Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Tanda Halal Pada Minuman Arak?

Thursday, January 9, 2014 · 0 Puteri amani

Saya dapat info bergambar daripada perkongsian dari facebook dimana minuman arak yang tidak halal tertera pada tin tanda "Halal"

Adakah ianya sekadar rekaan pihak tertentu atau pun ianya salah printing pada label tin berkenaan.Lihat gambar dibawah ini





Video Adik Beradik Sanggup Bergaduh Kerana Kekasih Tersebar

Monday, January 6, 2014 · 0 Puteri amani

Video adik beradik gaduh kerana kekasih telah tersebar di internet. Sebuah rakaman pergaduhan yang melibatkan antara tiga orang beradik dipercayai dimuat naik pada 26 Mei 2013 lalu dan kini telah mendapat perhatian umum di laman sosial. Video yang berdurasi sepanjang 4 minit dan 33 saat itu memaparkan tiga orang remaja yang mempunyai talian darah telah bergaduh sesama sendiri. 

Lebih teruk apabila insiden itu bertukar ganas dan menyebabkan salah seorang daripada mereka mengalami pendarahan di bahagian kepala. Dari awal hingga akhir rakaman itu juga, turut kedengaran suara si ibu merayu agar anaknya menghentikan perbalahan tersebut namun tidak diendah. Pada masa yang sama, pergaduhan ini telah dirakam oleh adik perempuan mereka yang turut berada ditempat kejadian.




Video Adik Beradik Gaduh Kerana Kekasih Tersebar








"Bodoh punya Islam" - Desmond Yongkor hina Islam dalam Facebook

Tuesday, December 31, 2013 · 0 Puteri amani



Komen diatas diperolehi daripada status mengenai dakwaan pihak Hong Leong Bank yang tidak membenarkan pekerjanya menunaikan solat ketika waktu bekerja.

Namun, beberapa pengguna Facebook telah memberikan komen yang tidak bertanggungjawab dengan memperlekeh serta menghina agama Islam.

Peter Ha dalam komennya " I Wonder how to work with so many prayer breaks ! Might as well don't work and stay at home. After all, Allah will drop food and money from heaven ! haha."



Dan komen yang betul-betul menimbulkan kemarahan orang Islam yang membacanya datang daripada Desmond Yongkor:

"Kalau asik sembayang saja sampai 5 waktu... rugilah majikan bayar gaji.. majikan bayar gaji pekerja untuk kerja.. bukan kena bayar gaji untuk sembayang... bodoh punya ISLAM"




Komen beliau kini tersebar di media sosial dan ramai yang mahukan Desmond Yongkor segera di berkas pihak Polis.

Namun, Desmond dikatakan menggunakan akaun palsu dan sebelum ini juga beliau didakwa sering membuat provokasi kepada individu politik. Namun, kali ini provokasi yang dibuat oleh beliau dianggap terlalu melampau dan perlu disiasat. antara komen pengguna FB mengenai gambar ini:

"Agama rasmi Negara Malaysia ISLAM namun kebebasan beragama boleh. Tetapi tidak boleh menghina agama yang lain. INI sudah salah dalam perlambagaan negara. Boleh di hukum walaupun cuma di FB" -Abdul Wahab

Laporan polis telahpun dibuat melalui beberapa NGO dan individu.




Semoga identiti beliau dapat didedahkan agar menjadi pengajaran untuk tidak mempermainkan sensitiviti agama di negara ini. - sumber




10 Sebab Orang Like Status Post Anda

· 0 Puteri amani


Pernah tak anda rasa ada diantara rakan anda sendiri, bila dia update saja apa-apa status di Facebook tak sampai beberapa ketika berpuluh orang akan like?
Padahal bukannya status yang mempunyai apa-apa makna. Ia sekadar mengucap selamat pagi atau selamat malam saja.
Sebenarnya banyak juga perkara yang menyumbang bagaimana seseorang itu suka atau ‘like’ status seseorang itu.
Mari kita baca antara sebabnya..
1. Selalu muncul dalam news feed seseorang, takde keje nak buat..like jelah..(ramai yang macam ini).
2. Post itu mengandungi banyak info yang berguna terutamanya tentang pelajaran, hal rumahtangga dan hal agama.
3. Orang yang post tu lawa atau hensem dan dia dah lama stalk secara senyap-senyap, secret admire la katakan..
4. Like secara rambang saja, kalau orang tu tulis benda-benda menarik like la, tak pilih kasih okay.
5. Tertarik dengan post tu terutamanya tentang ayat-ayat puitis dan ayat-ayat cinta.
6. Suka like status kawan baik sendiri, motif? So dia pon boleh la like status anda sekali.
7. Sebab merasakan apa yang dikatakan dalam post someone to betul!! Malah kita pun tergerak nak tulis macam apa yang dia tulis, tapi dia dah tulis dulu.
8. Selalu like post orang yang berpengaruh, dalam erti kata lain hotstuff… bila ramai yang like, kita pon teringin nak like.
9. Yang ni memang dah takda keja sangat.. dia bukak timeline sorang tu, then dia like je tak kira gambar, status, komen, semua dia nak like. (syokla tu menambahkan notifications orang..bila orang tu tengok tadi , fuhyoo 159… tapi last-last 108 dari like orang yang sama).
10. Bila dah lama updates status, dia tgok orang tak like, then dia pon like post dia sendiri…hahaha…oppsss!!
Jadi agaknya anda tergolong dalam kategori mana ye?

crdt to Sumber


Sekelip Mata Semua Musnah - Video

Wednesday, December 25, 2013 · 0 Puteri amani

Ya Allah.. Subhanallah...
Sesungguhnya kebanyakan bala dan kematian itu kerap datang secara tiba-tiba. Terpulang kepada kita sama ada untuk sentiasa dalam keadaan sedia atau lalai.
Allah S.W.T befirman yg bermaksud:

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).(Q.S. Ar-Rum / 30 : 41)
Share Video ini untuk Pengajaran dan Sama-sama Ingat Mengingati akan kematian.




Isu Elektrik Naik,Staf Maybank Berikan Komen Lucah

Thursday, December 19, 2013 · 0 Puteri amani



Komen lucαh di atas adalah dari blog Mazidul Akmal, bagaimana seorang staf Maybank yang begitu ‘baik’ cara berbahasanya mempertahankan kerajaan akibat kenaikan tarif elektrik.




Mazidul menjelaskan komen tersebut dari staff Maybank yang bernama Rafidah Othman, komen tersebut telah dipadam setelah identitinya terdedah. Mazidul turut menyebut nama suami kepada Rafidah kakitangan Tenaga Nasional Berhad dan cuba menghubungi suaminya tetapi tiada balasan setakat ini.



Email juga telah dihantar oleh Mazidul kepada Rafidah berkaitan komen di atas.

Nak pertahankan kerajaan juga perlu jadi cerdik!

Sumber



Gambar Ngeri Gadis Kemalangan Akibat Tidak Pakai Tali Pinggang Keselamatan

Wednesday, December 18, 2013 · 0 Puteri amani

Gambar gadis ini dirakam setelah kejadian kemalangan jalan raya. ianya berpunca daripada tidak memakai tali pinggang kereta . jadi dengan adanya gambar ini , ianya dapat memberi pengajaran kepada anda dan rakan anda di facebook , supaya selalu menggunakan tali pinggang kereta ... sharekan sebagai pengajaran


  








sama - sama kita beringat antara satu sama lain - sebarkan ..



Gadis Melayu leka jadi 'pelacur siber'

Thursday, October 17, 2013 · 0 Puteri amani


Gadis Melayu leka jadi 'pelacur siber' | Bukan ingin mengaibkan atau sengaja menjatuh hukum, lebih-lebih lagi kepada bangsa dan saudara seagama sendiri, namun meneliti setiap satu perbualan dan sesekali membelek gambar yang dimuat naik dalam akaun alam maya peribadinya itu, timbul rasa sedih bercampur kecewa.

Bayangkan, tiada lagi istilah mengurat di sini atau usaha pergi ke lokasi-lokasi tersembunyi, semuanya mudah! Cakap berapa yang mampu dibayar, ada pakej menarik yang bersesuaian dengan kemampuan akan ditawarkan.

Hakikatnya, bukan seratus remaja yang berkumpul berbual dan melakukan tawar-menawar, sebaliknya berpuluh ribu budak yang masih menyarung seragam sekolah khayal mengisi masa dengan menelaah budaya baru ini.

Lazimnya, laman sosial seperti Instagram, Twitter, Facebook, Wechat dan beberapa lain adalah ruangan terbaik untuk berkomunikasi atau meluahkan pendapat. Sudah namanya remaja dan golongan muda, situasi melepaskan geram dengan bahasa kasar adalah normal.

Lesennya, remaja ‘ekspresi’ dan gemar melepaskan setiap rasanya.

Gadis Melayu leka jadi 'pelacur siber' | Namun setiap perkara ada batasnya. Jika sudah sampai ke tahap menayangkan tubuh atau gambar lucah sebagai pengenalan diri, itu sudah satu penyakit yang sepatutnya dihentikan.

Mulanya memang susah nak percaya, maklumlah maklumat yang disampaikan teman atau kenalan ada kalanya sengaja diperbesarkan sedangkan realitinya tidak seberapa. Namun dalam kes ‘melacur’ di alam maya, memang ia berlaku.

Tanpa rasa malu dan segan, dengan selamba beberapa remaja berbual dan menghantar mesej di laman sosial dengan perkataan lucah. Malah kebanyakan mereka dengan bersahaja membuat tawar-menawar harga untuk mendapatkan pakej seks.

“Apa sayang buat tu? Cantiknya badan, geram abang!”, bunyi mesej yang dikirimkan seorang lelaki berusia 18 tahun kepada sebuah akaun laman sosial yang gambar profilnya gadis separuh bogel.

Balas si gadis tak tahu malu ini pula: “Kalau betul geram, datanglah sini lepaskan rasa geram tu!”.

Akaun palsu

Gadis Melayu leka jadi 'pelacur siber' | Dalam pada berbual pada peringkat awal, kemudian mereka berdua dengan berani dan selamba menghantar pula gambar bogel masing-masing. Lebih kronik ada yang mengirimkannya secara terbuka di laman sosial itu walaupun ia boleh dilihat oleh berjuta pelayar.

Sejauh mana kebenarannya sukar diukur kerana ramai juga yang menggunakan akaun palsu untuk suka-suka dan tidak kurangnya yang menggunakan alam maya untuk melepaskan nafsu semata-mata dan bukannya betul menjual diri.

Tapi tidak kisah betul ataupun palsu, perbuatan meletak gambar bogel atau lucah sebagai pengenalan profil adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab. Lebih 90 peratus adalah anak muda.

Penyalahgunaan laman sosial sudah pun disenaraikan sebagai salah satu jenayah yang boleh dibawa ke muka pengadilan jika disabit salah. Namun jika pengguna yang tidak bertanggungjawab itu melayari laman sosial menerusi akaun palsu, ia mengundang kerumitan.

Bagaimanapun undang-undang masih ada untuk mengawal perbuatan jenayah ini kerana jelasnya ia boleh menjejaskan kesejahteraan dan akhlak seseorang itu.

Letak ketepi soal undang-undang dan hukuman, persoalannya mengapa ada juga anak muda hari ini yang sanggup melakukan perkara seperti ini? Jika masih tidak percaya, anda sendiri boleh meneliti menerusi ruangan siber di mana menjadi himpunan ramai anak muda yang bagai tandus kasih sayang.

Peliknya, ada saja kaedah dan idea mereka untuk menyalahgunakan sesebuah kemajuan yang dicipta. Ada saja alternatif mereka untuk memberikan impak negatif kepada sesebuah teknologi yang tujuan asalnya positif.

Masalah serius

“Antara penyalahgunaan, menghantar mesej dan memuat video lucah dengan mengakses gambar yang ghairah, memang boleh merosakkan akidah dan maruah diri individu. Sekali gus boleh mendatangkan masalah sosial.

“Saya sendiri terkejut apabila terbaca status dan beberapa bahan lucah yang ada di dalam laman sosial ini kerana sepatutnya ruangan ini adalah untuk berkomunikasi. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Remaja atau golongan muda memang jenis yang gemar meluahkan apa saja yang mereka fikirkan. Tidak dinafikan, saya sendiri ada kalanya begitu kerana ia jelas dapat meringankan tekanan.

“Mana tidaknya, jika timbul rasa kurang selesa atau tidak puas hati, saya akan meluahkannya di Twitter dan teman-teman lain akan memberi komen kepada status saya. Setidak-tidaknya saya akan rasa dihargai dan berpeluang berkongsi tekanan itu dengan kawan lain.

“Namun jika hingga mengeluarkan bahasa kesat dan menjadi satu platform ‘menjual diri’, saya fikir ia adalah situasi serius. Mustahil untuk kita mengubah sikap dan pendirian seseorang jadi mungkin dengan pemantauan dari pihak berkuasa, perkara seperti ini boleh dikurangkan,” katanya.

Soffian Ahmad, 24
Kuala Lumpur




Facebook punca cerai

Wednesday, December 30, 2009 · 0 Puteri amani

SYDNEY: Bagi kebanyakan pasangan, laman sosial Internet seperti Facebook adalah cara untuk mengekalkan hubungan dengan rakan.

Namun, kesan negatifnya semakin disedari dengan dakwaan terbaru menyatakan laman itu menjadi punca meningkatnya jumlah perceraian.


Menurut sebuah syarikat guaman, hampir satu daripada lima tuntutan cerai yang diuruskannya menyebut Facebook sebagai satu daripada punca.



Pengarah Urusan Divorce-Online, Mark Keenan berkata: “Saya terdengar kakitangan saya berkata, ramai orang yang bercakap mereka mengetahui kecurangan teman hidup mereka dalam Facebook.


“Saya mengambil keputusan untuk mencari bagaimana serius keadaan itu.


“Saya terkejut apabila mendapati 20 peratus daripada tuntutan cerai merujuk kepada Facebook.

“Alasan paling lumrah ialah pengguna laman itu bersembang mengenai seks dengan orang yang tidak berkenaan.”

Pengkritik berkata, laman sosial Internet menarik golongan lemah untuk berlaku curang terhadap teman mereka.

Suami atau isteri yang mengesyaki sesuatu, menggunakan laman itu untuk mencari bukti kecurangan pasangan mereka.

Pada masa sama, syarikat juga mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan mengeluarkan perisian yang membolehkan pelanggan mengintip secara elektronik terhadap pasangan mereka. - Agensi




Kuasa Viral FACEBOOK

Sunday, October 18, 2009 · 0 Puteri amani


Post kali ini saya hanya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana saudara Ridzuan Richie yang selalu menggunakan laman sosial Facebook mengambil peluang untuk menjana pendapatan melalui kuasa viral facebook yang tidak ramai pengguna facebook yang tahu.Mungkin diantara anda mengenalinya dan ada juga yang tak tahu malah namanya pun tak pernah dengar.Saudara Ridzuan ini ialah seorang usahawan internet yang telah mengeluarkan e-book Kuasa Viral Facebook.E-book ini menceritakan bagaimana Ridzuan menambah pendapatan melalui rangkaian sosial media menggunakan aplikasi Facebook untuk menjana pendapatnya setiap hari dengan cara yang mudah dan berkesan.Jom kita lihat antara isi kandungan e-book yang di tulis olehnya.


Salam Usahawan Internet Sekalian,

Mahukah anda mendapat trafik yang sentiasa bertambah hari demi hari tanpa kos yang berulang dan anda hanya perlu goyang kaki sahaja tanpa perlu memeningkan kepala anda untuk berfikir cara mendapatkan trafik?

Mulai hari ini, anda tidak perlu lagi bersusah-payah untuk mendapatkan trafik setiap hari untuk blog dan web jualan anda. Saya faham bagaimana rasanya apabila kita cuba berusaha untuk mendapatkan trafik yang stabil untuk blog dan web jualan kita yang masih baru lagi bertapak di dunia internet yang terlalu luas ini!!

Saban hari, semakin lama semakin ramai orang seperti anda yang berminat untuk menceburkan diri di dalam perniagaan internet. Peluang yang boleh diperolehi di dalam perniagaan internet ini memang besar. Tetapi anda perlu sedar, ianya tidak semudah yang disangkakan. Jika anda ingin membina kejayaan di internet dan menjadikan perniagaan internet sebagai sumber pendapatan utama anda, apa yang anda perlukan ialah trafik, trafik dan trafik!!!! Ya! Itu memang benar kerana TANPA TRAFIK ANDA MATI!!!


Rujukan : Facebook Company Timeline and Statistic


Wow!! Peningkatan pengguna Facebook setiap bulan dianggarkan seramai 25 JUTA ORANG dan sekarang ini jumlah pengguna Facebook pada masa kini ialah dianggarkan sudah melebihi 200 JUTA ORANG!!! Ini merupakan peluang yang sangat besar untuk para usahawan internet, lebih-lebih lagi kepada yang baru nak bermula dengan perniagaan internet. Bagi yang masih baru, anda tidak perlu risau lagi kerana saya akan membantu anda untuk mencari PEMBELI, PROSPEK dan PELANGGAN servis dan produk anda mahupun produk orang lain.


Bayangkanlah jika anda berjaya mendapat trafik daripada Facebook hanya sebanyak 0.1% sahaja, itu pun sudah berjumlah 200,000 ORANG!! Saya percaya anda boleh mendapat lebih daripada apa yang saya perkatakan. Setiap bulan pengguna Facebook meningkat! Trafik untuk anda juga meningkat! Sudah semestinya hasil pendapatan anda juga meningkat!!

Kesimpulanya disini bahawa saudara ridzuan berjaya mengambil peluang daripada laman sosial facebook untuk menambah duit kocek beliau dengan cara yang mudah dan murah.Sekiranya anda pengguna facebook dan boleh dikatakan tak boleh tidur sebelum main facebook,gunakanlah platform ini untuk menambahkan pendapatan anda.Sekiranya anda berminat boleh dapatkan disini







Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit