Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Showing posts with label hakikat. Show all posts
Showing posts with label hakikat. Show all posts

Subhanallah! Lelaki Berusia 137 Tahun Hanya Bangun Untuk Solat

Sunday, January 12, 2014 · 0 Puteri amani

susulan
RIYADH – Seorang lelaki yang didakwa berusia 132 tahun (ada yg mengatakan 13 tahun) di Arab Saudi didapati menghabiskan masanya dengan tidur tetapi dia akan tersedar setiap kali tiba waktu solat, lapor sebuah akhbar tempatan.
Warga emas itu akan bangkit daripada tidur dengan dibantu anak lelakinya untuk menunaikan solat setiap kali bunyi azan kedengaran.
Aksi lelaki itu dirakamkan dalam satu klip video pendek dan dimuat naik di laman perkongsian video YouTube.
Dalam rakaman tersebut, lelaki itu dilihat sedang tidur nyenyak apabila anak lelakinya meletakkan tangan di kepala bapanya dan menyatakan waktu solat telah tiba.
Lelaki tua dan uzur itu yang pada mulanya sukar bergerak menjawab ‘azan’ dalam nada rendah (lemah) dengan air matanya mula menitis.
Keadaan ayah saya ini sepatutnya menjadi satu pengajaran kepada kita semua,” kata anaknya. Namun, akhbar berkenaan tidak mendedahkan lokasi kediaman lelaki tersebut
sumber


bahaya wanita malas pakai seluar dalam

Thursday, January 9, 2014 · 0 Puteri amani


Beijing: Seorang wanita enggan memakai seluar dalam sejak setahun lalu kerana tidak selesa akibat lebihan lemak melampau pada perutnya menyebabkan badannya menjadi tidak seimbang.


Wang, 37 memaklumkan doktor di Hospital Umum Kuang Tien lemak itu membuatkan punggungnya nampak terlalu kecil dan pelik.



Keadaan itu, katanya, menyebabkannya tidak selesa menggunakan seluar dalam.

Tabiatnya itu menimbulkan masalah lain ketika musim sejuk apabila bahagian sulitnya terlalu sejuk dan tidak mendapat perlindungan sewajarnya walaupun jika dia memakai kot tebal.


Berikutan itu, Wang mahu menjalani pembedahan sedutan lemak untuk membuang lingkaran lemak di sekitar perutnya.


Sumber



Simpati pelajar sekolah rendah guna duit syiling bayar yuran sekolah

Monday, January 6, 2014 · 0 Puteri amani


Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00 yang tidak cukup untuk membayar yuran sekolah. Guru-guru ‘ topup’ untuk pelajar tersebut.

Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini.

Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.




Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka.

Pagi – pagi saya terima whatsapp gambar  ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur.

Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. Guru – guru ‘ topup’ untuk pelajar tersebut. Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi.

Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.

Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini.

Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak. Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar.

Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka.

Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta – minta untuk menagih simpati ramai.



Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya. Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.

Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. Saya juga ditunjukkan gambar anak – anak ini. Comel – comel dan gembira sahaja rupanya.

Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin  juga pemberian orang lain.

Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan – rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi.

Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.

Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain.

Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak – anak, mana tahu ada rakan – rakan yang tidak bernasib baik.

Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak-anak lain. Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.

Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014. Alhamdulillah, masih ada yang berhati mulia untuk membantu.

Butiran secara ringkas.

Nama Sek: Sek Agama Integrasi Ar-Rahmaniah, Taman Dagang, Ampang 
Nama Cikgu: Ustazah Khadijah Bt. Alang Abu Shuker
Nama Pelajar: 1. Nurkhatijah bt. Abdullah, 2. Norsyafiqah bt. Abdul Rahim, 
No. HP Ustazah: 017-3078400

Terima kasih kerana prihatin.





Perbezaan Antara Perempuan Simpanan Dan Isteri

· 0 Puteri amani

En Suami : Ustaz.. pompuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya.. tp isteri saya gemuk.



Ustaz : Pompuan simpanan kamu pernah mengandungkan zureat kamu ke? Tentu tak kan? Sebab dia lebih sayangkan bentuk badannya dari kamu.. isteri kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya untuk kamu kerana dia lebih mencintai kamu dari bentuk badannya.

En suami : Tapi ustaz pompuan simpanan saya lebih manja & lemah lembut. Isteri saya jarang ada masa untuk saya & kadang2 garang.




Ustaz : Pompuan simpanan kamu takda tanggung jawab untuk dipikul tentang kamu, dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu, hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama kamu. Tetapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, masanya dibahagi-bahagi antara kamu & anak2 kamu. Kerana dia tahu menjaga anak2 kamu adalah tanggung jawab & itu tanda cintanya padamu.



En suami : Isteri saya jarang memujuk saya ustaz tak seperti pompuan simpanan saya..


Ustaz : Itu kerana isteri kamu sudah puas memujuk anak2 kamu bila mereka bertanya kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. Anak2 mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mereka bersedih memikirkan kamu yang tidak ada masa untuk mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak2 kamu sedangkan kamu sendiri terus hanyut bergelumang dosa dgn pompuan simpanan kamu itu.

En suami : .... tapi kan ustaz....

Ustaz : Camni lah... kalau isteri awak sentiasa tak cukup sempurna di mata awak, awak ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tak tahu bershukur seperti awak. Cuba awak pikir kalau bukan kerana dia yang korbankan bentuk badannya kerana awak, sepanjang hayat awak takkan melihat waris keturunan awak. Kalau dia mahu, dia bole memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai awak. Tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tak pernah awak hargai. Bukan dia yang tak cukup sempurna tapi awaklah yang tidak layak mendapat seorang isteri seperti dia.

Subhanallah!


sumber

kumpulan Shiro digam RTM Gara Gara Panggil Shabery Cheek "Bapa Mertua"?

· 0 Puteri amani

Kumpulan pelawak Shiro dipanggil RTM mengendalikan sebuah rancangan di RTM sempena malam tahun baharu 2014 pada Selasa lalu.

Semasa membuat persembahan di hadapan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan beberapa artis veteran di Konsert Jubli Emas TV Malaysia, Shiro dikatakan terlalu mencuba untuk menarik perhatian Shabery dengan memanggil beliau sebagai bapa mentua setiap kali muncul di pentas. Mereka bakal digam RTM kerana lawak ‘bodoh’, kata gosip di ruangan pojok sebuah akhbar mingguan.



mStar menghubungi Shiro untuk dapatkan penjelasan.


“Kami tidak tahu atau dimaklumkan apa-apa daripada pihak RTM tentang perkara tersebut, malah selepas rancangan itu, RTM masih memanggil kami untuk mengendalikan rancangan terbitan mereka.

“Boleh dikatakan hubungan Shiro dengan RTM setakat ini memang baik dan pihak stesen televisyen tersebut sentiasa memberi kami peluang dalam pelbagai rancangan mereka sejak kami muncul dalam industri,” katanya

Persembahan yang dilakukan pada malam itu hanya selingan ketika waktu iklan ke udara dan tidak disiarkan di televisyen, tambah Shiro.

“Ya…kami ada menyentuh tentang bapa mentua kerana kami tahu anak beliau baru sahaja berkahwin, namun bagi saya ia tidaklah sampai keterlaluan dan berniat untuk mempersenda-sendakan seperti dikhabarkan itu,” ujarnya.

Shiro juga meminta maaf jika lawak mereka, mengguris hati mana-mana pihak yang menonton persembahan mereka pada malam tersebut.

Sumber




Disebat 80 Kali Tuduh Artis Berzina Tanpa Bukti

Sunday, January 5, 2014 · 0 Puteri amani

Riyadh: Mahkamah di Arab Saudi memerintahkan seorang lelaki dipenjara tiga bulan dan disebat 80 kali selepas memfitnah penyanyi Kuwait sebagai penzina di Twitter tanpa bukti sahih.


Warga tempatan itu juga didenda 10,000 rial (RM8,757) kerana mendakwa penyanyi berkenaan, Shams, berzina tanpa menyertakan sebarang bukti, lapor laman berita Sabq memetik keputusan mahkamah, semalam.




Keputusan itu dibuat berdasarkan hukum syariah supaya mereka yang membuat tuduhan zina tanpa bukti dikenakan hukum sebat.


Shams memfailkan saman malu terhadap pemilik akaun Twitter ‘the lawyer of Queen Ahlam’ (peguam Queen Ahlam) penyanyi pop yang juga saingan Shams di negara Teluk itu.


Lelaki terbabit turut memuat naik gambar yang dipalsukan menunjukkan penyanyi berkenaan dalam keadaan yang dilapor Sabq sebagai tidak sopan.

sumber



Cinta Sehingga Meragut Nyawa

Saturday, January 4, 2014 · 0 Puteri amani

IPOH: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan bogel bersama seorang wanita dipercayai kekasihnya dalam sebuah kereta di premis kedai Bandar Cyber belakang sebuah hotel bajet, di sini, kira-kira 9 malam tadi.
Mangsa berusia 58 tahun manakala wanita berkenaan berusia 51 tahun ditemui ahli keluarganya.Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam, berkata isteri mangsa dikatakan mencari suaminya selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak kira-kira 6 petang, kelmarin.


"Berikutan itu, isteri mangsa membuat laporan polis pada kira-kira 7.55 petang sebelum mencari mangsa di sekitar Ipoh dan pejabat suaminya di Bandar Cyber.

Foto
POLIS mengangkat satu daripada mayat pasangan kekasih yang ditemui mati dalam keadaan bogel dalam kereta di premis rumah kedai di belakang sebuah hotel bajet di Bandar Cyber, dekat Ipoh. FOTO Ikhwan Munir


Isteri mangsa kemudian melihat kepulan asap keluar daripada pejabat suaminya dan terpaksa mengumpil pintu premis tersebut.



Dia kemudian mendapati kereta jenis Proton Wira milik suaminya dalam keadaan enjin dan pendingin hawa kenderaan masih hidup," katanya pada sidang media di tempat kejadian, di sini, malam tadi.



Beliau berkata, isteri mangsa membuat pemeriksaan dan mendapati suaminya bersama seorang wanita lain dalam keadaan bogel dalam kereta itu, sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada polis.



Bagaimanapun, kedua-dua mangsa disahkan sudah meninggal dunia. Siasatan awal mendapati lelaki terbabit adalah ahli perniagaan," katanya.



Paramasivam berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes belum diklasifikasikan sama ada terdapat unsur jenayah atau mati mengejut.



Siasatan awal mendapati mayat kedua-dua mangsa tidak mempunyai sebarang kecederaan dan polis menunggu laporan forensik sebelum siasatan lanjut dijalankan," katanya.




Pasangan Lakukan Seks Sebelah Mayat Isteri Di Ampang

· 0 Puteri amani


Masih ingat susulan Kes Cinta Tiga Segi (Kes Bunuh Fazlina Ahmad)

Saksi pendakwaan kelima yang juga kekasih kepada Mohafri Mohamed, 38, tertuduh yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, 39, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, mereka mengadakan hubungan seks di dalam bilik di rumah tertuduh tempat mayat wanita itu ditemui dalam almari pakaian.

Sebelum itu, saksi Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, dalam keterangannya berkata, dia dijemput Mohafri, 38, di Hentian Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur sebaik tiba dari Parit Buntar, Perak pada pukul 5 petang, 30 Disember 2009.

Cerita saksi itu, dia yang mengenali tertuduh ketika bekerja di Tropicana Medical Centre, Petaling Jaya tahun 2009 datang ke Kuala Lumpur pada hari itu kerana merancang untuk berkahwin di sempadan Thailand selepas hubungan mereka dihalang oleh bapanya.



Nazratul Annis berkata, dia bersetuju untuk berkahwin dengan Mohafri selepas tertuduh mengaku dia sudah menceraikan isterinya.

Dari Hentian Bas Jalan Duta, Mohafri membawanya ke sebuah rumah di Ampang dekat sini.

“Saya naik ke bilik tidur di tingkat atas untuk menggunakan tandas sebelum tertuduh mengajak saya melakukan hubungan seks,” katanya di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki.



Nazratul Annis yang kini bekerja sebagai pelatih pengurusan di Pulau Pinang memberi keterangan terhadap Mohafri yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina yang mayatnya disumbat ke dalam almari pakaian di rumahnya dalam keadaan hidung dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.

Mayat Fazlina ditemui Polis pada pukul 6 petang, 30 Disember dengan badannya dibungkus dengan selimut dan di ikat. Mohafri didakwa mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. – Kosmo!

Tertuduh dibebaskan lapor Utusan Online:

SHAH ALAM 12 April – Kegagalan pihak pendakwaan memanggil seorang pembantu rumah warga Indonesia menyebabkan Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas pengurus syarikat katering, Mohafri Mohamed (gambar) daripada tuduhan membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, dua tahun lalu.

Dalam kejadian itu, mayat Fazlina dijumpai dalam keadaan berbungkus dengan selimut dan mulut serta hidungnya ditampal dengan pita pelekat, di dalam almari pakaian di rumah mereka di Ampang.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki dalam penghakimannya menyatakan, mahkamah kesal dengan kegagalan pihak pendakwaan memanggil pembantu rumah bernama ‘Yayok’ itu untuk memberikan keterangan kerana dia adalah antara tiga orang dewasa yang berada di tempat kejadian termasuk mangsa dan tertuduh.

Kata beliau, selepas kejadian, Yayok ditahan dan disabitkan bersalah sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), dipenjara dan dihantar pulang ke negara asalnya serta semua maklumat itu di bawah kawalan pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Siti Nathiroh Abu Bakar.

Menurut beliau, keterangan percakapan Yayok terhadap polis tidak memberi sebarang nilai kepada kes pendakwaan memandangkan ia hanyalah keterangan cakap mulut (hearsay) tanpa pemeriksaan balas.

”Kegagalan itu menyebabkan berlakunya kelompangan dalam kes dan saya mendapati adalah tidak selamat untuk memanggil pembelaan sekiranya tertuduh memilih untuk berdiam diri kerana hanya ada satu hukuman iaitu mati.

”Oleh itu, mahkamah memutuskan tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri,” kata Hakim Mohtarudin.

Mohafri, 38, yang diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh Fazlina, 39, di rumah No. 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, Ampang antara pukul 5 pagi dan 10.30 pagi, 30 Disember 2009.

Sebanyak 16 saksi dipanggil memberi keterangan sepanjang kes pendakwaan berlangsung termasuk bekas teman wanita Mohafri, Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, yang mendakwa dia dan tertuduh merancang untuk berkahwin di sempadan Thailand setelah tertuduh mengaku dia sudah bercerai.

Selepas mendengar keputusan itu, seluruh ahli keluarga Mohafri di galeri awam dilihat saling berpelukan dan mengalirkan air mata. Mereka terus mengerumuni dan memeluk Mohafri yang kelihatan tergamam sebaik sahaja mahkamah selesai bersidang.

Anak sulung Mohafri, Nurin Irdina, 9, juga dilihat tidak melepaskan peluang memeluk bapanya dengan erat.

Mohafri ketika ditemu pemberita mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua ahli keluarga serta petugas-petugas di Penjara Sungai Buloh kerana melayannya dengan baik sepanjang hampir dua tahun ditahan di situ.

Sumber



Nak Menjadi Lelaki Semula, Tetapi Alat Kelamin Saya Perempuan

Wednesday, January 1, 2014 · 0 Puteri amani


Kuala Terengganu: “Semuanya sudah terlambat, saya kini mahu menjadi lelaki semula, tetapi alat kelamin saya perempuan, saya menyesal, sangat menyesal, tetapi sudah tiada guna,” kata Lianti (bukan nama sebenar).

Dia yang kini berusia 26 tahun sanggup berhabis lebih RM100,000 untuk melakukan pembedahan membuang kemaluan lelaki dan menggantikannya dengan kemaluan wanita semata-mata mengikut naluri kewanitaan yang ada pada dirinya sejak remaja.



Selain itu dia mengakui mahu menjadi ‘wanita’ cantik yang mampu memikat mana-mana lelaki kaya untuk mendapatkan wang mudah.

Kata Lianti, keputusan melakukan pembedahan jantina dibuat pada 2003 dan sanggup terbang dan tinggal di Jepun untuk pembedahan dan rawatan susulan selama sebulan.



“Ketika itu apa yang saya fikirkan untuk menjadi wanita dan mencari duit mudah, saya ikutkan hati dan sanggup menempuh cabaran dan berhabis duit untuk mencapainya,” katanya kepada Harian Metro.





Pelajar Kolej Iklankan Lelong Dara

Tuesday, December 31, 2013 · 0 Puteri amani

Pelajar Kolej Di Brazil Iklankan Lagi Lelong Dara

RIO de JANEIRO – Catarina Migliorini, pelajar kolej berusia 23 tahun di Brazil yang menjadi tumpuan dunia kerana melelong daranya, kini mengiklankan lagi untuk melelong daranya itu.

Pada masa sama, wanita itu juga menimbang untuk menerima lamaran seorang jutawan Arab. Pada 2012, seorang jutawan Jepun menawar Catarina AS$780,000 (RM2.6 juta) untuk membeli daranya menerusi lelongan secara online.Bagaimanapun, urusan jual beli itu gagal dan dia sekali lagi melelong daranya menerusi laman web VirginsWanted2.com.

Tawaran itu dilanjutkan dari 12 Disember hingga 12 Februari. Catarina juga berkata, dia menerima lamaran daripada seorang jutawan Arab.

Tanpa mendedahkan identiti lelaki itu, Catarina memberitahu mereka saling berbual menerusi Skype dan menyifatkan lelaki berkenaan sebagai ‘penganut Islam progresif.’ “Saya mengambil keputusan untuk meneruskan tawaran itu. Pada masa sama, saya menerima lamaran daripada seorang jutawan Arab. dan kini menimbangnya kerana ia membabitkan perkahwinan.

Memandangkan musim panas menjelang dan sudah tentu banyak parti diadakan, saya mengambil keputusan untuk melanjutkan lelongan itu bagi sambil menimbang tawaran itu. Jutawan Arab itu kelihatan begitu romantik dan menguasai 11 bahasa. Dia berumur antara 35 dan 40 tahun, kacak dan pintar. “Dia tinggal di rumah agam. Saya melihatnya menerusi skype,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Catarina, lelaki itu tidak bersetuju dengan tindakannya melelong daranya sehingga sanggup menawarkan AS$1.5 juta (RM4.9juta) kepadanya supaya menghentikan lelongan itu, berkahwin dengannya dan berpindah ke negara asalnya.

Dia tidak suka dengan tindakan saya. Dia anggap tidak sesuai kerana saya cantik, muda, berbakat dan cerdikDia mahu mengahwini saya dan mencadangkan kami bertemu di Malta supaya dapat berkenalan lebih rapat.Malta negara berkecuali dan saya boleh membawa keluarga saya. Semuanya dia akan tanggung.


Saya suka berbual dengannya kerana dia penyayang, romantik dan pintar. Tetapi saya tidak mahu berkahwin kerana ia membabitkan wang yang banyak. “ Ia membabitkan perasaan cinta dan saya tidak mahu terikat,” katanya. – AFP

Crdt To Sumber


Penemuan Pintu Neraka Terbesar Didunia

Sunday, December 29, 2013 · 0 Puteri amani


Kawah berapi yang begitu dikenali di kalangan pelancong dengan panggilan "The Gates of Hell" ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri.Hampir 40 tahun nyalaan api hidup dan tidak terpadam sejak ianya dihidupkan oleh sekumpulan pencari gali gas.






Pada tahun 1971, sekumpulan ahli geologi Soviet datang ke Darvaza, Turkmenistan dalam misi mencari sumber gas. Namun ketika proses menggerudi, tanah di bawahnya runtuh menyebabkan terbentuknya kawah seluas 60 meter dengan kedalaman 20 meter. Gas metana yang beracun turut keluar dari kawah tersebut. Ahli geologi mengambil keputusan untuk menyalakan gas tersebut sebagai langkah keselamatan. Sehingga kini, kawah ini sentiasa terbakar dan menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.












sumber


Nampak lurah coli, co-host Elfira Roy jadi perhatian

Saturday, December 28, 2013 · 0 Puteri amani

Pelakon dan pengacara cilik, Elfira Roy sekarang berada di Sabah untuk sebuah rancangan tv. Beliau sempat berkongsi beberapa keping gambar di lokasi penggambaran dalam akaun Instagramnya.



Dalam banyak-banyak gambar yang dikongsikan, sekeping gambar mencuri perhatian peminat-peminatnya. Gambar tersebut menampilkan Elfira bersama bersama pengacara bersama rancangan tersebut yang kami tidak pasti siapa orangnya.

Dan co-host tersebut kini menjadi bualan di kalangan peminat-peminat Elfira apabila penampilannya agak seksi apabila pakaian yang disarungkan menampakkan coli dan lurah payudaranya.


Rata-rata yang meberi komen bukan pada Elfira, tapi kepada wanita tersebut...heh!




Rakaman Video Awek seksi masuk Bank Islam jadi bahan Lawak Dan ketawa?

Tuesday, December 24, 2013 · 0 Puteri amani


Sebuah video yang dimuatnaik oleh seorang gadis ke laman sosialnya telah disebarkan oleh pemilik laman FB terkenal, Vyrec.

Video tersebut biasa sahaja pada mulanya, dengan rakaman pintu masuk ATM Bank Islam. Gadis yang merakamkan video tersebut kemudian meminta penonton memberi perhatian kepada siapa yang bakal keluar dari pintu tersebut.



Rupa-rupanya, rakannya sendiri yang keluar dari situ. Setelah menyedari rakannya dari dalam kereta merakamkan video beliau, si gadis ini mula mencarut-carut.

Apa yang kami simpulkan di sini, gadis-gadis di dalam kereta ini memang sangat seksi, dan ketika membuat urusan perbankan di Bank Islam, so konon-kononnya pemakaian tersebut tidak kena dengan situasi tersebut.





Tapi, persoalannya, apa perlunya ketawa berdekah-dekah selepas itu? Penghinaan kepada siapa? Diri sendiri yang tak malu pun seronokkah? Semoga yang mereka dilemparkan hidayah agar dapat berubah kepada yang lebih baik. APTB - Sumber





Isu Skandal Dengan Adi Putra Nooraida Diceraikan Talak Satu

Friday, December 20, 2013 · 0 Puteri amani


Ahli perniagaan Amiruddin Othman, 56 mengakui telah menceraikan isterinya yang juga merupakan wanita yang dikaitkan dengan isu skandal pelakon Adi Putra, iaitu Nooraida Abdul Mutalib, 30, dengan talak satu pada 19 Disember 2013.

Hal tersebut telah didedahkan sendiri oleh Amiruddin ketika ditemui pihak media di hadapan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, hari ini.

"Saya telah menceraikan dia (Nooraida) dengan talak satu pada jam 4.30 pagi di rumah kami di Johor Bahru. Kami bercerai secara baik.

"Walaupun kami sudah tiada ikatan apa-apa, tapi kami berdua telah bersetuju untuk menegakkan kebenaran. Ini kerana ketika perkara itu berlaku, kami masih lagi suami isteri dan selama empat bulan ini maruah saya telah tercalar", jelasnya sambil menahan sebak.

Tambah bapa kepada seorang cahaya mata itu, tujuan beliau ke Jabatan Peguam Negara hari ini untuk menghantar surat rayuan bagi mempertimbangkan keputusan kes yang berstatus 'No Further Action' (NFA) sebelum ini.

Amiruddin yang ditemani dua orang peguamnya mahu agar kes tersebut dinilai semula dibawah seksyen yang lebih relevan. Sebelum ini kes tersebut dibawah seksyen 509, kini mereka memohon agar kes tersebut dinilai dibawah seksyen 498.

"Dengan apa yang berlaku setakat ini saya mendapat tekanan yang teruk, bukan saja dari keluarga tetapi juga daripada masyarakat. Hubungan saya dengan keluarga menjadi tegang. Ikatan perkahwinan saya selama ini hancur begitu saja.

"Bila saya mahu kes ini dibuka semula, ramai orang cakap saya buka aib tapi hakikatnya mereka tidak tahu situasi saya yang sebenar. Saya bukan mahu duit atau popular tapi ini sebagai pengajaran kepada semua orang",katanya.

Tambahnya lagi jika rayuan mereka untuk meneruskan kes ini tidak menemui jalan penyelesaian, beliau akan tetap meneruskan kes tersebut menerusi undang-undang syariah dan sivil.

Amiruddin dan Nooraida sebelum ini telah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Noor Fasha Dania, 7 tahun. -MalaysianDigest





Gambar Ngeri Gadis Kemalangan Akibat Tidak Pakai Tali Pinggang Keselamatan

Wednesday, December 18, 2013 · 0 Puteri amani

Gambar gadis ini dirakam setelah kejadian kemalangan jalan raya. ianya berpunca daripada tidak memakai tali pinggang kereta . jadi dengan adanya gambar ini , ianya dapat memberi pengajaran kepada anda dan rakan anda di facebook , supaya selalu menggunakan tali pinggang kereta ... sharekan sebagai pengajaran


  








sama - sama kita beringat antara satu sama lain - sebarkan ..



Nooraida terpaksa Dedah Lurah Dada,Nak Cepat !!

Tuesday, December 17, 2013 · 0 Puteri amani


Aksi Sexy Nooraida Abdul Talib mendedahkan lurah dada kepada seluruh rakyat Malaysia di sidang media bersama suami menimbulkan Kontroversi. Kenapa Nooraida Tayang Dada di Sidang Media. Rupa-rupa Nooraida terpaksa Dedah Lurah Dada. Gambar Tak Senonoh Wanita Skandal Adi Putra mula tersebar di Internet dan Akhbar. Seperti diramal, Aksi Ketitikan Nooraida dihentam dan dikutuk teruk oleh wanita-wanita di luar sana. Nampaknya kaum lelaki lebih bersikap penyayang jika berdepan dengan Wanita yang Ketetekan ini. Lelaki lebih berminat membuat hipotesis saiz, meramal warna dan akhirnya mengeluh Seni itu Indah.




Kenapa Nooraida Tayang Dada di Sidang Media

Nooraida Menjawab Isu Tayang Lurah Dada kepada Rakyat Malaysia. Setelah dihentam dan dikutuk, Isteri comel kepada Hj Amiruddin bin Othman, akhirnya membela dirinya. Berikut kenyataan ringkas Kenapa Nooraida Tayang Dada di Sidang Media.




Berhenti Mengutuk Nooraida

Rupa-rupa Nooraida terpaksa Dedah Lurah Dada kerana Butang baju tercabut. Hahaha! Berhenti lah mengutuk, Melihat pada kenyataan bela diri pasti rakyat Malaysia boleh anggarkan IQ pemiliknya. Berhenti Mengutuk Nooraida. Kepada lelaki di luar sana, walaupun kenyataan Nooraida tidak menjawab persoalan anda, sabar dan usah termenung begitu. Mungkin di Sidang Media kedua Nooraida, mungkin lebih dari butang akan tercabut.




Imej Terbaru Samsul Yusoff

· 0 Puteri amani



Sejak kecewa dengan kes ‘rompakan’ KL Gangster 2, nampaknya pengarah dan pelakonnya, Syamsul Yusof seakan menyepikan diri daripada bidang hiburan.

Dia kini dilihat semakin mendekatkan diri dengan agama dengan menghadiri pelbagai majlis ilmu yang diadakan di sekitar Lembah Klang.

Memang satu perubahan yang positif!

Tahniah Syamsul, semoga terus kekal dengan imej sebegini dan jangan sesekali berputus asa dalam hidup anda.

Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.

Teruskan istiqamah dalam perubahan yang dilakukan ya!

sumber



Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit