Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Kematian Eksekutif Penerbangan AirAsia X Penuh Tragis

Friday, August 30, 2013 ·

Kematian eksekutif penerbangan Shahrinawati Abu Bakar (gambar bawah) lebih tragis daripada laporan sebelum ini dengan fakta baru diterima.Polis petang ini mengesahkan beliau bukan sahaja dilanggar malah barangannya turut dirompak.
Ketua Polis Ampang Amiruddin Jamaluddin berkata seorang saksi bersama rakannya membawa Shahrinawati ke hospital namun sudah terlambat.
"Saksi melihat dua lelaki cuba merompak beliau. Dia kemudian mengundurkan kereta bagi menghalang penjenayah tetapi malangnya terkena mangsa," kata Amiruddin.Laporan awal mendapati mangsa maut disebabkan cedera parah namun hasil penyiasatan mendapati sebaliknya.

Dua penjenayah melarikan diri menggunakan motosikal Yamaha LC berwarna hitam dan seorang daripada mereka keciciran dompet.Kejadian berlaku di hadapan kondominium Palm Villa di Taman Cempaka di mana mangsa tinggal bersama tiga adiknya.
Shahrinawati, 30, diserang ketika keluar dari kenderaan pada jam 2.45 pagi.
Siti Mariam Mohd Hanif, 23, rakan kepada mangsa, berkata Shahrinawati seorang ketua yang baik.
"Dia seorang yang tegas bila bekerja dan dihormati ramai," katanya yang kali terakhir berjumpa mangsa pada petang Rabu ketika sesi taklimat.
Bapa mangsa, Abu Bakar Jemain, 53, ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur kelihatan tenang."Ini sudah ditakdirkan. Biar polis yang menyiasat," katanya.
Rakan dan saudara hadir ke Masjid Nurul Hidayah Pandan Indah petang tadi bagi memberikan penghormatan terakhir. - Malaysia Insider



0 Puteri amani :

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Google+ Followers

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.