Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Showing posts with label pelik. Show all posts
Showing posts with label pelik. Show all posts

Ngeri! Ribuan Lintah Serang Mayat Wanita

Sunday, December 29, 2013 · 0 Puteri amani

Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan ianya bukan sahaja melibatkan remaja malah lebih ramai di kalangan individu dewasa yang bujang mahupun yang telah berkahwin! Seperti yang pernah penulis kisahkan tentang kecurangan isteri dan balasan yang diterima akibat perbuatan menduakan suami, kini sekali lagi penulis ingin menceritakan azab seksa seorang wanita yang berkahwin tetapi masih melakukan seks bebas.

Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.

“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik. Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung.

Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja.” Jelas En.Idris.

Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari.

Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya.

Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah sebegitu. Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai  juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah.

Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu.

Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia. Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan. Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya.

Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak.

Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai  tidak hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja.

Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.

Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.

Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan  jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya.

Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil  kematian Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya itu, “Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur” Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi.

Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jamilah tadi. Kejadian itu amat pelik sekali.

Setelah itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah . Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu.

Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu. Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak.

Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar. Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar.

Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina. Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak.

Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau keluarga kita, minta disisihkan Allah.

p/s: Tak tau lah sejauh mana kebenaranya…sekadar untuk dijadikan tauladan kepada kita semua. - sumber



Kecoh Ikan Paus Terdampar DiTerengganu

Saturday, December 28, 2013 · 0 Puteri amani

Admin terima gambar ini daripada kenalan yang mengatakan seekor ikan paus gergasi terdampar dinegeri Terengganu.Apakah ini benar? Ada orang Terengganu boleh sahkan?

Sama sama kita doakan agar malaysia Selamat dari bencana yang besar.





Remaja Kantoi lakukan Seks Dengan 300 Ekor Ayam?

Sunday, December 22, 2013 · 0 Puteri amani

TASIKMALAYA (Indonesia) – Seorang remaja, AS, 17, yang dibicarakan semalam atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak berusia enam tahun, mengejutkan mahkamah apabila mengaku turut mencabul ratusan ayam.
Gambar Hiasan

Hakim yang mengetuai perbicaraan itu, Motur Panjaitan berkata, ini kali pertama dia mendengar kes seumpama itu. “Tertuduh mengaku memperkosa lebih 300 ayam dan kebanyakan haiwan itu mati akibat perbuatannya,” kata Motur.

Peguam AS, Ramadanil S Daulay berkata, remaja itu memiliki kelainan seks.

“Kami memohon kepada mahkamah supaya mengarahkan tertuduh menjalani rawatan,” katanya kepada wartawan selepas perbicaraan itu.

AS ditangkap selepas memperkosa seorang kanak-kanak dan mencampakkan mangsa ke laut beberapa bulan lalu. Kanak-kanak berkenaan ketika itu dirawat di sebuah hospital tempatan.

Sementara itu, seorang penduduk yang berada di luar mahkamah berkata, dia dan beberapa jirannya mahu AS membayar ganti rugi terhadap kematian ayam mereka. – Agensi




Gali Kubur Dan Rogol Mayat Sepuas Puasnya

Friday, December 6, 2013 · 0 Puteri amani

Wanita di bawah ini telah dibunuh dan mayatnya telah dibedah. Selepas itu beliau ditanam di kubur yang ditetapkan. Kemudian, entah ada mamat mana yang sangap sangat dekat beliau pergi korek balik mayat beliau lalu rogol puas-puas. Hobi merogol mayat dipanggil sebagai necrophilia dalam bahasa penjajah.







Isteri Nekad Bunuh,Kerat Dan Makan Daging Suami

Saturday, November 30, 2013 · 0 Puteri amani

Seorang perempuan dari Filipina telah membunuh banyak orang dan menyimpan daging mereka dalam peti sejuknya, dia sangat menikmati memakan daging manusia. Dia juga berkata bahawa dia telah banyak membuat pesta untuk saudara dan rakan-rakannya.



Dia memberikan mereka daging manusia tersebut untuk dimakan tanpa pengetahuan mereka. Rakan-rakannya mengatakan bahawa daging yang dimasak wanita tersebut sangatlah enak tapi mereka tidak tahu daging apakah itu. Beberapa dari teman-temannya tidaklah tahu bahawa mereka akan menjadi sasaran wanita itu selanjutnya.

Yang mengejutkan adalah wanita tersebut mengaku telah membunuh suaminya juga dan memakan dagingnya. Tapi untunglah aksi wanita tersebut telah diketahui oleh pihak yang berwajib.

Crdt To ; Sumber


Ngeri ! Pesta Karnibal Terbesar Di Thailand

Tuesday, November 26, 2013 · 0 Puteri amani

Ketika menyaksikan gambar ini , saya berharap bahawa semua ini adalah bukan foto nyata dan hanya fotoshop atau palsu saja . Kerana jika foto- foto ini benar dan memang sebuah kenyataan bererti manusia sedang menghadapi tragedi yang sangat memilukan , dimana manusia menyembelih , menguliti dan memasak daging manusia seperti melakukannya terhadap binatang dan setelah itu mereka memakannya bersama -sama dalam suasana pesta.

Dari sumber yang saya baca, bahawa kejadian ini terjadi di Thailand. Sumber tersebut menyatakan bahawa ini adalah sebuah ritual sesat pemuja Iblis yang terjadi di negara tersebut

Sila pembaca menilainya sendiri , namun kalau dilihat dari butiran foto -foto yang ada terlihat bahawa foto- foto ini adalah foto yang sangat realistik , susah bagi orang untuk merekayasa foto hingga jadi foto seperti ini. Silahkan anda menilainya sendiri dan simpulkan sesuai yang anda fahami tentang fotografi. Jika para Pembaca ada yang mempunyai maklumat mengenai gambar ini sila tuliskan diruangan komen daripada jawatan ini.


[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]

[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]

crdt To : Sumber


Jin Di Villa Nabilla Di Johor Bahru Mengamuk

Monday, November 18, 2013 · 0 Puteri amani


Terkini Kejadian yang berlaku divilla kembali lagi dimana Kejadian Lama Sudah Berlaku Semula . Kecoh Di Villa Nabila Sebab kehilangan Budak yang memasuki villa itu untuk melihat sendiri misteri. Yang Masuk ke Dalam seramai 30 orang , Yg keluar hanya orang sahaja .. Yang 23 itu Semua Masih di dalam tetapi Semua di Kaburkan Jalan Keluar . Jalan Pintar Hanya Kpd Yg 7 orang tu . Masuk Lah kat dalam Dan Mntak Maaf kepada Penghuni Villa Itu .

Pihak polis dan bomba juga telah datang ke villa tersebut bagi membantu mencari lagi 23 orang yang hilang tetapi dikhabarkan ada diantara anggota mereka juga hilang.Kejadian ini berlaku pada hari sabtu 16/11/2013 dan sehingga kini masih belum dapat dikesan dan dicari budak yang hilang.

Sejauh mana kebenaranya misteri dan berita ini boleh lihat perkembangan selajutnya disini MISTERI VILLA NABILA







Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit