Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Pelajar Rakam Dirinya Berzina!

Friday, November 1, 2013 ·

SINGAPURA: Seorang pelajar berusia 15 tahun dihadapkan ke mahkamah kerana merakam dirinya sendiri mengadakan hubungan seks dengan rakan sekolah berusia 13 tahun dan memuat naik klip itu di internet.
Remaja dan pasangannya tidak dinamakan.

Mahkamah diberitahu, remaja itu, kini berusia 17 tahun, bertemu pelajar perempuan itu ketika aktiviti sofbal pada Januari 2009. Mereka kemudian mengadakan hubungan seks tiga bulan selepas itu dan pada Februari 2010, dia memujuk remaja perempuan itu mengadakan hubungan seks oral.

 Remaja lelaki itu meminta mengadakan hubungan seks oral beberapa kali dan merekod satu sesi tanpa pengetahuan remaja perempuan itu dan menyimpan klip itu dalam fail bertanda “B****”. Remaja itu kemudian memuat naik klip itu di internet dengan tajuk “Singapore teen b****”. Dia turut mendedahkan nama dan nombor telefon pelajar perempuan itu pada klip video itu.


Pada Julai 2010, dia mengugut memuat naik video di internet sekiranya pelajar perempuan itu enggan melakukan seks oral terhadapnya. Tanpa mengetahui yang video itu telah dimuat naik, pelajar perempuan itu bersetuju melakukan seks oral.  Keadaan bertambah buruk apabila remaja perempuan itu mula menerima panggilan telefon meminta dia melakukan seks oral daripada orang tidak dikenali.

Pelajar perempuan itu bersemuka dengan teman lelakinya tetapi dia menafikan memuat naik video itu. Mereka memutuskan hubungan tetapi bertemu kembali pada Disember 2010 di mana pelajar lelaki itu memujuknya melakukan hubungan seks sekali lagi. Mangsa kemudian memberitahu gurunya dan laporan polis dibuat.

Remaja lelaki itu mengaku bersalah atas 21 tuduhan kerana mengadakan hubungan seks dengan gadis di bawah umur, menghina kehormatannya, mengugut dan menyimpan klip video serta mencuri tiga buah basikal. – Straits Times

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bukan sahaja di Singapura, di Malaysia pun apa kurang. Sebuah blog menulis dan memaparkan…

“Apa kes yang kita belum pernah berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah sekarang ni? seks dalam darjah? gaduh melibatkan pelajar perempuan sebab rebut lelaki ? kes buang anak ? seks beramai-ramai ? kena tangkap dalam tandas? semuanya yang saya katakan tu semuanya pernah berlaku. Mengapa jadi seperti ini? pelik tak?

Malah ianya bukan sahaja melibatkan sekolah menengah biasa sahaja tetapi sekolah berasrama dan sekolah-sekolah agama juga turut menular. Kejatuhan moral di kalangan pelajar sekolah agak membimbangkan hari ini. Satu kes di Kedah sebagai contoh, Seorang pelajar sekolah aliran agama perempuan dijatuhi hukuman oleh mahkamah kerana didapati bersalah di atas membuang bayi yang baru sahaja dilahirkan di tempat pembuangan sampah…

Pelik tak kenapa orang yang berpendidikan agama juga tidak dapat melarikan diri daripada melakukan perkara-perkara yang jahil ini… Pergaulan bebas di kalangan pelajar lelaki dan perempuan sangat-sangat membimbangkan. Kita boleh di lihat di laman media sosial di mana ramai pelajar sekolah berpakaian ala menjolok mata… Ada sesetengah tu bukan sahaja menjolok mata tetapi mengorek mata… perkara ini benar dan tiada siapa boleh menafikan…

Pelbagai kempen untuk mencegah gejala ini berlaku tetapi semakin berkembang pula kegiatan ini sehingga tidak dapat dibendung. Tapi apa yang saya fikir ketika dahulu memang benar. Kecanggihan yang ada hari ini sebenarnya memberikan kerosakan kepada kita sendiri… cuba lihat gambar di bawah ini…




” Ni adalah tangungjawab kita semua sebagai umat islam di Malaysia untuk menangani masalah sosial yang berlaku di kalangan pelajar dan bukan hanya menyalahkan sebelah pihak. sekali kita menunding jari terkena pula pada diri sendiri nanti… Baik jangan menunding jari.. sama-sama kita ikhtiar mencari jalan untuk membendung gejala ini… Tangungjawab bersama…”  Kata penulis itu lagi..
Untuk membendungnya, kembalilah kepada cara hidup Islam, sebagai ‘way of life’, termasuk di bidang pendidikan, apa lagi dalam politik negaranya. (IH)



0 Puteri amani :

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit