Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Isu Skandal Dengan Adi Putra Nooraida Diceraikan Talak Satu

Friday, December 20, 2013 ·


Ahli perniagaan Amiruddin Othman, 56 mengakui telah menceraikan isterinya yang juga merupakan wanita yang dikaitkan dengan isu skandal pelakon Adi Putra, iaitu Nooraida Abdul Mutalib, 30, dengan talak satu pada 19 Disember 2013.

Hal tersebut telah didedahkan sendiri oleh Amiruddin ketika ditemui pihak media di hadapan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, hari ini.

"Saya telah menceraikan dia (Nooraida) dengan talak satu pada jam 4.30 pagi di rumah kami di Johor Bahru. Kami bercerai secara baik.

"Walaupun kami sudah tiada ikatan apa-apa, tapi kami berdua telah bersetuju untuk menegakkan kebenaran. Ini kerana ketika perkara itu berlaku, kami masih lagi suami isteri dan selama empat bulan ini maruah saya telah tercalar", jelasnya sambil menahan sebak.

Tambah bapa kepada seorang cahaya mata itu, tujuan beliau ke Jabatan Peguam Negara hari ini untuk menghantar surat rayuan bagi mempertimbangkan keputusan kes yang berstatus 'No Further Action' (NFA) sebelum ini.

Amiruddin yang ditemani dua orang peguamnya mahu agar kes tersebut dinilai semula dibawah seksyen yang lebih relevan. Sebelum ini kes tersebut dibawah seksyen 509, kini mereka memohon agar kes tersebut dinilai dibawah seksyen 498.

"Dengan apa yang berlaku setakat ini saya mendapat tekanan yang teruk, bukan saja dari keluarga tetapi juga daripada masyarakat. Hubungan saya dengan keluarga menjadi tegang. Ikatan perkahwinan saya selama ini hancur begitu saja.

"Bila saya mahu kes ini dibuka semula, ramai orang cakap saya buka aib tapi hakikatnya mereka tidak tahu situasi saya yang sebenar. Saya bukan mahu duit atau popular tapi ini sebagai pengajaran kepada semua orang",katanya.

Tambahnya lagi jika rayuan mereka untuk meneruskan kes ini tidak menemui jalan penyelesaian, beliau akan tetap meneruskan kes tersebut menerusi undang-undang syariah dan sivil.

Amiruddin dan Nooraida sebelum ini telah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Noor Fasha Dania, 7 tahun. -MalaysianDigest





0 Puteri amani :

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit