saturday, September 7, 2013 · 0 Puteri amani

Ini pasti akan membuatkan anda teruja. Ikut kami dalam pengembaraan virtual ke masjid-masjid yang indah di setiap pelusuk dunia.

Masjid Faisal
Islamabad


Masjid Faisal di Islamabad adalah masjid yang paling besar di Pakistan. Vedat Dalokay, arkitek Turki yang mengilhamkannya, menggunakan khemah Beduin sebagai inspirasi seni bina Masjid Faisal.

Masjid Besar Baiturrahman
Acheh


Masjid Besar Baiturrahman di Banda Acheh, Indonesia telah dibakar habis apabila Acheh diserang kuasa Belanda pada tahun 1873. Namun, ia telah dibina semula satu dekad kemudian. Ia di antara masjid yang paling indah di seluruh Indonesia.

Masjid Taj Ul
Bhopal



Masjid Taj Ul di Bhopal adalah di antara masjid yang paling besar di benua Asia. Ia juga diguna sebagai madarasah.

Masjid Badshahi
India


Masjid Badshahi telah dibina oleh Maharaja Mughal yang mashyur, Aurangzeb, pada tahun 1671. Ia merupakan masjid yang kelima paling besar di dunia.

Great Mosque of Xi'an
China


Great Mosque of Xi'an di China menampilkan ciri-ciri budaya Cina bersebelahan dengan seni bina Islam.

Masjid Jamek
Kuala Lumpur


Masjid Jamek, adalah salah satu masjid yang paling ikonik untuk penduduk-penduduk bandaraya Kuala Lumpur. Malah, ia merupakan tapak di mana bandaraya kami ini 'dilahirkan'.

Masjid Muhammad Ali Pasha
Cairo


Masjid Muhammad Ali Pasha di Cairo, Mesir menampilkan seni bina Ottoman yang klasik. Ia dibina oleh pemerintah Mesir, Muhammad Ali Pasha untuk mengingati anak sulungnya, Tusun Pasha.

Blue Mosque
Turki


Sultanahmet Camii, juga dikenali sebagai Blue Mosque, di antara masjid yang paling mashyur di Turki. Pembinaannya mengambil masa tujuh tahun, dari 1609 hingga 1616. Seni bina masjid ini dipengaruhi unsur-unsur Ottoman dan Byzantine.

Masjid An-Nabawi
Madinah


Masjid An-Nabawi di Madinah adalah fokus umat Islam pada musim Haji. Bersama dengan Masjidil Haram di Mekah, ia adalah tempat yang paling suci untuk agama Islam.

Masjidil Haram
Mekah


Masjidil Haram di Mekah merupakan tempat yang paling suci bagi umat Islam di seluruh dunia. Setiap tahun, berjuta-juta umat akan ke Tanah Suci Mekah untuk menyempurnakan ibadah Haji dan Umrah

Sudut Pandangan Puteri :: Memang terasa begitu bangga melihat keindahan masjid yang cantik tetapi biarlah cantik juga orang yang sentiasa hadir ke masjid tersebut.Bukan sekadar perhiasan untuk tontonan umat islam.



Anak Mengamuk,Ibunya Seorang Ustazah Di Tangkap Berkhalwat

Tuesday, August 27, 2013 · 0 Puteri amani



JITRA : Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun berang apabila mendapati ibunya dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kubang Pasu (PADKP) di rumah mereka di Taman Teja, Changlun di sini, Jumaat lalu.

Bagaimanapun dia ditenteramkan penguat kuasa yang melihatnya dalam keadaan marah.
Sebelum kejadian, remaja itu tidur dalam bilik di rumah itu sebelum dikejutkan penguat kuasa yang membuat pemeriksaan kira-kira jam 1.30 pagi selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat di situ.

Ibu remaja itu, ustazah berusia 40 tahun yang mengajar di sebuah sekolah rendah di daerah itu dicekup berkhalwat dengan seorang kakitangan kerajaan yang sudah berkeluarga.
Sumber berkata, anak lelaki wanita itu langsung tidak mengetahui ibunya membawa masuk lelaki berkenaan pada hari kejadian.

Katanya, wanita itu dikatakan sudah lama menjanda dan mengenali lelaki itu yang sudah berkeluarga itu sejak beberapa bulan lalu.

“Wanita itu berasal dari Kampung Pulau Nyior, di sini juga pemilik rumah berkenaan, manakala pasangannya berusia 50 tahun berasal dari Langgar, Alor Setar.

“Kami terpaksa menunggu kira-kira 20 minit kerana pemiliknya enggan membuka pintu sehingga memaksa kami menggunakan alat pembesar suara sehingga mengejutkan jiran berhampiran,” katanya




“Nak Pakai Seluar Dalam” Rayu Wanita Ketika Dicekup Khalwat

Thursday, August 15, 2013 · 0 Puteri amani


Seorang wanita merayu kepada pegawai pencegah maksiat untuk masuk semula ke dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar dalam yang tidak sempat dipakainya sejurus selepas dia ditahan, pagi kelmarin. Permintaan itu dipenuhi oleh pegawai berkenaan apabila mendapati wanita itu berada dalam keadaan mengghairahkan kerana memakai seluar ketat nipis, selain baju yang dipakainya kelihatan dalam keadaan tidak sempurna. 

Wanita yang hanya tinggal dengan ibunya di kampung itu mengaku hidup seperti suami isteri sejak mereka menjadi pasangan kekasih lima tahun lalu. Mohd Jonid Abdul Syukor, Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik berkata, wanita berusia 21 tahun dan pasangan kekasihnya 26 tahun berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini diserbu penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin dipercayai ketika sedang memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi itu. Wanita berkenaan pada mulanya mengeluarkan suara tinggi ketika ditahan tetapi selepas itu menangis sambil menceritakan kisah hidupnya dan keluarga pasangan berkenaan. 

Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota RELA menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan itu. “Selepas kira-kira 10 minit kami mengetuk pintu bilik yang berkunci dari dalam itu, ia dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek sebelum mendapati seorang wanita sedang duduk di atas tilam nipis. “Keadaan atas tilam berselerak dengan kain selimut dan sehelai kain sarung di dalam bilik sempit hanya kira-kira tiga meter persegi itu,” katanya. Katanya, ketika diajukan soalan mengenai status mereka bukan pasangan suami isteri, wanita berkenaan mula meninggikan suara sambil menceritakan masalah keluarga pasangannya yang enggan menerima dia sebagai menantu

Wanita berkenaan mengaku pergi ke rumah kongsi tempat tinggal kekasihnya yang bekerja di kilang papan di situ dengan menunggang motosikal sehari sebelum itu dan bermalam bersama kekasihnya. “Malah, dia juga mengaku dalam seminggu dia pergi beberapa kali ke rumah itu sejauh kira-kira 30 kilometer dari rumahnya bagi melepaskan rindu selain memberi alasan untuk membawa makanan. “Ketika disoal, wanita yang hanya tinggal dengan ibunya di kampung itu mengaku hidup seperti suami isteri sejak mereka menjadi pasangan kekasih lima tahun lalu. “Malah, apabila ditanya berapa kali sudah terlanjur melakukan hubungan seks, wanita itu tanpa segan silu mengaku tidak terkira banyaknya dengan alasan dia terlalu sayang kepada pasangannya,” katanya. 

Ketika membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Grik, Mohd Jonid berkata pemeriksaan pada telefon bimbit milik lelaki berkenaan didapati mengandungi beberapa adegan rakaman hubungan seks dengan berlatarkan bunyi unggas pada waktu malam dipercayai hasil rakaman peribadi mereka. “Telefon itu kemudian dirampas untuk dijadikan bahan bukti dan mereka ditahan satu malam di lokap polis sebelum menghubungi keluarga untuk dijamin. “Pasangan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 54 Enakman Jenayah Syariah Perak dan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara, jika sabit kesalahan,” katanya.

sumber


Pelacur Sekolah Bermodalkan RM2 Meraih Untung RM18,000 Sebulan

· 0 Puteri amani


Bermodalkan RM2 untuk melayari Internet yang sepatutnya digunakan untuk belanja harian persekolahan, remaja ini mampu meraih RM18,000 sebulan dengan hanya menggoda lelaki hidung belang yang dahagakan belaian mesra gadis bawah umur menerusi perkenalan di FB. Itu yang dilakukan Tina, 17, untuk hidup selesa dan mampu memakai pakaian berjenama, memiliki peralatan komunikasi canggih seperti anak orang kaya walaupun usianya ketika itu baru 13 tahun. 

Gadis berasal dari utara tanah air ini dapat hidup bebas selepas melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan menerima teguran dan leteran keluarga berikutan sikap liarnya. Peluang itu digunakan Tina untuk memanfaatkan persahabatan singkat dengan lelaki bekerja di tapak pembinaan dikenali secara on-line, Fendi, 20-an, dan sanggup mengambil risiko tinggal bersama lelaki itu selama lima bulan. 

Sanggup membelakangkan keluarga dan ponteng sekolah, tindakan Tina seolah-olah 'keluar kandang harimau, masuk mulut buaya' apabila rumah yang dihuninya turut menjadi 'port' lepak 10 lelaki setiap hari. "Saya pasti keluarga melaporkan kehilangan saya kepada polis, justeru Fendi menasihatkan supaya saya tak keluar dari rumah dan segala makan pakai saya diuruskannya. Sebagai balasan, saya memberikan layanan seks kepada Fendi. "Tiada paksaan ketika kali pertama melakukan hubungan luar nikah, malah kami sama-sama seronok. 

Tidak cukup dengan itu, saya memberi khidmat seks kepada rakan Fendi yang duduk serumah mahupun sekadar datang melepak di kediaman berkenaan. "Namun saya tak bodoh, sebaliknya layanan seks hanya akan diberi jika mereka setuju membayar. Paling banyak RM60, paling sedikit RM30. "Fendi yang kononnya kekasih saya ketika itu tak pernah melarang, bahkan lebih gembira kerana saya boleh memberinya wang untuk menampung makanannya," katanya kepada Metro Ahad. Menurut Tina, selama tempoh itu, dia tidak pernah keluar dari rumah berkenaan dan mampu melayan sekurang-kurangnya 10 lelaki setiap hari. 

Secara purata, gadis hingusan ini mampu meraih RM18,000 sebulan jika dia mengenakan bayaran RM60 satu sesi dan melayan 10 lelaki dalam sehari. Jika 'bekerja' berterusan selama 30 hari, Tina tiada masalah meraih pendapatan sebanyak itu. Selepas bosan selain memiliki sikap enggan dikongkong, Tina membuat keputusan keluar dari 'penjara ciptaan' itu dan menghubungi teman rapatnya bagi menemaninya membeli-belah menggunakan duit haram itu. 

Namun, kegembiraan untuk membeli barangan, pakaian, telefon bimbit berjenama berakhir apabila Tina bertembung dengan polis sebelum dibawa ke balai berdekatan. Pertemuan dengan keluarga yang menangisi kehilangannya di balai polis berkenaan gagal menimbulkan keinsafan di hati Tina, sebaliknya dia sibuk mencari jalan untuk lari semula selepas pergerakannya dikawal ketat. "Saya dikurung keluarga, namun saya lebih licik melarikan diri untuk kali kedua. 

Berbekalkan wang tabungan sebanyak RM500, saya melompat dari tingkat dua rumah dan nasib baik tidak cedera. "Kemudian, saya ke kafe siber membuka akaun FB dan berbual dengan mana-mana lelaki dengan berkesudahan mereka meminta saya menemani mereka. "Bertemu di lokasi ditetapkan, dengan penampilan menarik meskipun berusia 13 tahun, 'dating' ekspres itu pasti diakhiri di bilik hotel. "Sekali perkhidmatan, saya mengenakan bayaran maksimum RM60. 

Selalunya pelanggan tidak kira keturunan dan peringkat umur itu akan menempah bilik hotel sekurang-kurangnya tiga hari, jika perlu, mereka akan datang mendapatkan layanan saya. "Selepas habis tempoh itu, saya kembali ke kafe siber untuk mendapatkan pelanggan seterusnya. Perkara ini berlangsung hampir setahun sepanjang tempoh saya melarikan diri dari rumah," katanya yang ditemui di Baitul Islah, Bukit Beruntung, Selangor. Enggan menyalahkan sesiapa, Tina mengakui kehidupan mewah dijalaninya pernah satu ketika memberi kepuasan tersendiri, apatah lagi dia mampu memiliki barangan berjenama tanpa perlu mengharapkan wang daripada keluarga, yang sememangnya mustahil kerana dia dibesarkan dalam kehidupan serba-serbi tidak mencukupi. 

Malah, katanya, dia tidak memasuki pusat pemulihan itu dengan rela hati, sebaliknya dihantar keluarga selepas gagal mengawal tingkah laku liarnya. "Saya berada di sini hampir tiga tahun dan banyak ilmu agama saya pelajari. Syukur, saya masih diberi peluang untuk membaiki diri biarpun pernah terjerumus di lembah maksiat. "Namun, masih banyak perlu saya pelajari untuk mengenali Allah SWT. 

Saya juga belum kuat untuk keluar berdepan masyarakat, bimbang diri lemah ini kembali ke jalan salah," katanya mengakhiri perbualan. 




Pramugari Cun Dipecat Kerana Tunjuk FUCK

Monday, August 12, 2013 · 0 Puteri amani



Seorang pramugari syarikat penerbangan Aeroflot (syarikat penerbangan terkenal di Rusia) telah mengirim sekeping gambar di dalam Internet yang menunjukkan dia menayangkan isyarat lucah dengan jarinya kepada penumpang di dalam sebuah kapal terbang yang dia sedang bertugas.

Pihak syarikat enggan memaafkan perbuatannya dan bertindak memecat pramugari tersebut. 

Berikut merupakan gambar-gambar pramugari tersebut:



sumber


Wanita Mati Akibat Minum 10 Liter Air Coca Cola Setiap Hari

Sunday, August 11, 2013 · 0 Puteri amani


Umum telah mengetahui mengenai keburukan mengambil Coca-Cola dalam kehidupan seharian. Namun, masih ramai yang menyangkal akan keburukan tersebut dan meneruskan tabiat buruk mereka. Mungkin selepas mengetahui berita ini anda seharusnya mengurangkan tabiat buruk tersebut.


Seorang ibu kepada 8 orang anak, Natasha Harris, 31 tahun dari New Zealand dipercayai mati disebabkan meminum air Coca-Cola dalam kuantiti yang sangat banyak iaitu kira-kira 10 liter setiap hari.

Tabiat buruk yang diamalkan beliau selama bertahun-tahun itu disifatkan oleh ahli keluarga beliau sebagai satu ketagihan yang tidak dapat dihentikan.

Tabiat meminum Coca-Cola beliau telah menyebabkan beberapa batang gigi beliau terpaksa dibuang kerana telah mereput dan salah seorang daripada anaknya lahir tanpa enamel pada giginya.

Natasha yang mati pada Februari 2010 lalu dikenal pasti punca kematiannya melalui laporan bedah siasat yang dikeluarkan baru-baru ini.

Pemeriksaan tersebut mendedahkan pembesaran pada bahagian hati beliau dengan diselaputi deposit lemak yang disebabkan oleh kandungan gula yang terlalu tinggi.

Selain itu, dengan tabiat meminum Coca-Cola yang berlebihan tersebut, dianggarkan pengambilan kaffein beliau menjangkau sebanyak 970 mg sehari dan gula sebanyak lebih daripada 1 kilogram sehari.

Bayangkan anda beli sepaket gula dan makan setiap hari, begitulah perumpaannya




7 Langkah Mudah Pakai Tudung Bawal

Saturday, August 10, 2013 · 0 Puteri amani






























WANITA bertudung pada hari ini dilihat bijak mempelbagaikan teknik pemakaiannya supaya mereka boleh tampil menarik dan mengikut gaya terkini.

LIPAT…bagi memudahkan pemakaian, lipatkan tudung bawal berbentuk segi tiga.

SAMA…pastikan hujung tudung sama panjang.

KANAN…bawa hujung tudung kiri ke kanan hingga paras telinga dan pinkan.

RINGKAS…kemaskan bahagian lebihan tudung dengan teknik memintal.

SIAP…ia sesuai dipakai wanita yang tidak memiliki banyak masa untuk bersiap. Jika mahukan penampilan berbeza dengan sedikit sentuhan tambahan, ikut langkah seterusnya.

KEMAS…hujung tudung yang sudah dipinkan tadi dikemaskan dan dibawa ke bahagian kepala.

KIRI…ambil hujung tudung bahagian kanan dan bawa ke bahu kiri.
Pelbagai teknik boleh dipelajari mengenai pemakaian tudung terutama bagi wanita yang masih memilih jenis bawal untuk digayakan setiap hari.
Jika inginkan kelainan, pemilihan jenis tudung bawal sangat penting bagi menampilkan gaya berbeza setiap kali ke majlis istimewa mahupun ke pejabat.
Pemilihan yang bijak dari segi perincian misalnya manik dan batu juga dapat membantu menambah seri kepada wanita yang ingin tampil menarik.
Bagi yang inginkan kelainan, cubalah teknik pemakaian tudung bawal yang ditunjukkan pemilik butik secara dalam talian, Nurul Huda Ibrahim



Orang Pertama Yang Mengelilingi Dunia Ialah Seorang Pemuda Melayu dan Islam!

Monday, August 5, 2013 · 0 Puteri amani


Seorang Pensyarah di Universiti Harvard, Cambridge di Masschusets Dr. Joyce Chaplin dalam buku tulisannya bertajuk “Menjelajah Bumi : Penjelajahan dari Magellan Hingga Ke Orbit” diterbitkan tahun lalu mengatakan orang pertama yang mengelilingi dunia ialah seorang pemuda Melayu dan Islam.
Buku itu diterbitkan oleh penerbit buku Simon & Schuster.
Dr Joyce berkata, pengembara itu hanya dikenali dengan nama Enrique de Malaca yang diperolehi oleh pengembara terkenal Ferdinand Magellan ketika perang di negeri Melaka.
Menurut beliau dalam tempoh 250 tahun pertama manusia mengelilingi bumi, sebanyak 90 peratus gagal dengan kebanyakan daripada mereka mati ketika dalam pengembaraan.
Ketika itu bumi terbukti terlalu luas untuk dikelilingi dengan mudah. Pelbagai cabaran wujud dalam pengembaraan dan cabaran paling besar ialah jangkitan pelbagai jenis penyakit.
Menurut Dr Joyce, Enrique atau nama Melayunya Panglima Awang digunakan oleh Magellan sebagai penterjemah dan pemandu di beberapa wilayah di Asia.


“Enrique de Malacca, nama yang diberikan tuannya Ferdinand Magellan ini, dikenal di kawasan Nusantara masa itu sebagai Panglima Awang, yang disebut-sebut berasal dari Sumatera atau Melaka,”
“Enrique menyertai Magellan dalam semua penjelajahannya, termasuk pelayaran dari tahun 1519 hingga 1521 yang dibiayai Raja Spanyol, untuk mencari rempah ratus,” katanya.
Magellan meninggalkan Sepanyol dengan armada lima kapal bersama 270 orang kelasi tetapi hanya satu kapal dengan 35 orang pelaut berjaya kembali ke Sepanyol. Magellan pula telah pun terbunuh di Filipina.
Bagaimanapun, Enrique atau Panglima Awang pula berjaya sampai semula ke Melaka sekaligus melengkapkan pusingannya mengelilingi dunia.
Dr Joyce mengarang buku itu dengan ilham dari novel tulisan Jules Gabriel bertajuk“Mengelilingi Dunia Dalam Masa 80 hari” yang diterbitkan pada 1873 dan kini telah diterjemahkan kepada pelbagai jenis bahasa.
Dr Joyce pernah mengajar di lima buah universiti di dua benua dan sebuah pulau serta menyertai sebuah program kajian maritim di Lautan Atlantik. – Mynewshub.my



Taman NERAKA yang Mengerikan Dan Sangat Menakutkan Di Thailand

Sunday, August 4, 2013 · 0 Puteri amani




Bangkok, Berpesta tentunya bertujuan sebagai hal yang dapat menghibur diri. Namun kali ini Thailand mempersembahkan destinasi pelancongan yang cukup unik iaitu neraka. Taman ini bernama The Wang Saen Suk Hell Garden. Ini adalah sebuah destinasi pelancongan di Chonburi, Bangkok, Thailand. Taman ini memang menggambarkan neraka dalam versi agama budha. Di pintu masuk para pelancong memang disambut dengan tulisan Selamat datang di neraka. Selain itu yang lebih menyeramkan lagi adalah adanya adegan penyeksaan yang menakutkan seperti seksaan di neraka nanti.

Pelancong boleh melihat semua hukuman yang diberikan kepada manusia yang berdosa. Misalnya, patung yang menyerupai manusia itu direbus di dalam kuali bersalut tembaga. 



Ada juga hukuman manusia yang di makan hidup-hidup oleh anjing neraka serta ada juga patung yang kurus tulang rusuknya akan kelihatan menonjol. Bukan hanya siksaan yang dipaparkan namun banyak kata-kata bijak yang dipaparkan agar kita mengingat mengelakkan melakukan dosa 





sumber


Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit