Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Hasil dari blogging – kereta MyVi dan kereta Honda Type R (dalam masa kurang dari 2 tahun!)

Wednesday, November 18, 2009 · 2 Puteri amani

Artikel nie pu3 amik copy paste jek dari blog En Rohaizad( Blog inspirasi pu3).Disebabkan mood tension masih tebal lagi dan entah bila nak hilang so pu3 amik keputusan utk copy paste artikel nie.Bukan nak cari publisiti tapi ianya ada sesuatu yang amat pu3 suka utk hilangkan mood Tension pu3.

Dalam apa jua bidang, kalau kita faham dan yakin dengan apa yang kita lakukan… maka keputusan yang bakal diterima selalunya dapat memuashatikan diri sendiri (sekurang-kurangnya). Tetapi kalau kita tambahkan satu lagi perkara iaitu AZAM atau CITA-CITA, maka segala impian yang kita inginkan pasti akan terlaksana.

Begitulah keadaaanya bagi sesiapa yang punyai objektif dalam kehidupan mereka. Kalau tidak percaya, tanyalah pada Tony Fernandez, Tan Sri Al-Bukhary dan juga Lim Goh Tong. Mereka ini memulakan lankah kejayaan hanya dengan satu IMPIAN.

Dan alhamdulillah… aku terpaksa akur dengan kenyataan itu bahawa IMPIAN itu penting kerana dengan adanya impian, maka akan wujudlah langkah seterusnya iaitu TINDAKAN. Tindakan itulah yang membuatkan aku dapat apa yang aku hajati selama ini.

honda

Yup, dahulunya aku pernah berhajat untuk memiliki kereta jenis compact iaitu MyVi SE Full Specs. Selang setahun selepas itu aku berhajat untuk memiliki kereta Honda Type R. Kalau dulu aku membeli MyVi berwarna hitam, tetapi untuk kereta ke-2 ini, aku berkenan pula pada warna putih. Kira sepasanglah tuh.

Selepas aku membelinya (pada minggu lepas), aku terus sahaja menelefon Boy dan WanMus untuk berkongsi berita gembira ini. Respons daripada Boy agak cool tetapi respons dari WanMus agak pelik.

Beliau (WanMus) tidak percaya sampai dimintanya aku bawa kereta baru aku tu ke UTM Skudai… alahai WanMus, manalah boleh bawak sebab nanti awek asyik sweet kat aku… susah pula nanti.

Persoalannya, siapa kata blogger tidak boleh buat aset dan harta melalui aktiviti bloggingnya? Video di bawah membuktikan segala-galanya!!


p/s : Sekali sekala menggunakan artikel blogger lain untuk memeriahkan blog sendiri.Thank Bro Izad.



NASA: Dunia Tidak Akan Kiamat pada 2012

Sunday, November 15, 2009 · 8 Puteri amani


Isu dunia bakal kiamat pada 2012 karena akan ditabrak planet Nibiru, yang menghebohkan dunia termasuk Indonesia gara-gara film yang mulai diputar pekan ini, dibantah lembaga antariksa Amerika Serikat, NASA.

Film "2012" mulai diputar pekan ini di seluruh dunia, termasuk Jakarta, dengan kisah kehancuran dunia pada 2012 akibat kedatangan planet raksasa Nibiru.

Pemasaran film itu dibuat dengan sangat spektakuler dan menyakinkan, termasuk membuat situs palsu "Institute for Human Continuity" yang telah menilai ancaman kelangsungan hidup manusia selama 25 tahun.

Sejumlah infotainment di Indonesia pun dengan semangat bercerita tentang keberadaan planet Nibiru yang bakal menghantam dunia pada 2012. Mereka, seperti dalam film, juga mengkaitkan dengan kalendar Maya yang bakal memasuki akhir masa--seperti akhir tahun di kalender bangsa lain--pada 2012.

Akibat kepanikan ini, lembaga antariksa yang dianggap paling bagus di dunia, NASA, mendapat ribuan surat mempertanyakan kebenaran planet Nibiru itu. Begitu banyak pertanyaan sampai akhirnya NASA membuat situs khusus yang membantah bakal ada bencana besar pada 2012.

Dalam situs resminya, NASA mengatakan isu kiamat 2012 itu dimulai karena Nibiru--planet yang disebut ditemukan bangsa Sumeria--sedang bergerak ke arah Bumi. Saat berada di dekat bumi itu, kehadirannnya membuat bencana besar.

Bencana ini, oleh peramalnya, semula disebut akan terjadi pada Mei 2003. "Tapi saat kiamat tidak terjadi saat itu, tanggal digeser menjadi Desember 2012," ungkap NASA.

Dongengan Nibiru ini kemudian digabung dengan cerita bahwa kalendar suku Maya akan berakhir pada akhir 2012. Menurut NASA, kalendar Maya memang sangat panjang dan berakhir pada 2012. Tapi kalendar itu tidak berbeda dengan kalendar Masehi yang berakhir 31 Desember dan mulai lagi pada 1 Januari. Jadi, nantinya kalendar Maya berakhir 2012 itu akan mulai lagi tanggal satunya.

Dalam teori kiamat itu, juga disebut bahwa posisi bumi, matahari, dan pusat galaksi Bima Sakti bakal dalam satu garis lurus. Menurut NASA, "Setiap Desember, Bumi dan matahari dalam satu garis lurus dengan pusat Galaksi Bima Sakti tapi kejadian tahunan itu tidak ada dampak apapun."

NASA juga menambahkan soal teori planet bernama Nibiru, Planet X, atau Eris yang akan mendekati bumi dan menciptakan bencana. Dalam situs resminya, NASA mengatakan, "Niburu dan cerita tentang planet yang mendekat itu bualan Internet." Nasa mengatakan tidak ada dasar fakta yang menjadikan cerita itu dipercaya.

"Jika Nibiru atau Planet X itu nyata dan bergerak menuju Bumi pada 2012, astronom akan bisa melacak setidaknya sejak 10 tahun lalu dan sekarang sudah bisa terlihat dengan mata telanjang," katanya.

Satu-satunya yang agak benar adalah soal Planet Iris. Tapi itu planet kecil seperti Pluto dan terus bergerak di garis orbit di luar. Ia tidak mendekati bumi.

Teori lain yang diributkan adalah poros bumi akan berpindah. Menurut NASA, tidak mungkin rotasi bumi berbalik arah putaran.

Soal bumi bakal dihantam oleh komet atau asteroid raksasa, menurut NASA, memang mungkin terjadi. Tapi, pada 2012 tidak ada tanda-tanda. Jika ada asterorid raksasa atau komet bakal menabrak, manusia akan melihat bertahun-tahun sebelumnya.

Tabrakan besar benda langit dengan bumi terjadi pada 65 juta tahun silam dan mengakibatkan dinosaurus punah. NASA selalu mengamati jika ada benda langit berbahaya. "Kami sudah memastikan tidak ada asteroid berbahaya sebesar yang memunahkan dinosaurus," ungkap NASA.

Soal badai matahari besar pada 2012? NASA mengungkapkan bahwa setiap 11 tahun ada badai matahari besar dan kadang menyebabkan kerja satelit terganggu. Tapi satelit sekarang sudah sanggup menghadapi badai matahari. Yang jelas, ungkap NASA, "Tidak ada risiko khsusu terkait 2012."

Badai matahari berikutnya bakal terjadi pada sekitar 2012-2014 dan itu badai matahari biasa. "Tidak berbeda dengan badai yang sebelumnya ada," ungkap NASA.

Sumber asal dari www.tempointeraktif.com

p/s : waktu yang pasti terjadinya kiamat hanya Allah yang maha mengetahui, namun sebelum berlakunya kiamat, Allah pasti memberikan isyarat atau tanda-tanda.



Perghhh...my Compaq LCD flicker !!!!

Tuesday, November 10, 2009 · 2 Puteri amani


Artikel kali ini mungkin artikel yang terakhir dari puteri...Ehh nape plak dengan puteri nie?..merajuk ke?..nape?...A'ah puteri merajuk sekejap pasal tak sampai 2 bulan guna laptop baru dah di serang masalah plak.Tu la kawan2 cakap tak nak percaya!!..sekarang apa lagi tanggung la..wwaaaaaaa

Kau orang ada ke menghadapi masalah seperti aku nie tak?,LCD flicker...La apa tu maksudnya puteri?..(saja kau orang nie nak menanya aku je)...tu masalah LCD kau orang bergoyang2 bila kau on9 dan sampaikan boleh hilang plak semuanya.Puteri tak kisah la kalau nak rosak pasal memang aku nie sehari lebih kurang 19 jam on9,memang patut pun kalau lappy aku nie rosak cepat tapi tak di sangka plak secepat begini.So yang menjadi masalah bagi aku ialah untuk membetulkan kerosakan nie mengambil masa 2 minggu hingga 1 bulan.maknanya lama tu lah aku menggangur dari on9(kalau aku tak cari alternatif lain la).Dan masalah yang membimbangkan aku plak pihak service centre tak dapat menjamin dalam masa yang ditetapkan,so kemungkinan lambat la jawabnya masalah ini di selesaikan.

Aku pun google la cari kat laman sesawang nie untuk mencari kot kot ada orang yang senasib dengan masalah aku nie..Huh..apa!!! dari dulu prob nie memang tak boleh nak settle!!! la kenapa la dah tau masalah nie tak boleh nak di selesaikan tapi masih lagi menjual produk tu.Hei kau ingat nie main pondok pondok!!! ( marah nie)Ye aku tau la ada warantty tapi agak2 la kalau nak bagi kerosakan tu,bagi la aku guna 1 tahun ke,2 tahun ke,bertahun2 ke...nie tidak cuma 2 bulan je aku merasa keseronokan guna lappy baru.Macam nie baik aku beli lappy 'cap ayam' kalau rosak pun aku puas hati,sebab aku dah tau risiko yang aku perlu tanggung.

Beginilah yang biasa berlaku,bila bab company terkena masalah..'cik pihak kami memohon maaf atas masalah yang berlaku dan cik boleh menghantar ke service centre kami untuk membaik pulih'.Tapi bila bab costumer datangkan masalah..'cik saya tak tahu apa masalah cik,apa yang kami tahu tolong bayar esok!!!!.(kalau tak bayar kena lah interest RM30)..Betul tak?..bagi sesiapa yang buat pinjaman la.Perrrgghh punya la senang,suka hati mak bapak sebelah mak tiri mak dia %%%$$$## kenakan bayaran tambahan.Tapi bila pelanggan terkena kes macam aku nie yang mungkin sampai sebulan baru siap,kenapa plak tak boleh minta ganti rugi atau tukar baru je!!!Tu la yang terjadi sekarang nie manipulasi ke atas pelanggan.Mentang2 la di orang banyak duit'suka hati je nak buat apa'.

so apa yang aku nak kongsikan kat sini ialah bukan pasal suruh korang dengar aku melepaskan kemarahan yang tak seberapa nie,aku cuma nak pesan kat korang kalau nak beli apa2 barang tu pastikan kau orang dah betul2 siasat kualiti barang tersebut.kita nie kan beli guna pakai duit,duit tu plak duit kita..'bukan duit sugar daddy'..so jadilah sebagai pengguna yang bijak.

p/s : Aku harap kalau la orang compaq baca blog aku nie..Tolong la jangan membiarkan masalah nie berlarutan sehingga tahun 2020.Dan kepada teman sebeloger yang selalu mengklik nuff aku( make money ),jangan la plak lupakan daku terus yek.



Persiapan Hadapi Kesusahan

Wednesday, November 4, 2009 · 9 Puteri amani


Hye semua...puteri harap semuanya sihat,gembira,ceria,berjaya dan akan jadi kaya.( amin ).post kali nie puteri nak berkongsi pada anda semua tentang pentingnya insurans dalam kehidupan kita.semoga dapatlah sedikit sebanyak untuk puteri berkongsi dengan anda semua.Kalau suka bacalah sampai habis yek pastu komen dan sudi2 ringankan tangan tu bg hadiah nuff utk puteri..kalau tak suka..( tutup je blog puteri cepat2...hahaha ).

Masih ramai yang tidak memahami dan sedar mengenai kepentingan insurans walaupun ianya memberi banyak kebaikan kepada mereka yang mengambilnya dan kita tidak tahu bila musibah akan menimpa diri seperti kata pepatah orang tua 'malang tidak berbau'

Kadangkala tanpa disangka orang muda yang sihat di serang sakit kronik atau kemalangan hingga tidak berupaya lagi untuk bekerja.Disinilah insurans memainkan peranan dalam memberi perlindungan kepeda seseorang itu.Mereka yang masih muda dan sihat serta berkemampuan untuk mengambil insurans digalakkan mengambil insurans kerana lebih usia seseorang itu bermula,lebih tinggi pulangannya apabila tempoh matang insurans.

Ada pelbagai insurans yang ditawarkan antaranya insurans hayat,pendidikan,kesihatan dan am.Insurans yang popular dikalangan pelanggan adalah insurans pendidikan dan hayat.Jika di takaful yang mengamalkan secara islamik,insurans hayat lebuh dikenali sebagai insurans keluarga.Namun kedua duanya sama saja.Ada sesetengah orang terutamanya orang islam bimbang jika insurans yang dilaburkan mempunyai unsur ruba,tetapi sekarang,hampir semua insurans mempunyai takaful.

Setiap insurans mempunyai kelebihan tersendiri serta menguntungkan mereka yang mengambilnya.Insurans terbahagi kepada dua kumpulan iaitu perlindungan semata mata dan juga perlindungan serta simpanan.Insurans juga berbentuk simpanan membolehkan pelanggan memdapat balik semua wang yang dilaburkan selepas mencapai tempoh matang.Manakala insurans berbentuk perlindungan ,ia memberi perlindungan semata mata dan tidak membabaitkan simpanan.

Bagi insurans hayat dan perubatan,pelanggan yang terpaksa dimasukkan ke wad bukan saja terjamin deri segi perbelanjaan kos rawatan,malah mereka boleh mendapat bayaran masa yang dihabiskan dalam wad.Sebagai contoh ada syarikat yang membayar sehingga RM100 bagi satu hari jika pelanggannya tinggal di wad.Bayangkan jika mereka terpaksa duduk seminggu.Jika seseorang itu meninggal dunia,jumlah wang yang sepatutnya beliau terima contohnya RM100,000 jika berlaku sebarang musibah akan diberikan kepada warisnya,yang sudah tentu memberi jaminan kepada anak anak dan keluarga mereka tetap terjaga dari segi keperluan walaupun pencari rezeki bagi keluarga sudah tiada.

Sejak anak berusia 1 bulan,ibu bapa sudah boleh mengambil insurans untuk anak mereka dan apabila sampai tempoh matang,contohnya hingga 18 atau 23 tahun,wang yang terkumpul untuk mereka lanjutkan pelajaran boleh mencecah sekitar RM30,000 hingga RM40,000.Tanpa kita sedari,mengambil insurans adalah satu tindakan yang amat bijak dan seseorang itu boleh mengambil insurans sebanyak manapun jika berkemampuan lebih.

p/s : Ada pelbagai insurans tetapi terpulanglah kepada pilihan anda jika dirasakan paling sesuai.Jika mengambil insurans simpanan secara tak langsung kita telah membuat simpanan tanpa kita sedari sebenarnya.Kadang2 bila nak menyimpan sendiri...huh punyalah susah..tapi bab g shopping ( sampai tak ingat dunia ).


5 Tips Untuk Melindungi Komputer Anda

Sunday, November 1, 2009 · 7 Puteri amani


Mungkin post kali nie ramai yang dah tau tips untuk melindungi komputer tapi oleh kerana ada permintaan dari kawan aku yang masih lagi tak tau( atau sengaja buat tak tau),jadi lebih baik aku buat post nie dalam blog aku dan senang bila ada pertanyaan lagi pada masa akan datang.emmm...Sila tengok kat blog puteri...kat situ ada tips tu..so tak yah lah aku mengeluarkan suara aku yang sememangnya mahal nie.("perasan" hahaha)


Berikut adalah 5 troubleshooting untuk mengelakkan spyware, adware, dan malware. Jika anda sentiasa perihatin dengan cara ini, risiko komputer anda kerana terkena program berbahaya ini dapat dikurangkan dan di elakkan.

Tips # 1: Guna Firefox Web Browser

Internet Explorer, yang datang pada setiap PC baru, secara signifikan kurang dalam bidang keselamatan. Alternatif, iaitu gunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome, ianya lebih cepat dan lebih selamat. Aku sarankan Firefox la, kerana disesuaikan juga luar biasa telah terbukti .Keduanya mudah untuk membiasakan diri dan manfaat yang sangat besar, sehingga menukar pelayar anda adalah tip terbesar untuk menjaga sistem anda bersih dari malware.

Tips # 2: Matikan semua Popups melalui Browser anda

Popup dapat dengan mudah men-download bahan merbahaya untuk sistem anda tanpa anda menyedarinya. Browser anda (tidak peduli yang anda gunakan) harus mempunyai popup blocker. Pastikan anda telah diaktifkan, dan anda akan menyelamatkan diri sendiri dari menghadapi masalah dan segala kesulitan.

Tip # 3: Elakkan peer 2 peer program

Program peer 2 peer membolehkan anda memindahkan fail dari satu komputer ke komputer lain. Membentuk jaringan file sharing pengguna. Namun, rangkaian P2P secara tradisional diganggu dengan spyware dan malware, dan bahkan yang paling tech savvy pengguna mendapatkan sistem mereka dijangkiti daripada menggunakan P2P. Belum lagi, jika anda men-download bahan-bahan haram melalui media lain, risiko tinggi lagi untuk spyware dan malware.

Tips # 4: Elakkan Email daripada Pengirim yang tak di kenali

Bab ni anda kena ambil serius kerana kita sering kali mendapat email dari mereka yang kita tak kenal,lagi2 bab (spam) email yang kita dapat setiap hari, tetapi yang paling menakjubkan ramai orang yang masih membuka email yang tidak dikenali hanya untuk melihat apa kandungan email tu.so kalau ikut cara aku,bila aku buka email dan terdapat email yang aku tak kenal..aku mmg terus padam ( tiada kompromi )

Tips # 5: Hindari line daripada Unheard of Companies

Freebie mingguan seperti screensaver, permainan, atau hal-hal kecil lain tempat mudah untuk adware dan malware yang akan dibundel. Sebelum men-download program-program tersebut, pastikan yang dari sumber yang memiliki reputasi baik, dan jika anda tidak yakin dengan integriti mereka, Google program tu dan melihat apa yang anda temukan.

Segala tip diatas sekiranya anda praktikkan ia meletakkan status komputer anda dalam keadaan yang selamat. Sebenarnya sekiranya komputer kita terkena virus,secara tak langsung kita yang menyebabkan ianya berlaku. Mudah-mudahan dengan tips yang aku kongsikan nie dapatlah kita sama sama menjaga tahap keselamatan komputer.


ok sebelum aku menutup post aku kali nie,aku nak berkongsi di mana Satu-satunya program yang aku tau untuk menjadi yang terbaik membandingkan program anti virus lainnya adalah program ESET NOD32 Antivirus. Ianya amat baik kerana anda dapat menyesuaikan cara anda ingin melayan sebuah program atau email. ESET boleh perangkap hampir semua program virus ,dimana program lain tidak boleh mengesanyan. Selain itu, ESET juga telah memenangi pilihan editor CNET penghargaan untuk tahun 2008 dan 2009.so nie la post aku utk hari nie.

p/s : setiap hari pakar komputer akan cuba mencipta virus yang baru untuk merosakan sistem komputer kita.Apa yang paling penting ialah mencegah daripada berlaku.



Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit