Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Facebook punca cerai

Wednesday, December 30, 2009 ·

SYDNEY: Bagi kebanyakan pasangan, laman sosial Internet seperti Facebook adalah cara untuk mengekalkan hubungan dengan rakan.

Namun, kesan negatifnya semakin disedari dengan dakwaan terbaru menyatakan laman itu menjadi punca meningkatnya jumlah perceraian.


Menurut sebuah syarikat guaman, hampir satu daripada lima tuntutan cerai yang diuruskannya menyebut Facebook sebagai satu daripada punca.



Pengarah Urusan Divorce-Online, Mark Keenan berkata: “Saya terdengar kakitangan saya berkata, ramai orang yang bercakap mereka mengetahui kecurangan teman hidup mereka dalam Facebook.


“Saya mengambil keputusan untuk mencari bagaimana serius keadaan itu.


“Saya terkejut apabila mendapati 20 peratus daripada tuntutan cerai merujuk kepada Facebook.

“Alasan paling lumrah ialah pengguna laman itu bersembang mengenai seks dengan orang yang tidak berkenaan.”

Pengkritik berkata, laman sosial Internet menarik golongan lemah untuk berlaku curang terhadap teman mereka.

Suami atau isteri yang mengesyaki sesuatu, menggunakan laman itu untuk mencari bukti kecurangan pasangan mereka.

Pada masa sama, syarikat juga mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan mengeluarkan perisian yang membolehkan pelanggan mengintip secara elektronik terhadap pasangan mereka. - Agensi




0 Puteri amani:

Sepatah Dua Kata Puteri

Salam bahagia,

Tujuan blog nie puteri wujudkan adalah untuk meluangkan masa lapang puteri je.Segala kandungan didalam blog puteri nie adalah berdasarkan apa yang puteri sendiri lakukan dan apa yang ingin puteri kongsikan.Semoga ada manfaat dan anda selalu datang ke blog puteri... ;-)

Google Search <-> Puteri amani

SponSor By Nuffnang

Komuniti Puteri

BloggerMelayu.com

Sembang Bersama PuteRi

Artikel blog ini

Grab this! | Powered by feedmap.net
Get this blog as a slideshow!
Powered by feedmap.net