Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Wanita Mati Akibat Minum 10 Liter Air Coca Cola Setiap Hari

Sunday, August 11, 2013 ·


Umum telah mengetahui mengenai keburukan mengambil Coca-Cola dalam kehidupan seharian. Namun, masih ramai yang menyangkal akan keburukan tersebut dan meneruskan tabiat buruk mereka. Mungkin selepas mengetahui berita ini anda seharusnya mengurangkan tabiat buruk tersebut.


Seorang ibu kepada 8 orang anak, Natasha Harris, 31 tahun dari New Zealand dipercayai mati disebabkan meminum air Coca-Cola dalam kuantiti yang sangat banyak iaitu kira-kira 10 liter setiap hari.

Tabiat buruk yang diamalkan beliau selama bertahun-tahun itu disifatkan oleh ahli keluarga beliau sebagai satu ketagihan yang tidak dapat dihentikan.

Tabiat meminum Coca-Cola beliau telah menyebabkan beberapa batang gigi beliau terpaksa dibuang kerana telah mereput dan salah seorang daripada anaknya lahir tanpa enamel pada giginya.

Natasha yang mati pada Februari 2010 lalu dikenal pasti punca kematiannya melalui laporan bedah siasat yang dikeluarkan baru-baru ini.

Pemeriksaan tersebut mendedahkan pembesaran pada bahagian hati beliau dengan diselaputi deposit lemak yang disebabkan oleh kandungan gula yang terlalu tinggi.

Selain itu, dengan tabiat meminum Coca-Cola yang berlebihan tersebut, dianggarkan pengambilan kaffein beliau menjangkau sebanyak 970 mg sehari dan gula sebanyak lebih daripada 1 kilogram sehari.

Bayangkan anda beli sepaket gula dan makan setiap hari, begitulah perumpaannya




0 Puteri amani :

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit