Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Showing posts with label google. Show all posts
Showing posts with label google. Show all posts

Mengapa Haram Mencukur Bulu Kemaluan Wanita

Sunday, April 13, 2014 · 0 Puteri amani



Apa yang dimaksudkan dengan mencukur bulu kemaluan ialah mencukur bulu yang tumbuh disekeliling faraj wanita atau dia atas kemaluan lelaki. Tindakan yang diutamakan ialah mencukur, tetapi diharuskan pula dengan cara bergunting, mencabut dan menggunakan sejenis cecair kapur yang disapukan pada kulit yang menggugurkan bulu kulit itu.

Seorang ulama Syaikh Ibn Daqiq berpendapat bahawa sebahagian ulama cenderung mengutamakan bercukur bagi kaum wanita, kerana perbuatan mencabut akan berakibatkan kendurnya kulit di tempat itu.

Anjuran yang sedemikian ini merupakan satu amalan yang digalakkan agar tidak ada kutu atau tungau yang dapat hidup dibahagian kemaluan, disamping tidak mendedahkannya kepada serangan penyakit tambahan pula kewujudan bulu pada kemaluan baik perempuan begitu juga lelaki, akan dapat menimbulkan bau yang kurang selesa.

Anas bin Malik berkata : “Telah ditentukan waktu untuk kami memendekkan misai, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan kami tidak dibenarkan untuk membiarkannya lebih dari masa empat puluh malam”. – (Riwayat Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Tarmizi, Al-Nasai dan Abu Daud).

Dalam perkara mencukur ini, HARAM bagi seorang perempuan mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, begitu juga HARAM bagi seorang lelaki mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, ataupun seorang perempuan atau seorang lelaki membenarkan orang lain untuk mencukur bulu kemaluannya. Mendedahkan aurat adalah HARAM disisi syarak, kecuali pendedahan seorang isteri untuk suaminya atau seorang suami untuk isterinya.

Selain mencukur bulu kemaluan ada kaitannya seorang perempuan membersihkan bulu muka. Imam Ahmad telah meriwayatkan, bahawa Bakarah binti Uqbah telah datang menemui Ummu al-Mu’minin ‘Aisyah r.a lalu ia bertanya kepada Aishah mengenai hal ini. 

Aisyah menjawab : “Pokok yang baik dan air yang suci” Ia bertanya lagi tentang membersihkan muka. Aisyah menjawab : “Jika kamu mempunyai suami dan kamu boleh menggugurkan dua biji mata kamu dan menggantikannya (kedua-duanya) dengan lebih cantik, maka lakukanlah.”. 

Membersihkan muka bagi seorang perempuan dan juga badannya daripada bulu-bulu yang berlebihan adalah dibolehkan. Akan tetapi rambutnya hendaklah ia menghormati dan memeliharanya. Begitu juga jika sekiranya janggut atau misai tumbuh pada seorang perempuan, maka hendaklah ia menghapuskannya.





Subhanallah! Lelaki Berusia 137 Tahun Hanya Bangun Untuk Solat

Sunday, January 12, 2014 · 0 Puteri amani

susulan
RIYADH – Seorang lelaki yang didakwa berusia 132 tahun (ada yg mengatakan 13 tahun) di Arab Saudi didapati menghabiskan masanya dengan tidur tetapi dia akan tersedar setiap kali tiba waktu solat, lapor sebuah akhbar tempatan.
Warga emas itu akan bangkit daripada tidur dengan dibantu anak lelakinya untuk menunaikan solat setiap kali bunyi azan kedengaran.
Aksi lelaki itu dirakamkan dalam satu klip video pendek dan dimuat naik di laman perkongsian video YouTube.
Dalam rakaman tersebut, lelaki itu dilihat sedang tidur nyenyak apabila anak lelakinya meletakkan tangan di kepala bapanya dan menyatakan waktu solat telah tiba.
Lelaki tua dan uzur itu yang pada mulanya sukar bergerak menjawab ‘azan’ dalam nada rendah (lemah) dengan air matanya mula menitis.
Keadaan ayah saya ini sepatutnya menjadi satu pengajaran kepada kita semua,” kata anaknya. Namun, akhbar berkenaan tidak mendedahkan lokasi kediaman lelaki tersebut
sumber


Pelajar Kolej Iklankan Lelong Dara

Tuesday, December 31, 2013 · 0 Puteri amani

Pelajar Kolej Di Brazil Iklankan Lagi Lelong Dara

RIO de JANEIRO – Catarina Migliorini, pelajar kolej berusia 23 tahun di Brazil yang menjadi tumpuan dunia kerana melelong daranya, kini mengiklankan lagi untuk melelong daranya itu.

Pada masa sama, wanita itu juga menimbang untuk menerima lamaran seorang jutawan Arab. Pada 2012, seorang jutawan Jepun menawar Catarina AS$780,000 (RM2.6 juta) untuk membeli daranya menerusi lelongan secara online.Bagaimanapun, urusan jual beli itu gagal dan dia sekali lagi melelong daranya menerusi laman web VirginsWanted2.com.

Tawaran itu dilanjutkan dari 12 Disember hingga 12 Februari. Catarina juga berkata, dia menerima lamaran daripada seorang jutawan Arab.

Tanpa mendedahkan identiti lelaki itu, Catarina memberitahu mereka saling berbual menerusi Skype dan menyifatkan lelaki berkenaan sebagai ‘penganut Islam progresif.’ “Saya mengambil keputusan untuk meneruskan tawaran itu. Pada masa sama, saya menerima lamaran daripada seorang jutawan Arab. dan kini menimbangnya kerana ia membabitkan perkahwinan.

Memandangkan musim panas menjelang dan sudah tentu banyak parti diadakan, saya mengambil keputusan untuk melanjutkan lelongan itu bagi sambil menimbang tawaran itu. Jutawan Arab itu kelihatan begitu romantik dan menguasai 11 bahasa. Dia berumur antara 35 dan 40 tahun, kacak dan pintar. “Dia tinggal di rumah agam. Saya melihatnya menerusi skype,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Catarina, lelaki itu tidak bersetuju dengan tindakannya melelong daranya sehingga sanggup menawarkan AS$1.5 juta (RM4.9juta) kepadanya supaya menghentikan lelongan itu, berkahwin dengannya dan berpindah ke negara asalnya.

Dia tidak suka dengan tindakan saya. Dia anggap tidak sesuai kerana saya cantik, muda, berbakat dan cerdikDia mahu mengahwini saya dan mencadangkan kami bertemu di Malta supaya dapat berkenalan lebih rapat.Malta negara berkecuali dan saya boleh membawa keluarga saya. Semuanya dia akan tanggung.


Saya suka berbual dengannya kerana dia penyayang, romantik dan pintar. Tetapi saya tidak mahu berkahwin kerana ia membabitkan wang yang banyak. “ Ia membabitkan perasaan cinta dan saya tidak mahu terikat,” katanya. – AFP

Crdt To Sumber


10 Sebab Orang Like Status Post Anda

· 0 Puteri amani


Pernah tak anda rasa ada diantara rakan anda sendiri, bila dia update saja apa-apa status di Facebook tak sampai beberapa ketika berpuluh orang akan like?
Padahal bukannya status yang mempunyai apa-apa makna. Ia sekadar mengucap selamat pagi atau selamat malam saja.
Sebenarnya banyak juga perkara yang menyumbang bagaimana seseorang itu suka atau ‘like’ status seseorang itu.
Mari kita baca antara sebabnya..
1. Selalu muncul dalam news feed seseorang, takde keje nak buat..like jelah..(ramai yang macam ini).
2. Post itu mengandungi banyak info yang berguna terutamanya tentang pelajaran, hal rumahtangga dan hal agama.
3. Orang yang post tu lawa atau hensem dan dia dah lama stalk secara senyap-senyap, secret admire la katakan..
4. Like secara rambang saja, kalau orang tu tulis benda-benda menarik like la, tak pilih kasih okay.
5. Tertarik dengan post tu terutamanya tentang ayat-ayat puitis dan ayat-ayat cinta.
6. Suka like status kawan baik sendiri, motif? So dia pon boleh la like status anda sekali.
7. Sebab merasakan apa yang dikatakan dalam post someone to betul!! Malah kita pun tergerak nak tulis macam apa yang dia tulis, tapi dia dah tulis dulu.
8. Selalu like post orang yang berpengaruh, dalam erti kata lain hotstuff… bila ramai yang like, kita pon teringin nak like.
9. Yang ni memang dah takda keja sangat.. dia bukak timeline sorang tu, then dia like je tak kira gambar, status, komen, semua dia nak like. (syokla tu menambahkan notifications orang..bila orang tu tengok tadi , fuhyoo 159… tapi last-last 108 dari like orang yang sama).
10. Bila dah lama updates status, dia tgok orang tak like, then dia pon like post dia sendiri…hahaha…oppsss!!
Jadi agaknya anda tergolong dalam kategori mana ye?

crdt to Sumber


Penemuan Pintu Neraka Terbesar Didunia

Sunday, December 29, 2013 · 0 Puteri amani


Kawah berapi yang begitu dikenali di kalangan pelancong dengan panggilan "The Gates of Hell" ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri.Hampir 40 tahun nyalaan api hidup dan tidak terpadam sejak ianya dihidupkan oleh sekumpulan pencari gali gas.






Pada tahun 1971, sekumpulan ahli geologi Soviet datang ke Darvaza, Turkmenistan dalam misi mencari sumber gas. Namun ketika proses menggerudi, tanah di bawahnya runtuh menyebabkan terbentuknya kawah seluas 60 meter dengan kedalaman 20 meter. Gas metana yang beracun turut keluar dari kawah tersebut. Ahli geologi mengambil keputusan untuk menyalakan gas tersebut sebagai langkah keselamatan. Sehingga kini, kawah ini sentiasa terbakar dan menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.












sumber


Kecoh Ikan Paus Terdampar DiTerengganu

Saturday, December 28, 2013 · 0 Puteri amani

Admin terima gambar ini daripada kenalan yang mengatakan seekor ikan paus gergasi terdampar dinegeri Terengganu.Apakah ini benar? Ada orang Terengganu boleh sahkan?

Sama sama kita doakan agar malaysia Selamat dari bencana yang besar.





Bantahan larangan dedah payu dara gagal

Tuesday, December 24, 2013 · 0 Puteri amani

Rio de Janeiro: Bantahan yang diuar-uarkan secara meluas bagi mempertahankan hak untuk tampil separuh bogel di pantai bandar raya ini tidak mendapat sambutan Sabtu apabila hanya segelintir wanita yang berbuat demikian.
Lebih 100 jurugambar bersesak di pantai berpasir Ipanema apabila wanita pertama menanggalkan bahagian atas bikininya bagi sebagai membantah undang-undang itu. Hanya tiga atau empat lagi wanita menyusulinya. 
“Payudara tidak berbahaya,” kata Olga Salon, 73, penduduk asal Rio sambil menanggalkan colinya. 

Brazil mempunyai reputasi sebagai negara seks liberal di peringkat antarabangsa dan berbogel bukan saja boleh diterima, malah turut diamalkan ketika karnival.

Foto
PETUGAS media mengelilingi seorang wanita yang menanggalkan colinya sebagai bantahan terhadap larangan agar tidak tampil separuh bogel di pantai Ipanema, di Rio de Janeiro, Brazil, Sabtu lalu.

Ratusan ribu warga asing yang akan mengunjungi Brazil tahun depan untuk Piala Dunia dan Olimpik dua tahun berikutnya bakal menyaksikan bikini yang mendedahkan bahagian belakang pemakainya.


Namun, mengikut kanun jenayah Brazil bertarikh 1940-an, perbuatan separuh bogel dalam kalangan wanita ialah “tindakan lucah” dan boleh dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan hingga setahun atau denda. 

Malah, pengkritik undang-undang mengakui beberapa individu sudah disabitkan dengan kesalahan itu. 

Bantahan Sabtu lalu itu adalah kejadian terbaru dalam perdebatan mengenai bahagian tubuh yang dibenarkan didedah di pantai Rio. 

Penganjur memberitahu media, langkah itu adalah reaksi terhadap insiden November lalu apabila aktres Cristina Flores dimarahi pengawal pantai selepas dia menanggalkan bajunya ketika sesi penggambaran di pantai Ipanema. 

“Mereka meluru ke arah saya dan menjerit sambil mengarahkan saya memakai semula baju, seolah-olah ada bom yang akan meletup jika saya tidak mematuhi arahan,” katanya. - AP

sumber


Anggaran Saiz Badan Nabi Adam

Sunday, December 22, 2013 · 0 Puteri amani

Gambaran Saiz Baju Nabi Adam
Sabda Rasullulah SAW:

Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“ 
(HR.Bukhari), hadis ini juga terdapat dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad.

Gambaran tinggi Nabi Adam berbanding manusia sekarang
Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah ketinggian Nabi Adam a.s adalah 60 hasta. 1 hasta = 45.72 cm. Jadi, tinggi Nabi Adam adalah kira-kira 27.432 meter. Hampir mencapai 30 meter. wallahu’alam.
Cuba tengok replika baju Nabi Adam a.s di dalam gambar. Ia dibuat di Jeddah, Arab Saudi dan memakan masa selama 18 hari untuk menjahitnya. Panjang 29 meter dan lebar 9 meter.

Replika ni dibuat sekadar untuk melihat setinggi manakah atau sebesar manakah (saiz) Nabi Adam a.s.
Para saintis Amerika Syarikat membuat kajian terhadap bangsa mereka sendiri yang dulunya didakwa sebagai bangsa yang mempunyai purata ketinggian yang paling besar dalam kalangan bangsa lain di dunia.
Namun , daripada kajian yang dilakukan itu, bangsa Amerika Syarikat didapati semakin merosot purata ketinggian mereka. Salah satu puncanya adalah kerana memakan makanan (yang diawet).
sumber


Izzue Islam selebriti Popular Carian Google 2013

Wednesday, December 18, 2013 · 0 Puteri amani

Izzue Islam ialah selebriti yang paling banyak dicari menerusi Google sepanjang tahun 2013. Siapa yang cari pasal dia sila angkat tangan!!!

Nampak gayanya kekacakan penyanyi dan pelakon ini menjadi kegilaan peminat industri hiburan tanah air Malaysia. Berita perkahwinan Izzue Islam dengan pengurusnya, Awin Nurin sedikit sebanyak menambahkan lagi populariti dan bilangan carian yang dilakukan oleh orang ramai mengenai dirinya.
izzue islam
Si cantik manis Emma Maembong mengungguli tempat kedua sementara ratu kontroversi, Sharifah Sakinah berada di tempat ketiga. Tidak ketinggalan Ashraf Muslim dan Afiq Muiz turut berada di dalam senarai ini kerana kontroversi yang melanda diri masing-masing sepanjang tahun 2013. Senarai penuh di bawah:-
Setia Hujung Nyawa pula mengungguli senarai “Malaysian TV Series”. 2 drama yang ditayangkan di Astro iaitu Adam & Hawa dan Sehangat Asrama turut sama tersenarai. Senarai penuh di bawah:-

Baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui apakah carian yang dilakukan oleh rakyat Malaysia menerusi Google untuk tahun 2013. Kredit info Amanz.
TERMA TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Lahad Datu
2SKMM
3Keputusan PRU13
4Setia Hujung Nyawa
5Gwiyomi
6Teduhan Kasih
7Malindo Air
8WeChat
9The Conjuring
10Cinta Jannah
CARIAN TERHANGAT PADA PERANTI MUDAH-ALIH
1Mudah
2Maybank2U
3MalaysiaKini
4Beautifulnara
5AirAsia
6Sinar Harian
7Harakah
8Berita Harian
9CIMB Clicks
10Kosmo
PERSONALITI TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Paul Walker
2Tegar
3Isteri Mat Yo
4Sharifah Zohra Jabeen
5Nelson Mandela
6Jackie Chan
7Sultan Sulu
8Adam Adli
9Lea Michele
10Gareth Bale
SIRI-TV TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Setia Hujung Nyawa
2Teduhan Kasih
3Cinta Jannah
4Adam dan Hawa
5Sehangat Asmara
6Kampung Girl
7Cinta Jangan Pergi
8Sedetik Cinta
9Asmara Luna
10Dahlia
FILEM TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013 (FILEM MALAYSIA)
1KL Gangster 2
2Highland Tower
3Psiko Pencuri Hati
4Vikingdom
5Juvana
6Bikers Kental
7Adnan Sempit 3
8KL Zombie
9Langgar
10Gangster Celop
FILEM TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1The Conjuring
2Despicable Me 2
3Pacific Rim
4Man of Steel
5KL Gangster 2
6Iron Man 3
7Insidious 2
8Highland Tower
9Singam 2
10After Earth
SELEBRITI TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Izzue Islam
2Emma Maembong
3Sharifah Sakinah
4Nelydia Senrose
5Ashraf Muslim
6Fizz Fairuz
7Afiq Muiz
8Adi Putra
9Fiza Elite
10Amar Asyraf
KERETA TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Proton Suprima
2Proton Saga SV
3Nissan Almera
4Kia Cerato
5Toyota Vios
6Kia Rio
7Peugeot 208
8Proton Preve
9Ford Kuga
10Lamborghini Veneno
LAGU TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Gwiyomi
2Harlem Shake
3Gangnam Style
4Putih Putih Melati
5Sandiwara Cinta
6Gentleman
7Wrecking Ball
8Aku Yang Dulu
9Banana Song
10Hanya Aku
PORTAL BERITA TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1MalaysiaKini
2Kosmo
3Berita Harian
4Sinar Harian
5Harakah
6Harian Metro
7Malaysian Insider
8Utusan Malaysia
9The Star
10Malaysia Chronicle
AHLI POLITIK TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Anwar Ibrahim
2Lim Kit Siang
3Aspan Alias
4Najib Razak
5Rafizi Ramli
6Azmin Ali
7Husam Musa
8Tian Chua
9Taib Mahmud
10Mat Sabu
PERSONALITI SUKAN TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Gareth Bale
2Thiago Alcantara
3Mesut Ozil
4Adnan Januzaj
5Oscar Pistorius
6David Moyes
7Marouane Fellaini
8Wilfred Zaha
9Pablo Aimar
10Iago Aspas
RANCANGAN TV TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Upin & Ipin
2Running Man
3Ultraman
4BoBoiBoy
5Adam dan Hawa
6Cinta Jannah
7Slugterra
8Thendral
9Ben 10
10Nadhaswaram
JENAMA TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Coach
2Louis Vuitton
3Burberry
4Guzzi
5Zara
6Michael Kors
7Victoria;s Secret
8Braun Buffel
9Sephora
10Marc Jacobs
DESTINASI PERCUTIAN TERHANGAT DI MALAYSIA SEPANJANG 2013
1Genting Highlands
2Langkawi
3Gold Coast Morib
4Pulau Perhentian
5Pulau Pinang
6Pulau Tioman
7Port Dicksont
8Melaka
9Kuching
10Pulau Redang

sumber




Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit