Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Showing posts with label iklan. Show all posts
Showing posts with label iklan. Show all posts

Filem KL Gangster 2 Tersebar di Internet Sebelum Tayangan

Thursday, August 29, 2013 · 0 Puteri amani

Telah menjadi suatu yang normal apabila pelbagai filem tempatan dan antarabangsa tersebar di internet untuk dimuat-turun selepas beberapa minggu filem ditayangkan di pawagam. Apapaun lain pula ceritanya dengan filem KL Gangster 2 ini apabila telahpun tersebar di internet sebelum filem ini ditayangkan lagi.
KL Gangster 2 yang akan mula ditayangkan pada 3 Oktober 2013 nanti dikatakan pengarahnya, Samsul Yusof sebagai filem prequel yang bermaksud menceritakan kisah sebelumnya apa yang terjadi sebelum filem yang lepas.
KL Gangster 2 adalah kisah SEBELUM KL Gangster 1.Kisah sebelum Malik dipenjarakan.Bukan sambungan filem yg pertama.Prequel means BEFORE atau “kisah sebelumnya” – Syamsul Yusof.
Syamsul Yusof tidak memberikan sebarang kenyataan apabila ditanya pihak kami bagaimana filem tersebut boleh tersebar di internet tetapi mengeluarkan satu kenyatan umum melalui Facebook miliknya;
Apapun dengan tersebarnya filem ini sebelum tarikh tayangan, kami percaya ianya tidak akan memberi kesan yang besar kepada jumlah kutipan filem ini apabila ditayangkan nanti memandangkan peminat filem aksi tempatan dan peminat karya Syamsul Yusof pastinya tidak akan ketinggalan untuk memenuhi ruang-lingkup pawagam untuk memberi sokongan padu pada filem ini nanti.
Walaupun link muat-turun ‘leaked’ terbabit telahpun dipadam, kami berharap agar pihak Skop Production & Grand Brilliance dapat mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang bertanggungjawab yang kami pasti kerja pihak dalaman juga. Apapun, anda boleh menonton trailer filem KL Gangster 2 di sini
sumber


Video Iklan Petronas Raya Tema ‘Jahit’ Tahun 2013

Saturday, July 27, 2013 · 0 Puteri amani


Berada di ambang Hari Raya Aidilfitri ini, antara iklan yang ditunggu-tunggu oleh kita sudah semestinya buah tangan daripada pihak Petronas.Pelbagai kisah menarik yang dipaparkan mengikut tema tahun-tahun tertentu. Petronas juga bukan sahaja memaparkan tentang hari raya, tetapi ia juga pernah memaparkan tentang hari kemerdekaan, tahun baru china, dan lain-lain lagi. Video di atas ini memaparkan tentang kisah seorang ibu yang bertungkus lumus menyiapkan tempahan baju raya daripada para pelanggan.
raya2
Ada satu hari itu, dia menerima banyak sangat tempahan sehingga menyebabkan tidak lepas tangan dan dibantu oleh anak perempuannya. Namun apa yang mendukacitakan, wanita yang bergelar ibu ini mendapati terdapat baju yang sudah tersalah dijahit mengikut kehendak pelanggan. Jadi apa yang berlaku selepas itu? Jom tonton..
Selamat Hari Raya :: Puteri Amani
Sumber :: KisahBest



Cari duit dengan Twitter sponsored Tweets

Friday, October 16, 2009 · 0 Puteri amani


Artikel kali ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk menambahkan lagi duit kocek anda dengan hanya menggunakan akaun twitter anda.cara ini sangat mudah dan tiada modal di perlukan.Apa yang penting anda hendaklah mempunyai akaun twitter.cara baru bagi pengguna Twitter untuk menambah pendapatan mereka. Jika anda mempunyai lebih dari 200 pengikut dalam akaun twitter, anda boleh menggunakan perkhidmatan yang disebut Sponsored Tweets untuk menghasilkan duit tambahan. Selepas anda sign up untuk akaun percuma anda ,anda akan ditambah ke senarai Tweets Sponsor. Bila pengiklan ingin menggunakan pengikut anda ,anda mengirimkan ayat yang ditulis oleh pengiklan, atau beberapa pengiklan membiarkan anda menulis iklan yang sesuai dengan selera anda sendiri. Apabila pengiklan ingin menggunakan khidmat akaun twitter anda,pengiklan akan menghantar email kepada anda untuk memberitahu tawaran tersebut.Anda juga mempunyai pilihan untuk tidak menghantar menolak tawaran yang diberikan oleh pengiklan sekiranya iklan tersebut tidak sesuai dengan kehendak anda atau apa alasan anda sekalipun. Yang terbaik adalah anda boleh menambahkan pendapatan sampingan dengan cara yang mudah. Anda akan dibayar pada kadar mimima dari usd1.00 untuk satu ayat yang digunakan. Semakin ramai pengikut yang ada dalam akaun twitter anda dan klik pada ayat promosi yang anda keluarkan melalui akaun twitter anda semakin banyak bayaran.yang anda akan perolehi .Anda juga boleh menggunakan Sponsored Tweets untuk mengiklan. sekiranya anda mempunyai produk untuk di iklankan. Ramai selebriti luar negara yang terkenal menggunakan akaun twitter mereka untuk mengiklankan apa jua produk yang di tawarkan dan mendapat bayaran yang mahal berbanding dengan bayaran royaliti mereka sebagai selebriti dengan menggunakan perkhidmatan ini. Tetapi sebelum ayat promosi yang hendak anda keluarkan melaui twitter akan di semak dahulu supaya tidak melanggar terma dan syarat yang ditetapkan oleh twitter.Dengan mendaftar sebagai ahli untuk mengiklan kan produk yang ditawarkan oleh anda tidak dikenakan sebarang bayaran dan anda akan dibayar setelah akaun anda mencapai minima usd50.00.

Sekiranya anda betul betul berminat untuk menambah pendapatan dan mendaftar sebagai ahli sponsored tweets,anda boleh daftarkan disini.Semoga apa yang saya kongsikan hari ini dapat membantu anda menambah pendapatan dengan cara yang mudah,percuma dan tiada modal yang dikeluarkan.Selamat menjadi ahli sponsored tweets

SponsoredTweets referral badge





PENGIKLANAN DENGAN BANNER

Tuesday, October 13, 2009 · 0 Puteri amani


Banner amat penting untuk pengiklanan dan ia adalah salah satu cara pengiklanan yang berkesan selain daripada iklan tulisan. Iklan banner ini juga boleh dipamerkan di blog, forum, website dan mana-mana iklan yang memerlukan banner.

Kalau anda nak tahu, banner juga dapat menarik perhatian ramai.. Kerana banner yang beranimasi ini dapat menarik minat orang ramai untuk tahu lebih lanjut mengenai banner yang dibuat

Pengiklanan merupakan salah satu cara mempromosikan laman web bagi tujuan mendapatkan trafik atau pun pelawat, sama ada untuk tujuan menambahkan bilangan pelawat atau tujuan menukarkan pelawat tersebut kepada menjadi seorang pembeli.

Terdapat dua faktor utama yang perlu diketahui di dalam melakukan pengiklanan banner iaitu:

1) Design banner itu sendiri
2) Tempat mengiklan banner

Boleh dikatakan ramai usahawan internet yang mengabaikan kedua-dua aspek utama ini terutamanya aspek kedua. Selain itu, satu perkara yang dapat membezakan antara usahawan internet yang serius dan usahawan internet yang tidak serius ialah Design Banner itu sendiri..

Secara keseluruhan kesimpulan tentang e-book panduan banner yg dikeluarkan oleh saudara syahmi ialah ianya amat sesuai untuk semua golongan tak kira sama ada anda seorang yg pro atau newbie.Apa yg menarik minat saya utk membuat review tentang produk ini ialah dengan harga yg minima yg anda keluarkan,anda telah menjimatkan masa anda untuk belajar membuat banner dan belajar photoshop.Disamping itu juga anda boleh menggunakan kepakaran yg anda perolehi dari e-book tersebut untuk menambah pendapatan anda sebagai mengambil upah untuk membuat banner.Dengan nilai yg anda keluarkan saya memberi jaminan anda akan tersenyum dengan hasil yg bakal anda ciptakan dan anda boleh menggandakan semula modal yg anda telah keluarkan.Walau bagaimana pun pilihan ditangan anda.Bijaklah menggunakan wang anda dan memilih produk yg berkualiti serta membantu anda berjimat dari segi masa dan Wang.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk tersebut sila klik disini...Panduan banner

Photobucket

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit