Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Wanita Ini Memiliki 3 bukit

Sunday, June 30, 2013 · 0 Puteri amani

Memang sungguh jarang kita melihat perkara ataupun kecacatan tubuh seperti seorang wanita ni. Kalau tangan, kaki, kepala, hidung,telinga, yang lebih dari yang sepatutnya tu memang mungkin selalu lah kita dengar atau nampak.

Berlainan pula dengan wanita ni, dia memiliki sebuah lagi buah dada yang tumbuh di antara dua buah dada yang lain. Pelik bukan.

Apa-apa pun, semua adalah di atas kehendak Ilahi, kita hanya mampu memuji kekuasaan dan kehendakNya.










Credit to Gempaqgiler.blogspot



Padah Melarikan Anak Gadis

· 0 Puteri amani

Menurut Info yang Perolehi Lelaki Ini Dapati Melarikan anak gadis kampung berkenaan disebabkan itu mereka telah menangkap dan menderanya 






Cikgu Masukkan Jari Dalam Saya Punya

· 0 Puteri amani


Memang Biadap!!! sangap punya pasal murid darjah 2 pun jadi mangsa.Pengakuan dibuat pelajar tersebut cikgu masukkan jari dalam kemaluannya baca info penuh



BESUT - Empat murid perempuan sebuah sekolah rendah di sini, mengadu dicabul oleh seorang guru di dalam sebuah bilik di sekolah berkenaan pada 9 Jun lalu.Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, guru lelaki itu didakwa mencabul murid tahun dua di bilik kesihatan sekolah berkenaan.

Kisah itu terbongkar pada 21 Jun lalu apabila salah seorang daripada murid tersebut telah memaklumkan kepada ibunya mengenai perbuatan guru terbabit. Kanak-kanak itu memberitahu, guru berkenaan telah melakukan perbuatan lucah terhadapnya dan dua lagi rakannya.

Sebaik sahaja mengetahui kejadian itu, ibu kanak-kanak terbabit segera membuat laporan polis di Balai Polis Jertih pada 24 Jun lalu.

Ketiga-tiga murid tersebut tinggal di kampung sama dan berdekatan dengan sekolah tersebut. Manakala sumber memberitahu, mangsa keempat murid tahun dua sekolah sama tampil membuat laporan kelmarin, mendakwa turut menjadi mangsa guru tersebut.

Difahamkan, perkara itu terbongkar selepas ibu mangsa mendengar kes berkenaan lalu bertanyakan kepada anaknya sama ada dia turut dicabul guru tersebut.Murid terbabit mengadu menerima nasib sama seperti rakannya dengan mendakwa guru berkenaan telah memasukkan jari ke dalam kemaluannya selepas menutup mata dan mulut dengan pita pelekat manakala kaki dan tangannya diikat dengan tali.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.



Video Doktor Mengamuk Ketika Dia Kantoi Sedang Mencabul Pesakit

· 0 Puteri amani


Doktor yang mengambil kesempatan pada pesakit aksi beliau dirakam kemudian selepas mengetahui dirinya dirakam dia bagaikan nak gila


Kamera tersembunyi sebuah stesen televisyen berjaya merakamkan aksi seorang doktor yang dikatakan sering mengambil kesempatan terhadap pesakitnya di Rome Itali.Dalam insiden tersebut, doktor itu jelas kelihatan meraba seorang wanita yang datang untuk mendapatkan rawatan di klinik lelaki berkenaan.


Kamera tersembunyi itu memang sengaja dipasang oleh krew televisyen untuk sebuah program berjudul ‘Striscia La Notizia’.Peristiwa tersebut dilaporkan secara meluas oleh media Itali bulan lalu.


Menurut laporan, ketika doktor tersebut sedang asyik ‘mendiagnosis’ pesakitnya, Jimmy Ghione, wartawan stesen televisyen itu terus meluru masuk ke bilik rawatan. Doktor tersebut yang marah dan malu terus menyerang Ghione.


Stesen televisyen tersebut merancang untuk ‘mengenakan’ doktor berkenaan yang didakwa telah banyak kali mencabul para pesakitnya. Malah, ‘pesakit’ yang diraba doktor tersebut ketika rakaman itu dilakukan juga merupakan krew yang menyamar.


Menurut laporan akhbar, doktor tersebut sempat memberitahu ‘pesakitnya’ itu supaya jangan risau kerana dia tidak akan membuatkan wanita itu hamil.






10 Makanan Segera Yang Pelik

Saturday, June 29, 2013 · 0 Puteri amani


Macam-macam menu baru yang aneh dan pelik telah dihasilkan oleh restoran makanan segera seperti Burger King dan Pizza Hut. Oleh itu kami senaraikan beberapa menu yang boleh dikategorikan sebagai pelik dan unik di restoran segera.



1) Kerak Pizza Burger Keju Pizza Hut 
Resipi Pizza Hut yang paling pelik pada tahun 2012 ialah kerak pizza burger keju. Bahagian tepi pizza tersebut datang daripada ayam dan bukannya burger keju. 

2) Bakon Sundae Burger King
Adakah anda akan membeli bacon sundae ini? Pencuci mulut ini terhad hanya pada bulan Jun 2012 yang merupakan menu musim panas yang baru. Sundae ini mempunyai 510 kalori dan mempunyai vanilla, karamel, bakon, 18 gram lemak dan 61 gram gula. 

3) Kit Kat Pops Pizza Hut
Tidak cukup dengan menghasilkan kerak pizza, Pizza Hut juga telah mewujudkan "Kit Kat Pops". Coklat bar Kit Kat ini telah disalut dengan adunan pizza. 

4) Burger Quick's Darth Vader
Pada tahun 2012, restoran makanan segera Perancis, Quick telah memperkenalkan burger yang hitam: Burger Star Wars yang menggunakan roti burger berwarna hitam. Mereka telah membakar roti burger hitam tersebut sempena dengan penayangan filem "Stars Wars Episod 1: The Phantom Manace". Walaupun roti burger ini kelihatan seperti hangus, ia hanya dicelup dengan warna hitam serta mempunyai dua keeping daging lembu dengan keju, tomato dan salad. 

5) Donut bakon dan telur Dunkin Donuts
Sandwich telur goreng dengan bakon di antara lapisan donat akan menjadi sebahagian dari menu tetap bermula 7 Jun 2013 sempena hari donut sedunia. 

6) Donut rumpai dan daging khinzir Dunkin Donuts
Apabila kita mendengar tentang donut, pasti anda akan terbayang akan kesedapan pencuci mulut itu. Walaubagaimanapun, Dunkin Donuts di Cina telah memperkenalkan donut yang disumbat dengan daging khinzir dan rumpai laut. Donut ini hanya boleh didapati di Asia. 

7) Burger bersaiz Pizza dari Burger King
Burger bersaiz 8.8 inci (22cm) ini hanya ada di Burger King. Roti burger bersaiz lebar, disertai dengan empat kepingan daging. Inti juga telah diletakkan dengan banyak. 

Anda boleh memesan burger bersaiz pizza ini dengan dua cara yang berbeza yang bahagian atasnya dipenuhi tomato, bawang, sos tomato dan sebagainya. Versi 'Fresh Avocado' ini mempunyai buah avokado manakala versi 'Cheese Nacho' mempunyai cip tortilla, sos keju dan sos lada hitam jalapeno. 

8) Double Down KFC
Double Down ini mengandungi hirisan daging (bakon), dua keju cair yang berbeza, sos rahsia dan ditindan oleh dua keping filet ayam original. Double Down ini diperkenalkan pada bulan 12 April 2010 di Amerika Syarikat. 

9) Roti Pasta Domino 
Domino telah memperkenalkan pasta yang disediakan bersama roti. Harga pizza ini hanya $5.99 (RM19) setiap satu dan didatangkan dengan enam pilihan iaitu karbonara ayam, sosej Itali marinara, snot rocket, ayam alfredo, pasta primavera, tiga mac keju dan anda boleh memilih untuk mencipta versi anda sendiri dengan membenarkan anda memilih tiga bahan untuk diletakkan dia atas pizza pasta tersebut. 

10) Sensasi berganda Pizza Hut
Pizza sensasi berganda ini adalah pizza 'dua dalam satu'. Bahagian luar telah dilengkapi dengan keju cair mozzarella, parmesan, keju cedar dan lapisan gulungan sebelah luar itu dihiasi dengan cendawan, sos salsa dan lada bell. 

Pizza sebelah dalam pula dipenuhi dengan sosej ayam dan keju dan di dalam kepingan itu mempunyai ayam, zucchini dan sos lada Alfredo. 

Sayangnya pizza ini hanya boleh didapati di Singapura pada Disember 2012. Pizza ini ditawar dengan harga $21.75 (RM54.50) untuk saiz biasa dan S27.49 (RM68.90) untuk saiz besar.




Apabila Aksi Memalukan Lelaki Ini Dirakam CCTV

· 0 Puteri amani



Kepada pompuan-pompuan yang rasa payah sangat pakai tudung atau pendek kata payah sangat nak tutup aurat..maka anda harus berhati-hati supaya kejadian "gampang" macam kat atas ni tak berlaku..jangan pula salahkan sesiapa kalau anda menjadi mangsa seterusnya..sebab anda menggalakan perbuatan ini berlaku..

Anda mampu mengubahnya..yang si lelaki pula janganlah sebab NAFSU korang sanggup jadi macam lelaki dalam gambar ni..korang tak malu ke buat macam tu? Masuk CCTV pula tu..kan dah kene maki..






 http://informations-the.blogspot.com 



Pembunuh Dirang Di Jatuhi Hukuman Mati

Friday, June 28, 2013 · 0 Puteri amani


Pembunuh Dirang Dijatuhi Hukuman Gantung | JOHOR BAHRU- Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Muidin Maidin, 27, selepas didapati bersalah membunuh seorang kanak-kanak, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang.



Hakim Datuk Abdul Halim Aman memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Muidin yang berketurunan Sulu, dituduh membunuh kanak-kanak itu di Ladang Kelapa Sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, antara jam 11.30 pagi 1 Mac 2012 hingga 12 tengah malam 2 Mac 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.   

Dirang dilaporkan hilang 1 Mac tahun lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.

Kehilangannya menjadi sebuah misteri sehingga DNA rangka manusia yang ditemui seminggu selepas itu merungkai segala-galanya.

Rangka Dirang ditemui pada 8 Mac dan punca kematian adalah bunuh dan dibakar.-sinar harian




5 Produk Kecantikan Di Haramkan

· 0 Puteri amani



Pada bulan Mei lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengharamkan lima jenis produk kecantikkan yang dipercayai mengandungi bahan yang merbahaya seperti merkuri dan karbon.

Biro Pengawalan Farmasi Kebangsaan telah mengeluarkan senarai produk kecantikan yang diharamkan termasuk bahan kimia yang dijumpai di dalam produk. 

Senarai penuh pelbagai produk yang diharamkan daripada tahun-tahun sebelumnya juga telah diberi untuk keselamatan pengguna. 



Antara produk yang disenaraikan ialah: 

1) Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment
2) SS Vita C Night Repair
3) Daily Protecting Cream- Joie et Beaute
4) ~H20 + Waterwhite Brightening White Cream
5) Chantique – Whitening Night Cream

Kepada peniaga yang masih menjual produk ini akan dikenakan denda sebanyak RM25, 000 atau tiga tahun penjara untuk kesalahan pertama.



Kampung Yang Mencipta ‘Matahari’ Sendiri

· 0 Puteri amani

Kampung Yang Mencipta ‘Matahari’ Sendiri (Menarik!) | Jangan salah sangka. Mereka bukan mencipta matahari untuk disembah dan menganggap seperti tuhan. Namun tindakan penduduk kampung Viganellamencipta cahaya matahari itu adalah disebabkan di kawasan mereka tidak mendapat cahaya matahari akibat terlindung dari bukit yang tinggi. Oleh kerana itulah, mereka mencuba mencipta alat pantulan cahaya yang dapat memberi sedikit cahaya. Genius bukan? Boleh lihat gambar di bawah ini.
Di Itali, ada sebuah perkampungan kecil, Viganella, yang terletak betul-betul di bawah sebuah lembah yang dikelilingi bukit bukau dan gunung ganang yang tinggi.
Masalah utama penduduknya ialah, dari pertengahan bulan November hingga awal Februari iaitu musim sejuk, kampung ini akan jadi gelap gelita kerana cahaya matahari tidak sampai ke kampung mereka.
Hanya selepas waktu tersebut, barulah penduduknya akan menikmati cahaya matahari dan selalunya kehadiran sinaran itu akan disambut meriah, mereka akan berpesta!
Pening dengan masalah tersebut, pelbagai usaha dicari bagi mengatasi keadaan ini.
kampung1
Tiba-tiba datang seorang arkitek, Giacomo Bonzani ke kampung itu. Beliau melahirkan satu idea yang pelik tetapi akhirnya ia didapati berkesan.
Bonzani telah meletakkan sebuah cermin gergasi di satu sudut dekat pergunungan itu. Tujuannya bagi membolehkan cahaya matahari yang terkena pada cermin tersebut, memantul semula ke kampung berkenaan!
Akhirnya kampung yang selalunya gelap pada musim sejuk itu kembali menikmati cahaya matahari seperti sediakala.
Cermin gergasi itu bersaiz 40 kaki, lapan meter lebar dan lima meter tinggi. Ia diletakkan kira-kira 870 meter di atas perkampungan tersebut.
kampung2
kampung3
Bagi menambahkan lagi keberkesanan cermin itu, ia dikawal dengan satu perisian. Perisian itu boleh mengesan matahari dan ‘memberi arahan’ kepada panel cermin itu agar sentiasa menghalakan cahayanya ke bawah kampung berkenaan.
Sejak cermin gergasi itu dipasang lima tahun lalu, kampung berkenaan mula menjadi tumpuan ribuan pelancong yang mahu melihat keunikkannya.
Menurut Bonzani, ketika dia mula-mula mengutarakan idea tersebut, tiada siapa yang yakin tentang keberkesanannya.
” Tetapi saya percaya ia boleh membuahkan hasil. Saya yakin pada hukum fizik,” katanya.



Cara Pekerja Bas Di China Mengira Duit Tambang

· 0 Puteri amani

Cara Pekerja Bas Di China Mengira Duit Tambang | Pernahkah anda menaiki bas henti-henti atau lebih juga dikenali sebagai bas sambung-sambung. Bas seperti ini memerlukan kita membayar harga tiket mengikut jarak destinasi kita. Namun di China, lambakan wang kertas dilihat banyak memenuhi ruang meja. Ia merupakan duit hasil kutipan semasa membawa penumpang. Mengapa begitu banyak? Ini kerana ia merupakan kesan daripada kejatuhan nilai matawang negara tersebut. Jom lihat gambar di bawah ini.
tambang2
tambang3
tambang4
tambang5
tambang6



Mayat Tak Di Terima Bumi,berlaku Di Gombak

· 0 Puteri amani


Surau saya pernah menjemput Al-Fadhil Ustaz Abu bakar Abdul Aziz untuk menyampaikan ceramah Maulidur Rasul. Saya berkesempatan untuk berborak dengan beliau ketika kami sama-sama makan setelah selesai ceramah. Antara topik yang dibincangkan ialah pengalaman beliau ketika menguruskan jenazah.




Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-

Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.

Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yang lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup ‘istimewa’ sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.

Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya.

Pada hari itu, saya pergi ke rumah seorang sahabat untuk mengubatkan mata ibunya bagi kali yang terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan boleh membaca Al-Quran. Tetapi apabila saya hendak pulang, anak Allahyarham datang menemui sahabat saya tadi dan bertanya sama ada saya mengurus jenazah atau tidak.

Kawan saya kata, “Cubalah tanya dia sendiri.” Kawan saya ada memberitahu saya dua bulan yang lepas bahawa saya sahaja yang mengadakan kursus dalam hal menguruskan jenazah. Anak Allahyarham menemui saya. Saya beritahu dia bahawa jenazah tidak elok dibiarkan lama-lama.

Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini.Bila saya tengok wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan…takut, cemas, kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT.

Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan. Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju.

Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut Allahyarham.

Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. “Lain macam saja ni”, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya.

Tapi najis itu tetap keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.

Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka.

Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejutdan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata kepada mereka, “Inilah ujian Allah kepada kita”. Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil kesemua anak Allahyarham.

Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya marahi mereka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut.

Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang bapa.

Tetapi saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu.
Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya.

Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja. Subhanallah….suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk.

Saya minta anak-anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.


Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi.

Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan.

Pada masa yang sama saya berdoa kepada Allah, “Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini”. Selepas itu saya berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan. Yang hadir cuma 13 orang saja.

Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kereta jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan.

Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar.

Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak ramai, “Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanya”. Renungkanlah, kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian.

Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang basah kuyup.

Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam? Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi.

Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi – takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan tiga lagi turunkan jenazah.

Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan, tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya.

Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan terlangkup….na’uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi saw.

Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan.

Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan.

Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya.

Adakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya.

Mereka kata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata ‘TIDAK’. Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?






Asal Usul Syaitan,Iblis Dan Jin

· 0 Puteri amani

Asal Usul Syaitan,Iblis Dan Jin, Asal Mula Jin, Asala Mula Iblis, asal mula Syaitan, Jin,syaitan,Iblisa,


Allah.SWT telah menciptakan Jin, Syaitan dan Iblis yaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah.SWT masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah.SWT. Jin, Syaitan dan Iblis juga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.



Perbedaan Jin, Syaitan dan Iblis :

  1. Syaitan tugasnya mengajak manusia ke perbuatan yang keji,  Syaitan adalah musuh manusia yang nyata, memberi angan-angan kosong kepada manusia.
  2.   
  3. Iblis adalah mahluk durhaka dan ia adalah dari golongan Jin Kafir.  Ciri utama Iblis adalah ditangguhkan umurnya oleh Allah.SWT sampai hari kiamat sama seperti halnya Jin Muslim dan Syaitan.
  4. Jin terdiri dari Jin Muslim dan Jin Kafir.



Berikut Ini Adalah Nama-nama Jin yang Selalu Dan Suka menganggu manusia :

1.  Hudais, tugasnya : menyesatkan para ulama pada hawa nafsunya.

2.  Hudavis, tugasnya : menganggu orang yang sedang sholat tidak pada awal sholat tetapi ketika menjaga surah Al-Fatihah dan surah sesudahnya.  Ketika iblis menganggu pada bacaan sholat dan rakaatnya, pada saat ragu surah Al-Fatihah sudah/belum dibaca, maka bacalah lagi.

3.  Jalbanur, tugasnya : mengganggu orang yang ke pasar untuk berdagang dengan tidak jujur. Membuat pengunjung betah berlama-lama di pasar.

4.  Biter, tugasnya : datang kepada orang yang kena musibah untuk membisikkan orang agar suudzon terhadap Allah.  Padahal musibah yang kita terima adalah akibat alur perbuatan sendiri.

5.  Mansud keturunan iblis, tugasnya :  untuk memfitnah dan mengadu domba permusuhan.

6.  Dasim, tugasnya : menimbulkan semangat melakukan perzinahan di antara umat Muhammad.

7.  Ahwal, tugasnya : membisikkan para pejabat untuk melakukan korupsi.


sumber : http://ilmuamalan.blogspot.com




7 Kebaikan Minum Kopi (Minuman Kegemaran Nabi)

Thursday, June 27, 2013 · 0 Puteri amani


Kita selalu dimomokkan dengan cerita minum kopi tak bagus. Betul tak? Tapi di sini saya nak kongsikan dengan pembaca, 7 kebaikan minum kopi yang tak pernah diceritakan.



1. Hidup lebih Lama
Satu kajian yang dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan di US mendapati orang yang minum kopi pada kadar keperluan biasa setiap hari, hidup lebih lama berbanding orang yang tidak. Ini adalah berpunca daripada antioksidan yang tinggi dijumpai semulajadi dalam kopi. Kopi juga dapat mengurangkan ketagihan seseorang terhadap rokok.

2. Mencegah Penyakit
Dalam kajian yang dijalankan di Univeristi Harvard pula, penyelidik mendapati meminum kopi 1 - 3 cawan sehari boleh memberi faedah kepada kesihatan anda secara dramatik. Sebagai contoh, pengambilan kopi boleh mengurangkan risiko diabetes (kencing manis). Selain itu, dapat juga mengurangkan risiko penyakit Parkinson sebanyak 80%, kanser kolon sebanyak 25% dan kanser payudara sebanyak 40%!

3. Bersenam
Sebelum anda bersenam di gim atau di rumah, lebih baik anda mulakan nya dengan meminum secawan kopi. Ini kerana, selepas minum kopi, badan akan mengeluarkan hormon endorfin. Endorfin akan meningkatkan lagi prestasi anda serta dapat bersenam dengan lebih baik lagi. Kafein dalam kopi juga dapat meningkatkan tenaga.

4. Kemampuan Kognitif Lebih Baik
Meminum kopi pada kadar yang betul (1-3 cawan sehari) boleh meningkatkan kemampuan kognitif anda. Penyelidik di California telah menjalankan ujian memori jangka pendek kepada individu. Dikatakan kafein dalam kopii dapat menghalang pembentuk plak beta-amyloid dalam otak, sekaligus menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik. Penyakit Alzheimer mungkin boleh dirawat jika ini ada kebenarannya.


5. Mencegah stroke
Kajian yang dijalankan di Jabatan Perubatan Keluarga di Seoul, Korea mendapati penurunan risiko terkena stroke adalah sebanyak 25% bagi peminum kopi sekurang-kurangnya 1 cawan sehari. Manakala kajian di Finland pula mendapati penurunan sebanyak 12% untuk risiko stroke jika individu mengamalkan minum kopi 4 cawan sehari.

6. Kesihatan yang lebih baik
Terdapat lebih kurang 1,000 antioksidan yang terdapat dalam kandungan secawan kopi. Antioksidan ini boleh memberi manfaat dalam pelbagai cara. Antaranya adalah dapat membantu menyingkirkan toksn yang mungkin menyebabkan kanser, dapat meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan badan anda cepat naik dan masalah kesihatan yang lain.

7. Mencegah Penyakit Gout
The Nurses' Health telah mengkaji ramai jururawat wanita selama 26 tahun megenai penyakit gout ini. Keputusan menunjukkan jururawat yang kerap meminum kopi sehingga 4 cawan kopi berjaya mengurangkan risiko untuk terkena sakit gout. Antioksidan dalam kopi mengurangkan insulin dalam badan, sekaligus menurunkan tahap asid urik; penyebab kepada sakit gout!





Kisah Benar Pramugari Ditiduri Oleh Hantu Raya?

· 0 Puteri amani


CUACA pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada kerja.
Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
Sedang dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tiba pandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek yang melekat pada cermin pemisah bilik airnya.
Dek terlalu letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang tersesat ke dalam kamar mandinya. Seketika kemudian objek berwarna hitam itu lenyap.
“Bila diamati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu,” tutur Keena, 37.
Putus tunang
Sejak setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik di rumahnya. Rumah tersebut didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang anak lelakinya.
Malah, adik perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram seperti dahulu.
Ada sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani tidurnya.
“Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling.
“Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula.
kisah benar pramugari 2 Kisah Benar Pramugari Ditiduri Oleh Hantu Raya?
“Bukan itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah,” jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal.
Dia tidak sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum.
Setelah bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang pramugara pada tahun 2006, Keena mengalami banyak kegagalan dalam percintaan.
“Dalam tempoh itu saya sudah bertunang sebanyak tiga kali. Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami terputus tanpa sebab. Saya baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf.
“Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun hanya tinggal seminggu lagi. Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?” kata Keena.
Menyedari keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan. Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu dia membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk berubat. Dalam perjalanan itu, kereta mereka dihalang oleh seekor ular besar berwarna hitam.
Ular itu bagaikan hendak menghalang ustaz itu daripada tiba ke rumah Keena.
“Sewaktu menjemput seorang ustaz daripada jalan utama ke kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular itu.
Disetubuhi
“Ular berwarna hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap.
“Anak saya memberitahu bahawa dia seperti sedang menonton rancangan National Geographic secara langsung. Itulah pertama kali saya melihat ular yang begitu besar,” tutur Keena.
Menurut seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita akibat disihir dan diganggu hantu raya.
“Makhluk berbulu yang sering dilihat Keena itu kalau di kampung dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak zaman-berzaman dan dihantar untuk memecahbelahkan kehidupan orang lain.
“Dalam diri Keena sendiri ada makhluk halus yang bersarang. Kerana itulah emosi dia kerap terganggu kerana terdapat kesan lebam pada tubuhnya,” tutur Shamsuri.
Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan mangsa.
“Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa,” tambah Shamsuri.
Baru-baru ini, Shamsuri melakukan proses menghalau makhluk tersebut dan memagar rumah Keena dengan bacaan ayat-ayat rukyah.
Setiap bilik di rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci berserta bacaan doa untuk menghalau makhluk ghaib tersebut. Sebuah bilik di bahagian belakang yang didakwa oleh Shamsuri sebagai tempat hantu raya tersebut duduk dilaungkan dengan alunan azan.
Ketika Shamsuri dan tiga orang pembantunya melaungkan azan secara serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi dari sebuah almari.
Bunyi jari telunjuk yang mengetuk pintu almari itu bersahutan sebanyak empat kali sebelum ia berhenti.
Jelas Shamsuri, apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan azan, makhluk halus tersebut akan berasa panas dan marah. Seterusnya akan kedengaran bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi cawan dan harimau mengaum.
“Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas ia dihalau. Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya,” kata Shamsuri.



Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Google+ Followers

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.