Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Showing posts with label internet. Show all posts
Showing posts with label internet. Show all posts

Hadiah Untuk Anda

Tuesday, April 15, 2014 · 1 Puteri amani

4 Ebook Bernilai RM67


SILA download ebook percuma ini sementara kuota dibuka.

Download disini ==> www.4fb.biz




Video Adik Beradik Sanggup Bergaduh Kerana Kekasih Tersebar

Monday, January 6, 2014 · 0 Puteri amani

Video adik beradik gaduh kerana kekasih telah tersebar di internet. Sebuah rakaman pergaduhan yang melibatkan antara tiga orang beradik dipercayai dimuat naik pada 26 Mei 2013 lalu dan kini telah mendapat perhatian umum di laman sosial. Video yang berdurasi sepanjang 4 minit dan 33 saat itu memaparkan tiga orang remaja yang mempunyai talian darah telah bergaduh sesama sendiri. 

Lebih teruk apabila insiden itu bertukar ganas dan menyebabkan salah seorang daripada mereka mengalami pendarahan di bahagian kepala. Dari awal hingga akhir rakaman itu juga, turut kedengaran suara si ibu merayu agar anaknya menghentikan perbalahan tersebut namun tidak diendah. Pada masa yang sama, pergaduhan ini telah dirakam oleh adik perempuan mereka yang turut berada ditempat kejadian.




Video Adik Beradik Gaduh Kerana Kekasih Tersebar








10 Sebab Orang Like Status Post Anda

Tuesday, December 31, 2013 · 0 Puteri amani


Pernah tak anda rasa ada diantara rakan anda sendiri, bila dia update saja apa-apa status di Facebook tak sampai beberapa ketika berpuluh orang akan like?
Padahal bukannya status yang mempunyai apa-apa makna. Ia sekadar mengucap selamat pagi atau selamat malam saja.
Sebenarnya banyak juga perkara yang menyumbang bagaimana seseorang itu suka atau ‘like’ status seseorang itu.
Mari kita baca antara sebabnya..
1. Selalu muncul dalam news feed seseorang, takde keje nak buat..like jelah..(ramai yang macam ini).
2. Post itu mengandungi banyak info yang berguna terutamanya tentang pelajaran, hal rumahtangga dan hal agama.
3. Orang yang post tu lawa atau hensem dan dia dah lama stalk secara senyap-senyap, secret admire la katakan..
4. Like secara rambang saja, kalau orang tu tulis benda-benda menarik like la, tak pilih kasih okay.
5. Tertarik dengan post tu terutamanya tentang ayat-ayat puitis dan ayat-ayat cinta.
6. Suka like status kawan baik sendiri, motif? So dia pon boleh la like status anda sekali.
7. Sebab merasakan apa yang dikatakan dalam post someone to betul!! Malah kita pun tergerak nak tulis macam apa yang dia tulis, tapi dia dah tulis dulu.
8. Selalu like post orang yang berpengaruh, dalam erti kata lain hotstuff… bila ramai yang like, kita pon teringin nak like.
9. Yang ni memang dah takda keja sangat.. dia bukak timeline sorang tu, then dia like je tak kira gambar, status, komen, semua dia nak like. (syokla tu menambahkan notifications orang..bila orang tu tengok tadi , fuhyoo 159… tapi last-last 108 dari like orang yang sama).
10. Bila dah lama updates status, dia tgok orang tak like, then dia pon like post dia sendiri…hahaha…oppsss!!
Jadi agaknya anda tergolong dalam kategori mana ye?

crdt to Sumber


Melayu Makan Babi Lah!

Thursday, December 26, 2013 · 0 Puteri amani

Video pakcik melayu di penang yang bersyarah menggunakan ayat Al-Quran tetapi minum arak dan mengaku makan babi...

Pelik pelik jer orang zaman moden nie kan..buat sesuatu perkara ikut suka jer..ikut sedap mulut jer..ikut rasa diri tu yang terbaik jer..dah tak kira apa yang dilakukan itu samada betul atau pun salah.Yang penting dapat puaskan hati dan diri sendiri.

Semua nak tunjukkan diri tu hebat..mmmmm semoga sebelum sampai ajal yang mana dah jauh tersesat jalan tu agar jumpa jalan asal semula dan sempat perbetulkan.





Trend Guru Cantik Popular Di Internet

Wednesday, December 25, 2013 · 0 Puteri amani


guru cantik dan seksi
Dikurniakan dan Mempunyai wajah yang jelita,badan yang langsing dan ramping serta bijak pastinya menjadi idaman setiap wanita.Gadis yang berusia 28 tahun ini dipanggil Hyun Sun adalah seorang cikgu atau kita panggil pensyarah di sebuah universiti negara itu. Yang pasti dia sangat terkenal di negaranya. Gambarnya kini tersebut di seluruh dunia oleh pelajarnya sendiri.
Bayangkan jika cikgu ini menjadi cikgu kepada anda,adakah masih ada lagi kes ponteng kelas kepada pelajar lelaki? sudah pasti anda menjadi seorang yang terlebih rajin dan sanggup belajar

guru cantik dan seksi 01 guru cantik dan seksi 02 guru cantik dan seksi 03 guru cantik dan seksi 04 guru cantik dan seksi 05 guru cantik dan seksi 06 guru cantik dan seksi 07
Sumber


Kantoi!! Penggodam Touch n' Go Guna Telefon Pintar Tersebar - Video

Friday, December 20, 2013 · 0 Puteri amani


PETALING JAYA: Rakaman video yang memaparkan aksi seorang individu menggunakan telefon bimbitnya untuk menggodam mesin pengimbas Touch n' Go di sini, tersebar meluas di laman sosial Facebook, sejak awal minggu ini.

Pada Isnin, seorang pengguna Facebook memuat naik rakaman video berdurasi 45 saat menunjukkan aksi yang berlaku dalam sebuah kereta di lebuh raya yang tidak diketahui.

Posting berkenaan menerangkan bagaimana tindakan seorang penggodam menggunakan telefon pintarnya untuk melangkaui sistem debit sekaligus menyebabkan palang pagar di plaza tol terus terbuka.




Klip video berkenaan memaparkan aksi pemandu kereta itu menggunakan telefon pintarnya sebagai aplikasi di kaunter Touch n' Go sebaik sahaja dia tiba di plaza tol.

Individu berkenaan dilihat menggunakan telefon pintarnya sebagai alat untuk menggodam mesin pengimbas Touch n' Go di plaza tol tersebut.

Sebaik sahaja keretanya menghampiri, plaza tol, pemandu berkenaan melekapkan telefonnya di kaunter pengimbas Touch n' Go.



Pegimbas berkenaan kemudiannya mengeluarkan bunyi bip, dan pemandu berkenaan kemudiannya berlalu pergi sebaik sahaja palang tol berkenaan dinaikkan.

Dalam respon segera, wakil Touch n' Go berkata syarikatnya telah menyedari kewujudan video berkenaan sejak 18 Disember lalu.

"Buat masa ini, Touch n' Go sedang menjalankan siasatan menyeluruh dalam isu berkenaan," kata wakil tersebut.

Sumber



Dibongkar Dan Didedahkan Kisah Keluarga Siti Aishah dari jelebu yang menjadi hamba di London

· 0 Puteri amani


Sebuah keluarga  dari Jelebu, Negeri Sembilan telah mengesahkan bahawa wanita yang didakwa menjadi hamba selama 30 tahun di London adalah ahli keluarga mereka yang hilang sejak 30 tahun lalu selepas menyertai kumpulan Maoist di sana.


Guru pencen Kamar Mautum Abdul Wahab (gambar) berkata, beliau yakin kakaknya yang berumur 69 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab adalah wanita Malaysia yang yang ditahan oleh pemimpin kumpulan Komunis Mao sejak 30 tahun lalu.

Katanya, kehilangan Aishah telah menyebabkan kesedihan kepada keluarganya.






Kamar berkata, ibunya memberikan wasiat agar menjejaki apa yang berlaku kepada anak perempuannya yang tidak pernah pulang itu, lapor The Daily Telegraph.

"Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya. Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya.

"Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa," katanya kepada akhbar British itu.






Aishah belajar di sekolah yang paling elit di Malaysia dan mendapat anugerah biasiswa Komanwell untuk belajar dalam bidang Juruukur Bahan di London.

Dia berlepas ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi kemudiannya terlibat dengan kegiatan politik melampau yang menyebabkan dia melupakan segala-galanya untuk mengikut ajaran Maoist.

Dia terpengaruh dengan Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda, yang telah ditangkap minggu lalu atas dakwaan menahan tiga wanita tanpa kerelaannya melebihi tiga dekad di London.

The Malaysian Insider awal hari ini mendedahkan wanita misteri warga Malaysia berumur 69 tahun yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London berkemungkinan adalah Siti Aishah.

Dia adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian berumur 30 tahun.

Aktivis, Hishamuddin Rais yang hidup dalam buangan di London pada lewat 1970-an berkata kepada The Malaysian Insider, Siti Aishah aktif dengan kumpulan mahasiswa Malaysia berhaluan kiri yang menggelarkan diri mereka "New Malayan Youth" di ibu kota Britian pada ketika itu.

"Abang dia ada cari saya pada 1991 minta tolong carikan Aishah yang dikatakan hilang kerana kami berasal dari daerah sama," katanya ketika ditemui awal pagi ini.

"Saya juga menetap di Brixton, London, di mana lokasi wanita itu ditemui," kata bekas aktivis mahasiswa yang menggendalikan blog “TukarTiub” itu.

Hishamuddin berkata, Siti Aishah adalah pengikut kepada fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran bekas pemimpin besar China Mao Tse Tung.

Difahamkan, "New Malayan Youth" adalah pertubuhan mahasiswa yang menggabungkan pelajar berhaluan kiri dari Malaysia dan Singapura pada 1970-an.





Hishamuddin yang pulang ke Malaysia pada 1994 selepas bertahun hidup dalam buangan berkata, Siti Aishah adalah bekas penuntut Kolej Tunku Kursiah (TKC), Seremban dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Juruukur Bahan (QS) di London di bawah biasiswa "Colombo Plan".

Bekas aktivis mahasiswa itu mendakwa, beliau berasal dari daerah yang sama dengan Siti Aishah iaitu di Jelebu, Negeri Sembilan dan kakak kepada wanita itu adalah gurunya di sekolah menengah.

Hishamuddin menetap di London selama 15 tahun dan menuntut ilmu Asas Seni di Brixton College sebelum melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda Kajian Filem dan Video di University of Westminster, London.  Alamat terakhir beliau di London adalah di Coldhabour Lane, Brixton.

Akhbar Britian melaporkan pasangan yang ditahan ialah Aravindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai “Comrade Bala” dan isterinya Chanda dari Tanzania, tetapi Hishamuddin berkata, lelaki itu turut dikenali sebagai “Chairman Ara” dan berasal dari Singapura.

Polis Britian mengesahkan pasangan itu pernah ditahan pada 1970-an tetapi tidak menyatakan sebabnya.

Polis juga enggan mengesahkan identiti pasangan itu yang dibebaskan dengan ikat jamin sehingga tarikh perbicaraan pada Januari depan tetapi mengatakan ketiga-tiga wanita itu tidak kelihatan seperti didera secara seksual.

Polis tidak menolak dakwaan wanita itu dipukul.

Turut difahamkan, wanita Malaysia itu berada dalam keadaan yang 'sangat trauma' dan ditempatkan di satu lokasi selamat tetapi alamat rumah lokasi di mana jenayah tersebut berlaku tidak didedahkan.

Menurut kenyataan polis, kedua-dua suspek bukan warganegara Britain.

Ketiga-tiga mangsa bebas daripada “perhambaan” selepas salah seorang daripada mereka menghubungi badan kebajikan Freedom Charity pada 18 Oktober.

Menurut laporan media Britain, Pengasas Freedom Charity, Aneeta Prem bertemu dengan ketiga-tiga wanita berkenaan Khamis lalu.

Laporan media juga menyebut mangsa didera secara fizikal dan dikawal emosi dalam kes perhambaan yang disifatkan sebagai "rumit dan menyayat hati".

Polis dipetik sebagai berkata, mereka masih menyiasat apakah "gari tidak nampak" yang digunakan untuk memanipulasi ketiga-tiga mangsa.


sumber


Izzue Islam selebriti Popular Carian Google 2013

Wednesday, December 18, 2013 · 0 Puteri amani

Izzue Islam ialah selebriti yang paling banyak dicari menerusi Google sepanjang tahun 2013. Siapa yang cari pasal dia sila angkat tangan!!!

Nampak gayanya kekacakan penyanyi dan pelakon ini menjadi kegilaan peminat industri hiburan tanah air Malaysia. Berita perkahwinan Izzue Islam dengan pengurusnya, Awin Nurin sedikit sebanyak menambahkan lagi populariti dan bilangan carian yang dilakukan oleh orang ramai mengenai dirinya.
izzue islam
Si cantik manis Emma Maembong mengungguli tempat kedua sementara ratu kontroversi, Sharifah Sakinah berada di tempat ketiga. Tidak ketinggalan Ashraf Muslim dan Afiq Muiz turut berada di dalam senarai ini kerana kontroversi yang melanda diri masing-masing sepanjang tahun 2013. Senarai penuh di bawah:-
Setia Hujung Nyawa pula mengungguli senarai “Malaysian TV Series”. 2 drama yang ditayangkan di Astro iaitu Adam & Hawa dan Sehangat Asrama turut sama tersenarai. Senarai penuh di bawah:-

Baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui apakah carian yang dilakukan oleh rakyat Malaysia menerusi Google untuk tahun 2013. Kredit info Amanz.
TERMA TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Lahad Datu
2SKMM
3Keputusan PRU13
4Setia Hujung Nyawa
5Gwiyomi
6Teduhan Kasih
7Malindo Air
8WeChat
9The Conjuring
10Cinta Jannah
CARIAN TERHANGAT PADA PERANTI MUDAH-ALIH
1Mudah
2Maybank2U
3MalaysiaKini
4Beautifulnara
5AirAsia
6Sinar Harian
7Harakah
8Berita Harian
9CIMB Clicks
10Kosmo
PERSONALITI TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Paul Walker
2Tegar
3Isteri Mat Yo
4Sharifah Zohra Jabeen
5Nelson Mandela
6Jackie Chan
7Sultan Sulu
8Adam Adli
9Lea Michele
10Gareth Bale
SIRI-TV TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Setia Hujung Nyawa
2Teduhan Kasih
3Cinta Jannah
4Adam dan Hawa
5Sehangat Asmara
6Kampung Girl
7Cinta Jangan Pergi
8Sedetik Cinta
9Asmara Luna
10Dahlia
FILEM TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013 (FILEM MALAYSIA)
1KL Gangster 2
2Highland Tower
3Psiko Pencuri Hati
4Vikingdom
5Juvana
6Bikers Kental
7Adnan Sempit 3
8KL Zombie
9Langgar
10Gangster Celop
FILEM TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1The Conjuring
2Despicable Me 2
3Pacific Rim
4Man of Steel
5KL Gangster 2
6Iron Man 3
7Insidious 2
8Highland Tower
9Singam 2
10After Earth
SELEBRITI TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Izzue Islam
2Emma Maembong
3Sharifah Sakinah
4Nelydia Senrose
5Ashraf Muslim
6Fizz Fairuz
7Afiq Muiz
8Adi Putra
9Fiza Elite
10Amar Asyraf
KERETA TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Proton Suprima
2Proton Saga SV
3Nissan Almera
4Kia Cerato
5Toyota Vios
6Kia Rio
7Peugeot 208
8Proton Preve
9Ford Kuga
10Lamborghini Veneno
LAGU TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Gwiyomi
2Harlem Shake
3Gangnam Style
4Putih Putih Melati
5Sandiwara Cinta
6Gentleman
7Wrecking Ball
8Aku Yang Dulu
9Banana Song
10Hanya Aku
PORTAL BERITA TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1MalaysiaKini
2Kosmo
3Berita Harian
4Sinar Harian
5Harakah
6Harian Metro
7Malaysian Insider
8Utusan Malaysia
9The Star
10Malaysia Chronicle
AHLI POLITIK TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Anwar Ibrahim
2Lim Kit Siang
3Aspan Alias
4Najib Razak
5Rafizi Ramli
6Azmin Ali
7Husam Musa
8Tian Chua
9Taib Mahmud
10Mat Sabu
PERSONALITI SUKAN TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Gareth Bale
2Thiago Alcantara
3Mesut Ozil
4Adnan Januzaj
5Oscar Pistorius
6David Moyes
7Marouane Fellaini
8Wilfred Zaha
9Pablo Aimar
10Iago Aspas
RANCANGAN TV TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Upin & Ipin
2Running Man
3Ultraman
4BoBoiBoy
5Adam dan Hawa
6Cinta Jannah
7Slugterra
8Thendral
9Ben 10
10Nadhaswaram
JENAMA TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Coach
2Louis Vuitton
3Burberry
4Guzzi
5Zara
6Michael Kors
7Victoria;s Secret
8Braun Buffel
9Sephora
10Marc Jacobs
DESTINASI PERCUTIAN TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Genting Highlands
2Langkawi
3Gold Coast Morib
4Pulau Perhentian
5Pulau Pinang
6Pulau Tioman
7Port Dicksont
8Melaka
9Kuching
10Pulau Redang

sumber




Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit