Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

10 Makanan Segera Yang Pelik

Saturday, June 29, 2013 ·


Macam-macam menu baru yang aneh dan pelik telah dihasilkan oleh restoran makanan segera seperti Burger King dan Pizza Hut. Oleh itu kami senaraikan beberapa menu yang boleh dikategorikan sebagai pelik dan unik di restoran segera.



1) Kerak Pizza Burger Keju Pizza Hut 
Resipi Pizza Hut yang paling pelik pada tahun 2012 ialah kerak pizza burger keju. Bahagian tepi pizza tersebut datang daripada ayam dan bukannya burger keju. 

2) Bakon Sundae Burger King
Adakah anda akan membeli bacon sundae ini? Pencuci mulut ini terhad hanya pada bulan Jun 2012 yang merupakan menu musim panas yang baru. Sundae ini mempunyai 510 kalori dan mempunyai vanilla, karamel, bakon, 18 gram lemak dan 61 gram gula. 

3) Kit Kat Pops Pizza Hut
Tidak cukup dengan menghasilkan kerak pizza, Pizza Hut juga telah mewujudkan "Kit Kat Pops". Coklat bar Kit Kat ini telah disalut dengan adunan pizza. 

4) Burger Quick's Darth Vader
Pada tahun 2012, restoran makanan segera Perancis, Quick telah memperkenalkan burger yang hitam: Burger Star Wars yang menggunakan roti burger berwarna hitam. Mereka telah membakar roti burger hitam tersebut sempena dengan penayangan filem "Stars Wars Episod 1: The Phantom Manace". Walaupun roti burger ini kelihatan seperti hangus, ia hanya dicelup dengan warna hitam serta mempunyai dua keeping daging lembu dengan keju, tomato dan salad. 

5) Donut bakon dan telur Dunkin Donuts
Sandwich telur goreng dengan bakon di antara lapisan donat akan menjadi sebahagian dari menu tetap bermula 7 Jun 2013 sempena hari donut sedunia. 

6) Donut rumpai dan daging khinzir Dunkin Donuts
Apabila kita mendengar tentang donut, pasti anda akan terbayang akan kesedapan pencuci mulut itu. Walaubagaimanapun, Dunkin Donuts di Cina telah memperkenalkan donut yang disumbat dengan daging khinzir dan rumpai laut. Donut ini hanya boleh didapati di Asia. 

7) Burger bersaiz Pizza dari Burger King
Burger bersaiz 8.8 inci (22cm) ini hanya ada di Burger King. Roti burger bersaiz lebar, disertai dengan empat kepingan daging. Inti juga telah diletakkan dengan banyak. 

Anda boleh memesan burger bersaiz pizza ini dengan dua cara yang berbeza yang bahagian atasnya dipenuhi tomato, bawang, sos tomato dan sebagainya. Versi 'Fresh Avocado' ini mempunyai buah avokado manakala versi 'Cheese Nacho' mempunyai cip tortilla, sos keju dan sos lada hitam jalapeno. 

8) Double Down KFC
Double Down ini mengandungi hirisan daging (bakon), dua keju cair yang berbeza, sos rahsia dan ditindan oleh dua keping filet ayam original. Double Down ini diperkenalkan pada bulan 12 April 2010 di Amerika Syarikat. 

9) Roti Pasta Domino 
Domino telah memperkenalkan pasta yang disediakan bersama roti. Harga pizza ini hanya $5.99 (RM19) setiap satu dan didatangkan dengan enam pilihan iaitu karbonara ayam, sosej Itali marinara, snot rocket, ayam alfredo, pasta primavera, tiga mac keju dan anda boleh memilih untuk mencipta versi anda sendiri dengan membenarkan anda memilih tiga bahan untuk diletakkan dia atas pizza pasta tersebut. 

10) Sensasi berganda Pizza Hut
Pizza sensasi berganda ini adalah pizza 'dua dalam satu'. Bahagian luar telah dilengkapi dengan keju cair mozzarella, parmesan, keju cedar dan lapisan gulungan sebelah luar itu dihiasi dengan cendawan, sos salsa dan lada bell. 

Pizza sebelah dalam pula dipenuhi dengan sosej ayam dan keju dan di dalam kepingan itu mempunyai ayam, zucchini dan sos lada Alfredo. 

Sayangnya pizza ini hanya boleh didapati di Singapura pada Disember 2012. Pizza ini ditawar dengan harga $21.75 (RM54.50) untuk saiz biasa dan S27.49 (RM68.90) untuk saiz besar.




0 Puteri amani :

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Google+ Followers

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.