Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

35 Nama Kedai Bisnes Online Penipu

Saturday, August 31, 2013 · 1 Puteri amani

Sila rujuk senarai nama kedai atau business online yang menipu ni jika anda kerap melakukan pembelian di internet. Malaysia sebenarnya masih mundur dalam hal pembelian barang secara online kerana masih ramai yang menipu dan menjadi mangsa tipu.
Tak seperti Korea. Kebanyakan perniagaan mereka adalah secara talian. Penghantaran on the spot adalah antara yang terbaik. Sebab itu mereka mampu maju dalam masa yang singkat. Tapi di Malaysia masih ramai makhluk yang mengambil kesempitan di atas kecanggihan teknologi. Macam mana Malaysia nak maju kalau berniaga pun tipu orang. Untung nak cepat. Kalau perniagaan orang lain maju, mulalah nak sabotaj. Adeh..
Bagi pembeli, sebaik-baiknya lihat testimoni atau komen pembeli yang lain dulu samada beliau peniaga yang boleh dipercayai atau tidak. Kalau takde testimoni sila tinggalkan. Dalam Islam pun ada kata; kalau was-was elok tinggalkan.
Berikut adalah antara nama kedai online di Malaysia yang menipu ramai pembeli. Harap berjaga-jaga:

1 ) Az Iman
Report by many people, payment made but nothing have been deliver. Gambar ambil dari google
2) Assyaima Collection
Report by Siti Suhaila , order barang lain tapi dapat barang lain. Bila sms tak reply
3) Kartisha Little Bizhub
Report by Zetty Ezhard , beli perfume last year, kata authentic tapi rupanya fake. Bau macam sabun, bila email balik tak reply. No telefon tak provided
4) Jason / Ah keong / YU KAM LEAN
Report by many people , jual gadget. Sell BB for rm500 end up semua customer dia tak dapat apa2. Memang ramai dah kena. More than RM10k ++ Please beware
5) Imaya Gadget @ Anisah Derahman (kutu gadgets)
Report by Laksamana Cheng Ho , 4 bulan tak dapat barang, dia just refund RM300 and balance until now tak settle. Post kat wall dia block.
6) Wawa Najwa ZK’nas Lens
Report by Cik N Syuhada , until now tak refund duit
7) Yanti Shaterz
Report by many people, mak kutu yang makan duit haram
8 ) Babyrina
Report by Nik Norazne , ramai dah kena tipu and dia ada byk FB.
http://www.facebook.com/princess.babyrina
~ http://www.facebook.com/reena.colections

~ http://www.facebook.com/profile.php?id=100002641425341
~ http://www.facebook.com/lolypopprincess.reena
~ http://www.facebook.com/profile.php?id=100003265896181&ref=ts

9) Coachbagz wonderland
Report by Nurliza Eirlina , jual handbag dari luar negara, dah bayar depo last year but until now barang tak sampai. Email and inbox dia bagi alasan kena tipu dengan supplier tapi sampai sekarang masih active berniaga.
10 ) Katty Eng
Report by Nurul Shahida Syabil , RM130 sampai sekarang tak refund. Barang tak sampai. Now dah block orang
11) Set Nona Roguy
Report by Siti Hajar , dia jual set bersalin. Nama kat akaun maybank Nur Shuhada Ishak. Ramai dah terkena
12) Thalia Amanie @ Juliana Sulaiman
Report by many people , main kutu yang makan duit orang. More details :

FULL NAME —> JULIANA SULAIMAN
NO IC —> 870207495266
NO HP —> 017656278
NO ACC —> CIMB ACC ( 1222-000-3976-201)
ALAMAT —> NO 9,PANGSAPURI SERI NIPAH,OFF TMN PINGGIRAN USJ 4760
SBG JAYA SELGR

13) KIKI GAJET @Muhammad Shaz
Report by Nora Madi Norazmadi , dah bayar deposit RM400, terus kena block. Number phone 0174643265
14 ) Buabuai Buaian cukur Jambul
Report by Love Haikal , duit dah bayar, video tak dapat, fb diblock, call and sms tak layan. Kena pada 13 nov 2011. no phone 01935335784
15) Rainbow House @ Chong Kar Ying
Report by Teia Zakariah , beli lens tak dapat lagi.
16) Koleksi Kpop Eshop @ Norfazilawati Binti Jefferi 01112026208
Report by Faten Suhana and Deana Abdullah , beli 2 baju tapi tak dapat2 lagi sampai sekarang
17) Jualan Mega @ Sarah by Mohd Jamaian
Report by Nabela Dyana , beli ypad budak 30pcs and iphone 4s mainan budak until now tak dapat lagi
18) Door to Door @ Sharifah Nuzaihan Syed Fisol
Report by Amna Nafeesa II , dia jual gadget murah. Sampai sekarang tak dapat. Total loss RM6K.
19) Lens Collections
Report by Chibbi Maruko , total RM345. tak pulangkan lagi duit sampai sekarang.
20 ) Nor Aymylia Bt Normazlin
Report by Puan Ain Juih , beli samsung galaxy tab tapi dapat tablet china. Ramai dah terkena dgn dia. Total loss RM1.6k
21) Nellisa Abd Rahman
Reported by many people , mereka jual barang2 baby , susu dan diapers, barang tak pernah sampai ramai dah tertipu
22) Bee florian @ Aizan Fong Abdullah
Reported by many people, dia ni memang dah bertahun tahun terkenal dengan menipu. Kalau cari fb dia memang dah takde so just beware dengan nama dia tu.
23) Rosidah Abdullah
Reported by many people , dia ni suka buka kedai tiru nama kedai seller lain so nanti customer akan keliru. So just beware dengan nama dia bila nak buat payment nanti. Maybank 163091006206 , hp 01114990713 / 01114944617
24) Butik Beg Tangan Berjenama @ Wan Syazwani maybank 158305218738
Reported by many people, fb dia pun dah hilang sekarang. Dapat duit terus senyap then deactivate fb.
25) Adayana Perfume @ Syahidan Ahmad
Reported by many people, after payment barang tak sampai. Macam2 alasan diberikan.
26) Kedai Gadget @ Faizah binti Md Rejab
Reported by many people , kutu gadget dan jual ada jual gadget tapi kalau dah bayar jgn harap barang akan sampai. DIA MASIH ACTIVE DI LUAR SANA PLEASE BEWARE.Ni no dia 0179895662
27) Korean Sweety Eye
Reported by many people, after payment dia akan block dari msg/wall
28) Kedai saya @ Mohd Syazamie
Reported by Aina Jessturaya, orang tu mengaku diri pekerja court mammoth penang and jual barang murah & ansuran. After masukkan duit dia akan block terus. Tracking number yang tipu dia bagi
29) Babydynas Collections & Babydynas Kutu Frenz
Reported by many people, ada few people je yang dapat refund dari dia. Yang lain semua dia kebas duit. Senyap sampai sekarang
30) Aida Isyhaidar @ Norhaida bt Jamaludin
Reported by Princess Davinci , dia ni kutu jam. Duit lesap
31) Kedai Sri Mawar @ Azizah Bt Bakar from Bachang Utama
Reported by Siti Qis Junior , peniaga emas. After dah dapat duit dia block customer.
32) Blackberry Hotshop @ Maria Ariffa Mazlan
Reported by Lynn Domo, customer mintak COD, dia setuju tapi dengan syarat bayar deposit RM500. bila yang nak jumpa, dia tak datang. Call tak jawab.
33) Tudung Abu Dhabi
Reported by 5 people, service lambat. Ada yang dapat after 2 week dah bayar itu pun after dah push and bagi warning.
34) Kasih Damia Shoppe / Kasih Damia Collections
Reported by Ros Zaiha , owner kedai ni nama Suhaila. Beri alasan macam2, barang sampai kesudah tak dapat.
35) Lim Anna
Reported by many people, boleh tengok dekat photos posted by Poisonous apple, dia print screen orang2 yang bagi wall post mintak refund money and post barang.
Untuk lain-lain senarai penipu terkini, boleh juga terjah: Senarai Penipu Online Malaysia Detail [scammer]
Sehingga kini masih ramai yang berkongsi peniaga-peniaga yang menipu di page tersebut. Boleh rujuk dari semasa ke semasa..
Anda ada maklumat lain tentang peniaga yang menipu? Boleh kongsikan disini.



Ukiran Batu Atau Sumpahan Wanita DiPaloh

· 0 Puteri amani


BENAR atau REKAAN ,, video dan cerita oleh penduduk dan perkerja di lokasi berkenaan.... maksiat dan sumpahan lokasi dikatakan keras.. dan macam2 lagi. adakah BENAR ape yang berlaku atau ia hanyalah ukiran dari pihak tertentu.Wallahualam...


Melihatkan isi video tersebut, batu itu memang melihatkan bentuk badan seorang wanita yang sedang berbogel, lengkap dengan rambut yang panjang.




Video Popular :: Ular Gigit Badan Sendiri Selepas Kena Pancung

· 0 Puteri amani

Apa yang sangat menarik tentang video yang dikongsikan ini sampaikan melebihi 1.9 juta orang telah menontonnya di laman you tube? Jom kita saksikan apa yang menarik sangat...


Sam Billiter dari Huntsville, Alabama .Sam menangkap ular berbisa di timbunan kayu di pekarangan rumahnya, dia kemudian memutuskan untuk membunuh ular tesebut sebelum mencederakan keluarganya dan anjing peliharaanya.


Selepas memotong kepala ular tersebut Sam merakamnya dengan kamera videonya dan adegan kepala ular menggigit tubuhnya sendiri.


'saya sebenarnya hanya ingin merakam tubuh ular yang masih bergerak walaupun kepalanya telah dipotong dan terpisah dari tubuhnya' katanya 'tapi beberapa saat kemudian kepala ular tersebut menggigit tubuhnya sendiri' sambungnya.


Setelah diupload ke youtube video ini ramai yang melihatnya disebabkan rasa ingin tahu orang melihat kejadian ini





Trend Pelajar Guna Pil Untuk Pandai

Friday, August 30, 2013 · 0 Puteri amani

Zaman Teknologi katakan,semua benda nak express sampaikan nak pandai pun guna cara short cut tanpa memikirkan risiko yang bakal diterima di hari kemudian.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam menasihati pelajar di negara ini agar tidak bergantung kepada pil tertentu untuk mereka pandai dan berjaya dalam peperiksaan.
Beliau berkata pencapaian dalam peperiksaan banyak bergantung kepada sejauhmana kesungguhan pelajar dalam memanfaatkan masa belajar."Pil itu sebenarnya hanyalah makanan tambahan," katanya semasa majlis perasmian Kompleks Jabatan Kesihatan Negeri Perlis di Utan Aji yang disempurnkan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di sini, hari ini.
Subramaniam mengulas mengenai laporan media mengenai kebimbangan ibu bapaterhadap pil yang dinamakan Dimensi 108 yang dikatakan boleh mengubah tingkahlaku untuk menjadikan pelajar lebih taat dan rajin serta tahan penyakit.Pil yang dipasarkan pada harga RM5 setiap satu itu dikatakan mula diedarkanawal minggu ini di beberapa negeri, kursus untuk pelajar tahun enam yang bakalmenduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), bulan depan.
-- LAGI
SUBRAMANIAM-PIL 2 (AKHIR) KANGAR
Setakat ini, kementerian tidak melarang orang ramai untuk membeli atau mengedar pil tersebut yang ini masih berada di pasaran. Kompleks di atas tapak seluas 5.6 hetktar yang bernilai RM18.5 juta itudijangka siap sepenuhnya pada 2011.
Ia bakal menempatkan semua bahagian perkhidmatan kesihatan di Perlis.Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Budriah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.-- BERNAMA




Kematian Eksekutif Penerbangan AirAsia X Penuh Tragis

· 0 Puteri amani

Kematian eksekutif penerbangan Shahrinawati Abu Bakar (gambar bawah) lebih tragis daripada laporan sebelum ini dengan fakta baru diterima.Polis petang ini mengesahkan beliau bukan sahaja dilanggar malah barangannya turut dirompak.
Ketua Polis Ampang Amiruddin Jamaluddin berkata seorang saksi bersama rakannya membawa Shahrinawati ke hospital namun sudah terlambat.
"Saksi melihat dua lelaki cuba merompak beliau. Dia kemudian mengundurkan kereta bagi menghalang penjenayah tetapi malangnya terkena mangsa," kata Amiruddin.Laporan awal mendapati mangsa maut disebabkan cedera parah namun hasil penyiasatan mendapati sebaliknya.

Dua penjenayah melarikan diri menggunakan motosikal Yamaha LC berwarna hitam dan seorang daripada mereka keciciran dompet.Kejadian berlaku di hadapan kondominium Palm Villa di Taman Cempaka di mana mangsa tinggal bersama tiga adiknya.
Shahrinawati, 30, diserang ketika keluar dari kenderaan pada jam 2.45 pagi.
Siti Mariam Mohd Hanif, 23, rakan kepada mangsa, berkata Shahrinawati seorang ketua yang baik.
"Dia seorang yang tegas bila bekerja dan dihormati ramai," katanya yang kali terakhir berjumpa mangsa pada petang Rabu ketika sesi taklimat.
Bapa mangsa, Abu Bakar Jemain, 53, ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur kelihatan tenang."Ini sudah ditakdirkan. Biar polis yang menyiasat," katanya.
Rakan dan saudara hadir ke Masjid Nurul Hidayah Pandan Indah petang tadi bagi memberikan penghormatan terakhir. - Malaysia Insider



Heboh! Haram Baiki Pusara P.Ramlee Dan Saloma?

Thursday, August 29, 2013 · 0 Puteri amani

PETALING JAYA – Pusara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya Puan Seri Saloma yang bakal dibaik-pulih dengan kos mencecah RM25,000 adalah haram hukumnya di sisi agama Islam.
Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, Islam mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan apatah lagi pengubahsuaian itu dilakukan di atas sebuah tanah wakaf.
Kos RM25,000 itu sangat tinggi untuk menghias sesebuah pusara dan saya percaya ia pasti menggunakan batu marmar yang mahal.
“Malah dalam Islam sendiri sudah jelas memberitahu haram jika pusara dihias secara berlebih-lebihan di tanah wakaf melainkan ia adalah tanah persendirian,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Pada 21 Ogos lalu sebuah akhbar melaporkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akan melakukan pengubahsuaian terhadap pusara P.Ramlee dan Saloma selepas ia roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu.
Ketua Pengarah agensi itu, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah dalam laporan berkenaan berkata, kerja-kerja pengubahsuaian tersebut mengambil sedikit masa memandangkan bahan binaan pusara berkenaan diimport dari luar negara yang turut mencecah RM25,000.
Pusara berkenaan terletak di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang dekat sini.
Dalam pada itu Mohd Tamyes berkata, setiap pusara di tanah wakaf hanya boleh dihias tidak melebihi setengah kaki selain dilarang sama sekali membina makam atau bangunan pusara berbentuk kekal kerana ia mungkin akan diguna semula pada masa akan datang jika tanah sudah penuh.
Tambah beliau, walaupun matlamat pihak yang mahu menghias sebuah pusara itu sebagai ingin mencantikkan tempat berkenaan tetapi biarlah hiasan pusara dapat memberi manfaat seperti menanam pokok-pokok renek yang akan mendoakan si mati agar mengurangkan dosa-dosa kecil mereka semasa di dunia.
“Senang cerita, kewajipan manusia pada jenazah hanya empat iaitu memandikan, mengapankan, sembahyangkan dan mengebumikannya. Ini yang wajib dan menghias bukanlah dalam perkara wajib,” tegasnya yang turut menyifatkan kos pembinaan itu adalah satu pembaziran.
Sementara itu, pendakwah dan pembimbing jemaah Haji, Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar pula berkata pihak Finas perlu mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pihak berkuasa agama Islam sebelum meneruskan perancangan membaik pulih pusara berkenaan.
“Memanglah P.Ramlee milik masyarakat dan Allahyarham disayangi ramai.
“Tetapi untuk membaik pulih pusara dengan kos seperti itu, lebih baik mereka berbincang dahulu bagi mendapatkan nasihat yang sepatutnya oleh pihak berkuasa Agama Islam ataupun mufti-mufti,” katanya.
Tambah beliau, jika pembinaan pusara itu dibuat secara keterlaluan, ditakuti wujudnya unsur-unsur syirik dengan aktiviti pemujaan untuk generasi akan datang sehingga menjadi tempat penyebaran ajaran sesat.
Adalah lebih baik wang itu digunakan untuk membuka maahad tahfiz P.Ramlee kerana ia akan mendatangkan lebih manfaat kepada umat Islam dan juga si mati sendiri,” katanya.
Ditanya siapakah yang berdosa jika projek berkenaan diteruskan Mohd Hasnil berkata, pihak yang terlibat membinanya akan menanggung dosa itu dan bukannya si mati.
sumber


Ngeri! Perayaan Mencungkil Mata

· 0 Puteri amani

Perayaan yang mengerikan dan dikategorikan sebagai perayaan pelik di India.Saya tidak mengetahui tujuan dari ritual ini apa? Pastinya festival ini di hadiri ramai peserta dan melakukan perkara yang sama


Satu lagi festiva ritual unik yang di lakukan di India, ritual tersebut bernama Khwaja Chishti Moinuddina. Namanya festival tentunya di hadiri oleh ramai orang, yang unik dari ritual ini adalah para peserta menusuk matanya pada bahagian atas dengan benda runcing atau benda tajam sehingga matanya terbeliak seperti hendak keluar.










Filem KL Gangster 2 Tersebar di Internet Sebelum Tayangan

· 0 Puteri amani

Telah menjadi suatu yang normal apabila pelbagai filem tempatan dan antarabangsa tersebar di internet untuk dimuat-turun selepas beberapa minggu filem ditayangkan di pawagam. Apapaun lain pula ceritanya dengan filem KL Gangster 2 ini apabila telahpun tersebar di internet sebelum filem ini ditayangkan lagi.
KL Gangster 2 yang akan mula ditayangkan pada 3 Oktober 2013 nanti dikatakan pengarahnya, Samsul Yusof sebagai filem prequel yang bermaksud menceritakan kisah sebelumnya apa yang terjadi sebelum filem yang lepas.
KL Gangster 2 adalah kisah SEBELUM KL Gangster 1.Kisah sebelum Malik dipenjarakan.Bukan sambungan filem yg pertama.Prequel means BEFORE atau “kisah sebelumnya” – Syamsul Yusof.
Syamsul Yusof tidak memberikan sebarang kenyataan apabila ditanya pihak kami bagaimana filem tersebut boleh tersebar di internet tetapi mengeluarkan satu kenyatan umum melalui Facebook miliknya;
Apapun dengan tersebarnya filem ini sebelum tarikh tayangan, kami percaya ianya tidak akan memberi kesan yang besar kepada jumlah kutipan filem ini apabila ditayangkan nanti memandangkan peminat filem aksi tempatan dan peminat karya Syamsul Yusof pastinya tidak akan ketinggalan untuk memenuhi ruang-lingkup pawagam untuk memberi sokongan padu pada filem ini nanti.
Walaupun link muat-turun ‘leaked’ terbabit telahpun dipadam, kami berharap agar pihak Skop Production & Grand Brilliance dapat mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang bertanggungjawab yang kami pasti kerja pihak dalaman juga. Apapun, anda boleh menonton trailer filem KL Gangster 2 di sini
sumber


Bra Harum Semerbak Pelakon Rozita Che Wan Di Lelong?

· 0 Puteri amani

Kelakar juga masa baca blog yang bertajuk bra harum semerbak Rozita Che Wan Di lelong.Nak percaya lagi la susah tapi memang boleh buat diri sendiri tertawa dek kerana pelbagai cerita boleh di kongsikan blogger di laman blog mereka.



Wowwww... Hangat Dipasaran!! Bra yang pernah dipakai oleh Rozita Che Wan semasa sesi penggambaran kini dilelong? 

Apa yang menarik sangat dengan Bra Rozita Che Wan nie sampai ada orang yang menyimpan dan melelongnya dalam Facebook?

Yang peliknya bila masa pula orang ni tahu yang tu adalah bra yang dipakai oleh Rozita Che Wan dalam sesi penggambaran.

Pelik tapi benar kot..hahahaha. Macam-macam hal betul lah..

Sumber : blogbahni.com



Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang Ke 56

· 0 Puteri amani



Ambil Perhatian! Ayat Al-Quran Di Seleweng Dalam Aplikasi IPhone

Wednesday, August 28, 2013 · 0 Puteri amani

Teknologi hari ini dapat membantu kita menjadi muslim yang lebih baik. Misalnya, kita masih boleh membaca dan mendengar al-Quran dengan hanya membuka aplikasi dalam telefon genggam.
Begitu pun, berhati-hatilah kerana sudah terdapat beberapa kes di mana al-Quran cuba dipesongkan oleh pihak tidak bertanggung jawab.
Laman myinfonewspaperss.blogspot.com mendedahkan, aplikasi yang dinamakan ‘The Holy Quran, Arabic Text and English Translation’ didapati telah menyeleweng apabila Surah Al Imran ayat 6 mengulang ’bil haq’ sebanyak tiga kali sedangkan, tiada perkataan berkenaan dalam Masyaf Uthmani.
Menurut keterangan pada aplikasi yang ditawarkan oleh iPhone App Store itu, ia diterjemahkan oleh ‘Maulvi Sher Ali, Ahmadiyya Muslim Community’.
Justeru, marilah kita sama-sama berpesan agar pemilik android atau iPhone tidak tersilap langkah dengan memuat naik aplikasi yang dibawakan oleh komuniti Ahmadiyyah / Qadiani ini.
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Qur’an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. (Qur’an Surat Al-Hijr ayat 9)
sumber: siakapkeli.com



Pontianak Mengamuk Kerana Kain Batiknya Dibakar?

· 0 Puteri amani

 Kain batik (dalam bulatan) diletakkan di atas bumbung garaj.

KULIM - Misteri kedengaran suara seolah-olah wanita dikatakan mengilai-ngilai pada sebelah malam di sebuah rumah terjawab apabila penghuninya menemui seorang pengamal perubatan tradisional.

Kejadian berkenaan dikatakan berpunca apabila sehelai kain batik  yang ditemui di perkarangan rumah sewa yang baru siap dibina pemiliknya di Kampung Batu 4 ½ itu dibakar.

Kakitangan awam, Aziz Othman berkata, selepas dia menemui pengamal perubatan tradisional berkenaan barulah dia dan isterinya dapat mengenalpasti punca sebenar kejadian lembaga bertenggek dan membuat bunyi seperti cakaran pada bumbung rumahnya.

Kata pengamal perubatan berkenaan, kemungkinan mereka ada mengganggu barangan milik 'penunggu' itu.

"Semua ini berpunca dari kesalahan kami. Ketika mula-mula masuk ke rumah, saya dan isteri mengambil keputusan untuk membersihkan rumah yang kami sewa itu terlebih dahulu kerana ia baru siap dibina.

"Ketika sedang membersihkan kawasan di persekitaran rumah, saya terjumpa kain batik hitam yang sudah lusuh di kaki lima rumah berhampiran pokok pisang dan membersihkan rumah dengan menggunakan kain itu," katanya.

 Aziz menunjukkan lokasi kain batik dijumpai.

Bakar kain buruk

Katanya, setelah selesai dia menyidai kain itu di ampaian.

"Apabila kain itu sudah kering, isteri saya mendapati kain itu sudah buruk lalu membakarnya.

"Sejak kain batik itu di bakar, suara mengilai dan jelmaan pontianak itu mula mengganggu kami serumah,” katanya.

Menurut Aziz, gangguan berkenaan kemungkinan makhluk halus yang digelar pontianak.

Difahamkan makhluk berkenaan mula mengganggu mereka selepas dua bulan mendiami rumah baru sewa itu, selepas rumah lama mereka musnah akibat ribut.

Pada masa-masa tertentu, ia akan menyerupai penduduk kampung dan berjalan bersendirian terutamanya sebelah malam.

Dua bulan pertama tinggal di rumah itu amatlah memeritkan Aziz kerana diganggu lembaga itu yang juga pernah menjelma seolah-olah perempuan berambut panjang dan matanya seperti bernyala kemerahan.

Lembaga berkenaan juga pernah dilihat berada pada bahagian atas bumbung rumah Aziz.

Katanya, selepas diberitahu punca sebenarnya kejadian oleh pengamal perubatan tradisional itu, mereka terus berikhtiar menyelesaikan masalah gangguan itu.

Cari alternatif

Menurutnya, bagi mengatasi masalah itu, pengamal perubatan tradisional itu menyarankan mereka mencari kain batik yang seakan-akan sama pernah dibakar isterinya sebelum ini.

"Kami berjumpa semula pengamal perubatan tradisional itu dan dia mengarahkan kami mengelilingi rumah beberapa kali pada waktu sama.

"Keadaan menjadi agak kronik lembaga itu mengganggu saya semula minggu lalu sebelum dan meletakkan kain berkenaan di atas bumbung garaj kereta," katanya.

Sepanjang mendapatkan rawatan berkenaan, hanya kepada ALLAH kami berserah dan meminta menjauhkan segala perkara buruk dan gangguan syaitan terhadap rumah yang kami sewa ini.

"Alhamdulillah, kain itu kemudiannya saya letakkan di atas bumbung rumah dan membiarkan ia reput dan gangguan suara perempuan meminta tolong serta bunyi cakaran pontianak di atas bumbung rumah tidak lagi kedengaran,” katanya.

Menurut Aziz, lembaga itu masih berkeliaran di kawasan hutan berdekatan jalan besar Sungai Ular bagaimanapun tidak mengganggu penduduk kampung.

"Pernah dikatakan empat penduduk kampung terserempak lembaga itu berjalan sendirian di tepi jalan bagaimanapun terbang setelah ditegur penduduk kampung," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Aziz pernah terserempak lembaga berkenaan berada di atas bumbung rumahnya ketika menyimpan motosikal kuasa tingginya selepas curiga terdengar suara wanita mengilai kuat di hadapan rumah.


Sinar Harian



Ketahui Asal Usul Gambar Agong Pada Duit Ringgit Malaysia

· 0 Puteri amani

Lagi 3 hari kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56.Apa kata kita renung kembali sejarah yang ada di Malaysia di mana kemungkinan besar masih ramai yang tidak tahu.
Mungkin masih ramai yang belum tahu siapakah gambar Agong yang berada di dalam duit Malaysia kan?? dan dari mana asal usul gambar tersebut diambil.. Di sini admin nak kongsikan bersama anda semua asal usul gambar agong yang terdapat pada duit Malaysia..

Pada matawang Malaysia, tertera wajah Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama yaitu Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad ( Jangan dikelirukan dengan Tunku Abdul Rahman ) dari Negeri Sembilan.
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 – 1 April 1960) adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.
Apabila kerajaan Johor (pewaris kerajan Melaka) lemah pada abad ke-18, orang Minang meminta izin ke Sultan Johor agar pemerintah melindungi mereka. Permintaan itu diperkenankan dan mereka kembali ke tanah asal mereka di Pagaruyung untuk meminta perlindungan dari pemerintah Pagaruyung pada masa itu.
Raja Pagaruyung menghantar anaknya, Raja Mahmud (Raja Melewar) sebagai raja di Negeri Sembilan yang pertama (bergelar yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan).
Tuanku Abdul Rahman yang gambarnya ada di mata uang Malaysia itu adalah keturunan ke lima dari Sultan Abdul Jalil, Raja Kecil dari Pagaruyung




Perdana Menteri Malaysia Di Minta Letak Jawatan - Perkasa

· 0 Puteri amani



Sayap pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) mengejutkan ramai pihak apabila membuat gesaan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan ekoran gagal menguruskan negara dengan baik.
Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris membuat kenyataan kontroversi itu dalam tulisan di blognya bertajuk "Sudah Cukup Segalanya Digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan."
"Saya tidak tahu Wira Perkasa ada kuasa yang begitu besar untuk paksa perdana menteri meletak jawatan," kata Datuk Abdul Rahman Abu Bakar kepada The Malaysian Insider, serta meluahkan rasa terkejut atas kenyataan Irwan itu.
Menurut Timbalan Presiden Perkasa itu, beliau akan menemui Irwan dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan itu.
Kenyataan Irwan bagaimanapun tidak begitu mengejutkan kerana Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali sangat kritikal kepada strategi pilihan raya Najib, mengatakan baru-baru ini kumpulan itu tidak berpihak kepada mana-mana parti politik selepas Pilihan Raya 2013.
Ibrahim sudah menyatakan pendirian ini kepada penaung Perkasa, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu pertemuan bersama bekas perdana menteri itu, di mana Najib menerima kritikan ekoran kelemahan prestasi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 5 Mei.
Seorang pemimpin Perkasa berkata, Dr Mahathir memahami langkah Perkasa untuk tidak memihak kepada mana-mana parti politik dalam pilihan raya akan datang walaupun majoriti ahlinya adalah ahli Umno. Tetapi kumpulan hak Melayu itu tidak pernah meminta Najib letak jawatan.
Irwan memberitahu The Malaysian Insider minggu ini bahawa perdana menteri sudah diberikan masa mencukupi, malah ketika pertemuan dengan Perkasa baru-baru ini, beliau menegaskan Perkasa menuntut Najib segera berubah dan mengutamakan kumpulan pengundi Melayu yang memilih untuk mengekalkan kerajaan. Namun Najib masih berpeluk tubuh tanpa sebarang tindakan.
"Najib masih lagi tidak berubah. Kita sudah beri masa, tapi sekarang keadaan semakin serius. Kes jenayah, isu kalimah Allah, semua ini berlaku apabila ketika pilihan raya itu banyak sangat perkara dilakukan, seperti pemansuhan ISA dan banyak lagi," katanya merujuk tindakan kerajaan Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan juga Akta Ordinan Darurat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
"Perkara terbaik dia buat adalah letak jawatan kerana keadaan semakin teruk, tidak bertambah baik," katanya.
Irwan berkata, masyarakat Melayu memilih Barisan Nasional (BN) bersama dengan bantuan masyarakat India, namun Najib tetap gagal membela dua kumpulan ini sedangkan pengundi Cina yang menyokong BN adalah bilangan yang cukup kecil.
"Kita juga melihat Najib gagal menjaga orang yang undi dia. Melayu yang beri kuasa untuk dia memerintah dengan bantuan orang India, orang Cina hanya lapan peratus sahaja," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Kita sudah beri masa, bukan kita terus mendesak (Najib letak jawatan)," katanya lagi, menegaskan itu adalah pendirian Wira Perkasa dan langkah terakhir yang dilakukan mereka.
"Ini pendirian Wira Perkasa. Saya tidak tahu pendirian kepimpinan Pusat Perkasa. Ini yang maksimum kita boleh buat. Kita pun ada sedikit sumbangan untuk BN dalam PRU lepas," katanya.
Dalam laman blognya, Irwan menulis:"1 Malaysia, BR1M, memberi peruntukan berlebihan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan terbukti GAGAL.
"Ini kerana kepimpinan yang mahu mendapatkan undi kaum Cina sebanyak 26 peratus dan undi kaum India . Bagi kaum Cina ia terbukti gagal, peratusan kaum Cina itu keluar mengundi meningkat, tetapi peratusan yang dapat kepada kerajaan hanya 8 peratus. Manakala kaum india yang ramai menyokong kerajaan. Tetapi kadar jenayah daripada kaum ini meningkat."
Beliau turut membangkitkan kegagalan slogan "1Malaysia" Najib dan juga Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang menurutnya adalah "rasuah yang dihalalkan oleh kerajaan."
"Malangnya kepimpinan tertinggi negara masih lagi menagih kepada kaum ini, melantik orang yang tidak sepatutnya dilantik. Laungan 1Malaysia ini dilaungkan oleh pengampu, saya mahu tanya apakah 1Malaysia ini berjaya? Jika pada pandangan saya ia terbukti gagal," katanya dalam posting blog berkenaan. – 28 Ogos, 2013.



Wanita Memegang Rekod Paha Paling Besar Di Dunia

· 0 Puteri amani

Dengan Panjangnya 4 Kaki.
Seorang gadis dari Los Angeles, Mikel Ruffinelli mempunyai paha terbesar dunia dengan lebarnya dari kiri ke kanan adalah 4 kakiMikel dikatakan makan sebanyak 3,000 kalori setiap hari untuk memastikan pahanya kekal sebegitu. Apa yang bagus dia tak menyesal mempunyai kaki macam tu.sumber










Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Google+ Followers

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.