Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Tektik Tunjuk, Henti & Samun

Sunday, February 23, 2014 · 0 Puteri amani



Baru-baru ini telah dikesan taktik penjenayah yang cuba melakukan rompakan terhadap pemandu kereta yang sedang memandu di jalan raya. 

Taktik yang diguna pakai penjenayah seperti berikut:

• Menunggang sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki dan menunjukkan tanda isyarat tangan ke arah tayar bahagian kiri atau kanan.

• Sekiranya pemandu tidak berhenti pada waktu itu, datang sebuah motosikal lain (kedua) dinaiki dua lelaki menunjukkan perkara yang sama bagi mewujudkan rasa khuatir dalam diri pemandu supaya memberhentikan kenderaan ke bahu jalan.

• Apabila pemandu memberhentikan kenderaan, suspek akan turun dari motosikal dan menuju ke bahagian kiri atau kanan tayar dan meminta pemandu melihat kerosakan yang dialami.

• Pada masa yang sama, motosikal yang dinaiki dua lelaki yang pertama turut memberhentikan motosikal mereka tidak jauh dari kenderaan mangsa.

• Apabila mangsa keluar dari kenderaan atau menurunkan cermin kereta. Suspek dari motosikal pertama akan bertindak melarikan kereta mangsa atau memaksa mangsa untuk keluar dari kenderaan sebelum melarikan kereta.

NASIHAT

1. Sekiranya anda berada dalam keadaan yang dinyatakan terus memandu ke balai polis berdekatan atau kawasan yang ramai orang atau berhenti di kawasan ‘safety point’ antaranya 7-Eleven, Pos Malaysia dan stesen minyak Petron. 

2. Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis motosikal, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina).

3. Memastikan nombor telefon bilik gerakan mana-mana balai polis berdekatan.

4. Membunyikan hon kereta beberapa kali untuk menarik perhatian penggunakan jalan raya sekiranya berada dalam situasi kecemasan.

5. Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku pergelutan dengan suspek untuk mempertahankan harta benda.





Subhanallah! Lelaki Berusia 137 Tahun Hanya Bangun Untuk Solat

Sunday, January 12, 2014 · 0 Puteri amani

susulan
RIYADH – Seorang lelaki yang didakwa berusia 132 tahun (ada yg mengatakan 13 tahun) di Arab Saudi didapati menghabiskan masanya dengan tidur tetapi dia akan tersedar setiap kali tiba waktu solat, lapor sebuah akhbar tempatan.
Warga emas itu akan bangkit daripada tidur dengan dibantu anak lelakinya untuk menunaikan solat setiap kali bunyi azan kedengaran.
Aksi lelaki itu dirakamkan dalam satu klip video pendek dan dimuat naik di laman perkongsian video YouTube.
Dalam rakaman tersebut, lelaki itu dilihat sedang tidur nyenyak apabila anak lelakinya meletakkan tangan di kepala bapanya dan menyatakan waktu solat telah tiba.
Lelaki tua dan uzur itu yang pada mulanya sukar bergerak menjawab ‘azan’ dalam nada rendah (lemah) dengan air matanya mula menitis.
Keadaan ayah saya ini sepatutnya menjadi satu pengajaran kepada kita semua,” kata anaknya. Namun, akhbar berkenaan tidak mendedahkan lokasi kediaman lelaki tersebut
sumber


6 Gambar "Skandal" Wakil Rakyat Meraba Dalam Dewan Parlimen

Saturday, January 11, 2014 · 0 Puteri amani

Ahli Parlimen Meraba Payudara Wanita, berita, moral ahli parlimen

Menyelam sambil minum air..Apapun peribahasa yang di gunakan menunjukkan betapa rendahnya moral ahli parlimen ini..betapa ruginya rakyat yang memilih mereka duduk di parlimen mewakili mereka.......

Aakj ; sebenarnya yang paling teruk..Wakil Rakyat yang tidak jalankan tugas yang d amanahkan..masa sebelum pemilihan kan main buka mulut..lepas dapat jadi Menteri..hilang entah kemana suara itu !!






sumber


KERAJAAN MALAYSIA AKAN HARAMKAN PEMAKAIAN TUDUNG DI IPTA & IPTS TERMASUK SEKOLAH .

· 0 Puteri amani

Ape Dah Jadi Dengan Malaysia ? Lepas Naikkan Harga Barang , Lepas tu Mengharamkan Wanita Memakai Tudung . Whats Goin On ?


KERAJAAN MALAYSIA AKAN HARAMKAN PEMAKAIAN TUDUNG DI IPTA & IPTS TERMASUK SEKOLAH .

Pihak Menteri Juga Sudah Mengeluarkan Notis Bagi Pengharaman Pemakaian Tudung Ini Di Semua IPTA Dan IPTS Dan Juga Akan Menghantar Notis Ini Ke Sekolah-Sekolah . Pihak Menteri Juga Telah Menyenaraikan Beberapa Jenis Tudung Yang Haram Dipakai Sewaktu Berada Di Dalam Sekolah Ataupun Kawasan Kampus . 



Antara Jenis Tudung Yang Tidak Boleh Dipakai Ialah :
1-TUDUNG SAJI .
2-TUDUNG PERIUK .
3-TUDUNG BOTOL .
4-TUDUNG CAT .

Eh ? Jangan Buat Muka , Aku Pun Terkena Lah! 




Nenek Dipaksa Buat Seks Oral

Thursday, January 9, 2014 · 0 Puteri amani

IPOH – Seorang nenek trauma dipaksa melakukan seks oral terhadap seorang lelaki dalam satu kejadian samun di sebuah kebun sayur di Bercham, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa berusia 74 tahun bersendirian melakukan rutin harian memeriksa sayur-sayur ditanamnya.

Sinar Harian difahamkan, seorang lelaki berusia 20-an menghampiri mangsa dari arah belakang sebelum memulas tangan dan meragut rantai leher, merampas cincin emas serta anting-anting emas yang dipakainya.



Suspek turut merampas dompet berisi wang tunai RM250 yang disimpannya dalam poket baju mangsa.uspek kemudiannya mengambil kesempatan membuka baju mangsa dan turut membuka seluarnya sebelum mengarahkan mangsa melakukan seks oral terhadapnya.


Mangsa bagaimanapun melawan dan berkeras tidak mahu melakukan aksi tidak senonoh itu.

Tindakan mangsa yang terus cuba melawan berjaya menyelamatkannya apabila suspek mengambil keputusan melarikan diri dengan mengayuh basikal milik mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan kejadian itu dan disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.


sumber

KRONOLOGI KES AR-RAHNU,Pajak Gadai Islam Yang Tidak Islamik

· 0 Puteri amani


NILAI PETUNJUK DAN PERLAKSANAAN ISLAM, BUKAN DENGAN NAMANYA


Ingin kami kongsikan kes seorang pengadu yang merujuk tentang penindasan yang dialami akibat dari keterlanjuran memajakkan 3 utas rantai oleh isterinya. Banyak isu yang terkait dengan kes ini dan beberapa kes lain yang sepertinya untuk sama-sama kita teliti dan mengambil iktibar darinya. 


KRONOLOGI KES AR-RAHNU



Hamba Allah ini yang sedang dalam kesusahan dan telah menjual perniagaannya. RM30.000 dari wang hasil jualan diserahkan kepada isterinya yang kemudiannya membeli 3 utas rantai untuk dijadikan aset. Baki RM30,000 lagi dilaburkan kepada rakan niaga yang akhirnya tertipu dan lebur semuanya sekelip mata.

Tanpa pengetahuan suami, si isteri, seorang penjawat awam telah menggadaikan emas tersebut kepada Sistem Gadaian Islam sebuah bank tempatan. Hasil gadaian dilabur pula dalam satu Skim Perlaburan Emas yang ditawarkan oleh seorang lelaki yang akhirnya lesap.

Daripada nilai asal RM29,000 emas tersebut, beliau hanya diberi pinjam RM18.800, iaitu sekitar 65% sahaja. Itu tidak termasuk kos proses dan terpaksa mengisi pelbagai borang dan memberikan nama waris yang mungkin dijadikan sebagai penjamin.

Yang memeranjatkan kami, ‘Kos Faedah’ yang digelar sebagai ‘upah simpan’ ialah RM1,300 utk 6 bulan atau RM2,600 setahun, iaitu 14% setahun. 

Apabila pelaburan lesap dan beliau terpaksa membayar ‘upah simpan’ seterusnya maka beliau merasakan tidak mampu. Anak yang ramai dan masih bersekolah ditambah dengan kejatuhan perniagaan suami yang juga tertipu membuatkan beliau menyerah kalah.


SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA

Apabila dibawa berbincang dengan pihak bank pada hujung tempoh pajakan, beliau amat terkejut kerana jika beliau tidak bayar maka emas akan dilelong. Harga semasa pula jatuh jadi lebih kurang RM21,000 sahaja. 

DIBERITAHU PULA BAHAWA BANK AKAN TOLAK 20% DARI HARGA SEMASA UNTUK PROSES LELONG. SEBARANG DEFESIT LELONGAN AKAN DITUNTUT DARI BELIAU. ITU TIDAK MASUK KOS LELONGAN, GUAMAN DAN SEBAGAINYA.

Kira punya kira beliau tetap akan rugi, bahkan akan terbeban dengan defisit lelongan yang amat banyak. Jika mahu ditebus sekarang pula harus bayar juga RM1,300 dan caj tebusan bersama wang pokok RM18,800. Jumlah itu menghampiri RM21K iaitu nilai semasa emas itu.

Demi mengelakkan beban lebih berat akibat defisit hasil lelongan yang sudah pasti beliau tidak boleh bayar, dan diblacklist, akhirnya beliau tiada pilihan bahkan terpaksa menebus juga emas tersebut. Malangnya beliau tiada wang.

Semakin hari beliau semakin tertekan sedangkan kesemua anak sekolah memerlukan belanja di awal tahun. Setelah disyurokan, kami memutuskan untuk membantu menebus emas yang tiada gambaran keuntungan sama sekali itu. Ianya atas dasar melepaskan saudara asnaf kita dari cengkaman zalim RIBA atas NAMA ISLAM ini. Mudah-mudahan wang yang dilaburkan dapat dikembalikan apabila harga emas naik semula InsyaAllah. Yang penting ialah niat membebaskan sahabat kita dari penindasan yang tidak bertepi ini.

Pada hari terakhir tempoh ‘upah simpan’, kebetulan hari jumaat, beliau bawa cek kami untuk tebus emas beliau. Pihak bank kata mereka beri masa sampai isnin sambil tunggu cek clear. Bila sudah clear beliau ke bank semula lalu diminta datang semula esoknya kerana tidak sempat proses pada hari itu. 

Apabila datang semula mereka minta bayar denda lewat iaitu RM7 sehari. Walhal itu kelalaian mereka. Setelah gagal bernegosiasi, akhirnya sahabat kita yang sudah amat tertekan itu minta jumpa pengurus namun pihak kaunter tidak izinkan. Beliau naik angin dan mengacah untuk lompat naik ikut kaunter jika pintu tidak dibuka untuk bertemu pengurus… MORALNYA IALAH HANYA KERANA RM7, DENDA LEWAT SEHARI YANG DISEBABKAN OLEH KELEWATAN PIHAK BANK SAMPAI BEGITU SEKALI RIGIDNYA.


ISLAM TINGGAL NAMA

Hari ini berbagai-bagai nama dan skim yang berbunyi Islamik namun hakikat perlaksanaannya tiada petunjuk yang membenarkan keIslamannya seperti mahunya Allah. Nama Islam itu sendiri membawa maksud sejahtera jika kita serah diri dan amalkan sungguh-sungguh mengikut sistemnya. 

Banyak pihak telah menulis dan menyuarakan, termasuk artikel kami sebelum ini. Kini kami kongsikan terus melalui koleksi pengalaman hidup kami sendiri.

“Akan datang pada manusia suatu zaman, ketika itu Islam tidak tinggal kecuali namanya, alqur’an tidak tinggal kecuali tulisannya, masjid-masjid megah namun kosong dari petunjuk, ulamanya termasuk orang paling teruk yang berada di bawah kolong langit , karena dari meraka timbul beberapa fitnah dan akan kembali (fitnah itu) padanya.” (H.R. Baihaqi Dari Ali R.A)

“Itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan bapak-bapak kamu mengadakannya; Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun untuknya. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan, dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka dan sesungguhnya telah datang PETUNJUK kepada mereka dari Tuhan mereka” - QS:53. An Najm 23


SISTEM KEWANGAN ISLAM YANG TIDAK ISLAMIK

Rasanya semua sudah tahu bahawa Islamic Finance ini hanya pada nama dan istilah Islamik yang menyokong pada urusniaga yang sebenarnya jauh lari dari konsep muamalat Islam. Dari apa yang kami sendiri alami ini, maka kami cuba membuat bacaan dan ingin kami kongsikan beberapa kepincangan dari sudut pengalaman dan pandangan qualitatif. 

Memberi pinjam dari perspektif Islam perlu lebih baik demi meringankan beban si peminjam. Ada juga yang memberikan alasan seperti kalau diringankan yang meminjam pula pijak kepala. Jadi sistem perekonomian hari ini tiada lagi nilai IBADAH di dalamnya. Sekadar ingin memeras dan mengaut keuntungan semata-mata. Yang kaya bertambah kaya, yang susah akan terus merana. Kalau kita mengetahui konsep atau asas Islam itu sendiri, kita mampu membezakan sesuatu sistem itu samada ianya "ISLAM" atau pun tidak.


DI MANA TIDAK ISLAMIKNYA KES DI ATAS?

Hari ini dengan IC saja pun anda boleh dapat kad kredit yang rata-rata cajnya sekitar 1% sebulan. Faedah untuk pinjaman kereta, pinjaman peribadi, rumah juga serendah 2-4%, jarang yang melebihi 10% setahun. Ini bermakna ‘upah simpan’ (istilah menggantikan faedah riba) 14% setahun dari kes ar-Rahnu ini lebih teruk dari RIBA’ CIPTAAN DAJJAL. 

Kedai Pajak Gadai Berlesen sekarang mampu meminjamkan tunai sehingga 82% daripada nilai marhun berbanding ar-Rahnu yang hanya maksima 75% (dalam kes di atas hanya 65%). 

Bila anda gagal menebus, pajak gadai berlesen tidak akan menyaman anda walaupun harga emas turun kerana biasanya mereka tidak melakukan lelongan seperti bank, tetapi menjualnya secara runcit. Jika terpaksa melelong sekalipun, mereka tanggung risiko, tidak mengejar pemilik emas jika lelongan tidak mencukupi. Tidaklah jadi sudah jatuh, tertimpa tangga tercium pula tahi ayam seperti kes di atas.

Pengalaman ini menafikan ayat Allah QS 2:280 “Dan jika dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui”.

AR-RAHNU SUDAH JADI ‘PINJAMAN’ BERCAGAR EMAS. Ia sebenarnya semacam satu pinjaman biasa yang menggunakan nama pajak gadai dan dicantikkan lagi dengan istilah Islam. Bermacam-macam borang dan penyenaraian dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS. Ini akan menjadikan anda disenarai hitam dalam sistem perbankan yang menyebabkan permohonan pinjaman anda di mana-mana bank akan dinafikan. Padahal emas itu buttertrade tunai anda, bukanlah ia pinjaman tanpa cagaran. Ramai sekali yang tertipu akibat CCRIS dan CITOS ini. 


PENTINGNYA MUSYAWARAH, UTAMAKAN KEPERLUAN, BUKAN KEMAHUAN

Banyak kes yang dirujuk kepada kami menunjukkan situasi parah apabila isteri bertindak tanpa pengetahuan dan izin suami. Di situlah pentingnya budaya musyawarah dalam keluarga. Dalam contoh kes di atas juga, jelas ada unsur mengejar kemahuan, bukan keperluan. Biarlah rezeki sedikit tetapi mencukupi (berkat), daripada banyak tapi tiada keberkatannya.

Dalam satu kes, ada isteri yang mengambil pinjaman Along tanpa pengetahuan suami hanya untuk membeli peralatan rumah. Kononnya ia akan dibayar menggunakan penjimatan wang dapur. Akhirnya bil air dan letrik, , ansuran rumah tidak berbayar, belanja anak sekolah juga turut terhakis kerana membayar Along. Akibatnya rumah yang ingin dihias itu juga akhirnya terlelong.

QS: 42. Asy Syuura 38 “Dan orang-orang yang mengutamakan seruan Tuhannya dan mendirikan shalat, urusan mereka dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka”..

QS 2 Albaqoroh : 278. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba jika kamu orang-orang yang beriman. 

QS 2 Albaqoroh : 279. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat, maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak dianiaya.


SENGSARA DAN PENINDASAN AKIBAT RIBA 

Dari kes yang dirujuk kepada kami, juga hasil pengumpulan kes dari kalangan kaum keluarga dan pengalaman sendiri, jelas mengesahkan kesan buruk dari amalan riba ini. 

Selain kes di atas, terlalu banyak kes mereka yang meminjam Along, Bank dan Ceti untuk menampung bayaran pembelian aset. Sampai aset yang dibeli bahkan aset yang sedia ada terjual semuanya, masih tidak dapat melunaskan hutang riba ini. Inilah akibat dari mengikut KEHENDAK hawa nafsu dan rasa tamak. Akhirnya semua kerugian.

Ramai juga peniaga yang tidak mahu bersabar dan berpuasa apabila dilanda kesusahan, atau terlalu ghairah untuk membesarkan perniagaan lalu melibatkan diri dengan pinjaman dan riba. Akhirnya mereka mudah terkucil. Apabila ada wang pinjaman di tangan, banyaklah pertimbangan salah dan pemborosan dilakukan. Akhirnya hidup jadi haru biru, berkerja siang malam hanya untuk menjadi hamba riba dan akhirnya perniagaan jatuh.


AMALAN RIBA JADI GAMBARAN AKHIR ZAMAN, 

"Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya". - H.R. Ibnu Majah

Jelas sekali telah berakhirnya cara hidup Islam yang diajarkan nabi saw. Harta riba' wujud di merata tempat. Itu menjadi manifestasi kejatuhan dan berakhirnya Islam. Salah seorang dari kami pernah berbincang dengan bekas mufti sebuah negeri. Beliau sendiri jelas mengatakan beliau tidak jumpa jalan keluar. Zakat terkumpul beratus juta dalam setahun namun tidak tahu kemana perginya. Kelompongan sistem ekonomi Islam ini agak sukar ditampung melainkan kita ada satu sistem yang mandiri tanpa bersekongkol dengan sistem kuffar.

Kami harap rencana ringkas ini mampu menguatkan semangat umat Islam untuk mengorak langkah. Jika kita tidak mampu mengubah sistem, jauhilah sistem itu. Berpuasalah dari mengikut kehendak nafsu.

Perkongsian Iqra’ 
WARGA PRIHATIN - sumber




Kejam! bayi kembar maut dalam besen!

Wednesday, January 8, 2014 · 0 Puteri amani

Kejam!! Bayi Kembar Maut Dalam Besen.


Peristiwa kematian dua bayi kembar berusia 6 bulan Ralva dan Raldo, gempar di kampung Winangun, Manado, Indonesia. Ia menimbulkan tanda tanya.



Ibu dua bayi comel ini Nova Wurangian, 43 masih tidak banyak bercakap. Matanya masih bengkak, petanda kehilangan yang amat dalam atas kehilangan dua daripada bayi kembar tiga.


''Saya belum dapat menerima kehilangan dua anak saya,'' kata Nova.



Kejadian pelik ini menggegarkan warga setempat Winangun. Ada yang berpendapat, bayi kembar tersebut dikatakan sengaja dibunuh. Pelaku adalah orang terdekat si kembar Ralva-Raldo yang mati dalam kedudukan saling membelakangi di dalam besen berisi air.


''Kejadian ini masih di siasat. Apakah ada hubungan dengan orang terdekat atau bukan,'' kata Kasat Reskrim Polresta.


sumber


Heboh Kes Pemerkosaan Pesakit Ketika Pembedahan

Tuesday, January 7, 2014 · 0 Puteri amani

Gambar Di Bawah ini pembelajaran untuk lebih hati-hati memilih doktor kerana juga banyaknya kes rogol yang terjadi akhir akhir ini. anda tahu sendiri cara memilih doktor yang tidak termasuk doktor blacklist. Serta kita semua berharap bahwa gambar-gambar perkosaan pesakit pembedahan ini hanya kerja mereka yang tak bertanggungjawap atau laman dewasa yang ingin membuat heboh. Sila anda menilai sendiri..Cekidot







sumber


kumpulan Shiro digam RTM Gara Gara Panggil Shabery Cheek "Bapa Mertua"?

Monday, January 6, 2014 · 0 Puteri amani

Kumpulan pelawak Shiro dipanggil RTM mengendalikan sebuah rancangan di RTM sempena malam tahun baharu 2014 pada Selasa lalu.

Semasa membuat persembahan di hadapan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan beberapa artis veteran di Konsert Jubli Emas TV Malaysia, Shiro dikatakan terlalu mencuba untuk menarik perhatian Shabery dengan memanggil beliau sebagai bapa mentua setiap kali muncul di pentas. Mereka bakal digam RTM kerana lawak ‘bodoh’, kata gosip di ruangan pojok sebuah akhbar mingguan.



mStar menghubungi Shiro untuk dapatkan penjelasan.


“Kami tidak tahu atau dimaklumkan apa-apa daripada pihak RTM tentang perkara tersebut, malah selepas rancangan itu, RTM masih memanggil kami untuk mengendalikan rancangan terbitan mereka.

“Boleh dikatakan hubungan Shiro dengan RTM setakat ini memang baik dan pihak stesen televisyen tersebut sentiasa memberi kami peluang dalam pelbagai rancangan mereka sejak kami muncul dalam industri,” katanya

Persembahan yang dilakukan pada malam itu hanya selingan ketika waktu iklan ke udara dan tidak disiarkan di televisyen, tambah Shiro.

“Ya…kami ada menyentuh tentang bapa mentua kerana kami tahu anak beliau baru sahaja berkahwin, namun bagi saya ia tidaklah sampai keterlaluan dan berniat untuk mempersenda-sendakan seperti dikhabarkan itu,” ujarnya.

Shiro juga meminta maaf jika lawak mereka, mengguris hati mana-mana pihak yang menonton persembahan mereka pada malam tersebut.

Sumber




Disebat 80 Kali Tuduh Artis Berzina Tanpa Bukti

Sunday, January 5, 2014 · 0 Puteri amani

Riyadh: Mahkamah di Arab Saudi memerintahkan seorang lelaki dipenjara tiga bulan dan disebat 80 kali selepas memfitnah penyanyi Kuwait sebagai penzina di Twitter tanpa bukti sahih.


Warga tempatan itu juga didenda 10,000 rial (RM8,757) kerana mendakwa penyanyi berkenaan, Shams, berzina tanpa menyertakan sebarang bukti, lapor laman berita Sabq memetik keputusan mahkamah, semalam.




Keputusan itu dibuat berdasarkan hukum syariah supaya mereka yang membuat tuduhan zina tanpa bukti dikenakan hukum sebat.


Shams memfailkan saman malu terhadap pemilik akaun Twitter ‘the lawyer of Queen Ahlam’ (peguam Queen Ahlam) penyanyi pop yang juga saingan Shams di negara Teluk itu.


Lelaki terbabit turut memuat naik gambar yang dipalsukan menunjukkan penyanyi berkenaan dalam keadaan yang dilapor Sabq sebagai tidak sopan.

sumber



Gangster India mengamuk lagi Di Shah Alam

· 0 Puteri amani


Kejadian amukkan berlaku di Flat PKNS Seksyen 7, Shah Alam pada jam 0115, 4 Januari 2014. Suspek lelaki berbangsa India seramai 3 orang menaiki Satria berwarna kuning bernombor plat WND 2980.

Anggaran dalam 15-20 buah kereta sekitar flat berkenaan telah dirosakkan seperti dipecahkan cermin dan ditendang sehingga kemek.



Selain itu, suspek juga mengugut kearah penduduk dengan menjerit "Siapa gengster turun" dan berkata kesat. Disertakan gambar dilokasi kejadian.

Terima Kasih. (minta dirahsiakan pengirim) - sumber



Cinta Sehingga Meragut Nyawa

Saturday, January 4, 2014 · 0 Puteri amani

IPOH: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan bogel bersama seorang wanita dipercayai kekasihnya dalam sebuah kereta di premis kedai Bandar Cyber belakang sebuah hotel bajet, di sini, kira-kira 9 malam tadi.
Mangsa berusia 58 tahun manakala wanita berkenaan berusia 51 tahun ditemui ahli keluarganya.Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam, berkata isteri mangsa dikatakan mencari suaminya selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak kira-kira 6 petang, kelmarin.


"Berikutan itu, isteri mangsa membuat laporan polis pada kira-kira 7.55 petang sebelum mencari mangsa di sekitar Ipoh dan pejabat suaminya di Bandar Cyber.

Foto
POLIS mengangkat satu daripada mayat pasangan kekasih yang ditemui mati dalam keadaan bogel dalam kereta di premis rumah kedai di belakang sebuah hotel bajet di Bandar Cyber, dekat Ipoh. FOTO Ikhwan Munir


Isteri mangsa kemudian melihat kepulan asap keluar daripada pejabat suaminya dan terpaksa mengumpil pintu premis tersebut.



Dia kemudian mendapati kereta jenis Proton Wira milik suaminya dalam keadaan enjin dan pendingin hawa kenderaan masih hidup," katanya pada sidang media di tempat kejadian, di sini, malam tadi.



Beliau berkata, isteri mangsa membuat pemeriksaan dan mendapati suaminya bersama seorang wanita lain dalam keadaan bogel dalam kereta itu, sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada polis.



Bagaimanapun, kedua-dua mangsa disahkan sudah meninggal dunia. Siasatan awal mendapati lelaki terbabit adalah ahli perniagaan," katanya.



Paramasivam berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes belum diklasifikasikan sama ada terdapat unsur jenayah atau mati mengejut.



Siasatan awal mendapati mayat kedua-dua mangsa tidak mempunyai sebarang kecederaan dan polis menunggu laporan forensik sebelum siasatan lanjut dijalankan," katanya.




Pasangan Lakukan Seks Sebelah Mayat Isteri Di Ampang

· 0 Puteri amani


Masih ingat susulan Kes Cinta Tiga Segi (Kes Bunuh Fazlina Ahmad)

Saksi pendakwaan kelima yang juga kekasih kepada Mohafri Mohamed, 38, tertuduh yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, 39, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, mereka mengadakan hubungan seks di dalam bilik di rumah tertuduh tempat mayat wanita itu ditemui dalam almari pakaian.

Sebelum itu, saksi Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, dalam keterangannya berkata, dia dijemput Mohafri, 38, di Hentian Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur sebaik tiba dari Parit Buntar, Perak pada pukul 5 petang, 30 Disember 2009.

Cerita saksi itu, dia yang mengenali tertuduh ketika bekerja di Tropicana Medical Centre, Petaling Jaya tahun 2009 datang ke Kuala Lumpur pada hari itu kerana merancang untuk berkahwin di sempadan Thailand selepas hubungan mereka dihalang oleh bapanya.



Nazratul Annis berkata, dia bersetuju untuk berkahwin dengan Mohafri selepas tertuduh mengaku dia sudah menceraikan isterinya.

Dari Hentian Bas Jalan Duta, Mohafri membawanya ke sebuah rumah di Ampang dekat sini.

“Saya naik ke bilik tidur di tingkat atas untuk menggunakan tandas sebelum tertuduh mengajak saya melakukan hubungan seks,” katanya di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki.



Nazratul Annis yang kini bekerja sebagai pelatih pengurusan di Pulau Pinang memberi keterangan terhadap Mohafri yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina yang mayatnya disumbat ke dalam almari pakaian di rumahnya dalam keadaan hidung dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.

Mayat Fazlina ditemui Polis pada pukul 6 petang, 30 Disember dengan badannya dibungkus dengan selimut dan di ikat. Mohafri didakwa mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. – Kosmo!

Tertuduh dibebaskan lapor Utusan Online:

SHAH ALAM 12 April – Kegagalan pihak pendakwaan memanggil seorang pembantu rumah warga Indonesia menyebabkan Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas pengurus syarikat katering, Mohafri Mohamed (gambar) daripada tuduhan membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, dua tahun lalu.

Dalam kejadian itu, mayat Fazlina dijumpai dalam keadaan berbungkus dengan selimut dan mulut serta hidungnya ditampal dengan pita pelekat, di dalam almari pakaian di rumah mereka di Ampang.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki dalam penghakimannya menyatakan, mahkamah kesal dengan kegagalan pihak pendakwaan memanggil pembantu rumah bernama ‘Yayok’ itu untuk memberikan keterangan kerana dia adalah antara tiga orang dewasa yang berada di tempat kejadian termasuk mangsa dan tertuduh.

Kata beliau, selepas kejadian, Yayok ditahan dan disabitkan bersalah sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), dipenjara dan dihantar pulang ke negara asalnya serta semua maklumat itu di bawah kawalan pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Siti Nathiroh Abu Bakar.

Menurut beliau, keterangan percakapan Yayok terhadap polis tidak memberi sebarang nilai kepada kes pendakwaan memandangkan ia hanyalah keterangan cakap mulut (hearsay) tanpa pemeriksaan balas.

”Kegagalan itu menyebabkan berlakunya kelompangan dalam kes dan saya mendapati adalah tidak selamat untuk memanggil pembelaan sekiranya tertuduh memilih untuk berdiam diri kerana hanya ada satu hukuman iaitu mati.

”Oleh itu, mahkamah memutuskan tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri,” kata Hakim Mohtarudin.

Mohafri, 38, yang diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh Fazlina, 39, di rumah No. 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, Ampang antara pukul 5 pagi dan 10.30 pagi, 30 Disember 2009.

Sebanyak 16 saksi dipanggil memberi keterangan sepanjang kes pendakwaan berlangsung termasuk bekas teman wanita Mohafri, Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, yang mendakwa dia dan tertuduh merancang untuk berkahwin di sempadan Thailand setelah tertuduh mengaku dia sudah bercerai.

Selepas mendengar keputusan itu, seluruh ahli keluarga Mohafri di galeri awam dilihat saling berpelukan dan mengalirkan air mata. Mereka terus mengerumuni dan memeluk Mohafri yang kelihatan tergamam sebaik sahaja mahkamah selesai bersidang.

Anak sulung Mohafri, Nurin Irdina, 9, juga dilihat tidak melepaskan peluang memeluk bapanya dengan erat.

Mohafri ketika ditemu pemberita mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua ahli keluarga serta petugas-petugas di Penjara Sungai Buloh kerana melayannya dengan baik sepanjang hampir dua tahun ditahan di situ.

Sumber



Guru Dibelasah Pelajar Rambut 'Punk' Dengan Kerambit

· 0 Puteri amani


KANGAR: Polis menahan seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis dekat sini kerana didakwa mencederakan seorang guru lelaki dengan kerambit pada hari pertama persekolahan, Khamis.


Kejadian dipercayai berlaku selepas pelajar lelaki itu ditegur oleh guru berkenaan kerana menggayakan rambut ala 'punk.'






Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Supritendan Ismail Che Isa berkata, suspek lelaki berusia 17 tahun itu ditahan pada pukul 1 pagi Jumaat di rumahnya di Kuala Perlis dekat sini.



Ismail berkata, guru tersebut mengalami kecederaan di bawah mata kanannya dan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Perlis.


"Kami telah mendapat perintah reman untuk menahan pelajar tersebut sehingga Isnin depan," katanya.

Sementara itu, guru yang terlibat dengan insiden itu enggan memberikan sebarang komen dan memberitahu pemberita bahawa dia menyerahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes tersebut.


Sumber




Pelajar Mati Selepas dirogol bergilir-gilir oleh 13 warga bangladesh

Thursday, January 2, 2014 · 0 Puteri amani

rogolpelajarmelayu
Tekejut saya bila dapat tahu berita ni. apa nak jadi dengan malaysia sekarang ni? macam-macam..masih aman kah malaysia?? jawapan itu ada pada anda sendiri
Seorang pelajar KPTM meninggal dunia dirogol bergilir-gilir oleh 13 warga bangladesh dekat LRT Pandan Jaya. Difahamkan pelajar tersebut baru semester pertama dan berbagsa India Muslim.
banglamati
Bagaimanapun kesahihan berita ini belum dapat dipastikan lagi. Jika benar marilah sama-sama kita sedekahkan Al fatihah buat mangsa dan diharap mereka yang bersalah dibawa ke muka pengadilan.
Al-Fatihah kepada pelajar KPTM yang meninggal dunia dirogol bergilir-gilir oleh 13 bangla. Ya Allah kau rahmati la si mati.. Sumber: http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/10/pelajar-melayu-mati-jadi-kenduri-13.html#_
*Gambar hiasan



Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit