Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Cinta Sehingga Meragut Nyawa

Saturday, January 4, 2014 ·

IPOH: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan bogel bersama seorang wanita dipercayai kekasihnya dalam sebuah kereta di premis kedai Bandar Cyber belakang sebuah hotel bajet, di sini, kira-kira 9 malam tadi.
Mangsa berusia 58 tahun manakala wanita berkenaan berusia 51 tahun ditemui ahli keluarganya.Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam, berkata isteri mangsa dikatakan mencari suaminya selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak kira-kira 6 petang, kelmarin.


"Berikutan itu, isteri mangsa membuat laporan polis pada kira-kira 7.55 petang sebelum mencari mangsa di sekitar Ipoh dan pejabat suaminya di Bandar Cyber.

Foto
POLIS mengangkat satu daripada mayat pasangan kekasih yang ditemui mati dalam keadaan bogel dalam kereta di premis rumah kedai di belakang sebuah hotel bajet di Bandar Cyber, dekat Ipoh. FOTO Ikhwan Munir


Isteri mangsa kemudian melihat kepulan asap keluar daripada pejabat suaminya dan terpaksa mengumpil pintu premis tersebut.



Dia kemudian mendapati kereta jenis Proton Wira milik suaminya dalam keadaan enjin dan pendingin hawa kenderaan masih hidup," katanya pada sidang media di tempat kejadian, di sini, malam tadi.



Beliau berkata, isteri mangsa membuat pemeriksaan dan mendapati suaminya bersama seorang wanita lain dalam keadaan bogel dalam kereta itu, sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada polis.



Bagaimanapun, kedua-dua mangsa disahkan sudah meninggal dunia. Siasatan awal mendapati lelaki terbabit adalah ahli perniagaan," katanya.



Paramasivam berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes belum diklasifikasikan sama ada terdapat unsur jenayah atau mati mengejut.



Siasatan awal mendapati mayat kedua-dua mangsa tidak mempunyai sebarang kecederaan dan polis menunggu laporan forensik sebelum siasatan lanjut dijalankan," katanya.




0 Puteri amani :

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit