Tahun lalu pembekal pendaftaran alamat internet terkemuka Asia Pasifik,Dot my DOMAIN REGISTRY yang sebelumnya dikenali sebagai MYNIC Berhad menawarkan alamat dua peringkat Domain (2DL) kepada rakyat di negara ini berbanding 3DL sebelum (contoh www.alamat.com.my)bermula 23 mac 2008.Jika kita melihat perkataan Dot my itu sendiri melambangkan singkatan untuk Malaysia malah ia juga mudah untuk diingat.Tetapi sambutan alamat Dot my kurang di gunakan oleh rakyat Malaysia sendiri.
Mengikut perangkaan sehingga hujung 2008,pendaftaran alamat Domain mencecah 80,786 yang menerawang di dunia siber ( Sumber dari .my DOMAIN REGISTRY),namun begitu lebih 50% syarikat Malaysia yang disenaraikan di Bursa Malaysia tidak menggunakan Dot my malah lebih kepada penggunaan dot com.Malaysia berjaya menyertai negara lain di Asia yang turut mempunyai nama Domain peringkat kedua ini.Kejayaan ini meletakkan negara setara dengan kemajuan teknologi dirantau ini tetapi tidak ramai yang memandang kepentingan penggunaan Dot my.
Sebagai rakyat malaysia kita sepatutnya berbangga menggunakan Dot my kerana ia melambangkan identiti kenegaraan serta menunjukan asal tumpah darah kita.Apatah lagi syarikat yang berjual beli dalam dan luar negara membabitkan urusniaga menggunakan laman web.Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia kita perlu turut sama dengan negara negara lain di Asia seperti Jepun,Singapura,Hong Kong yang mementingkan nama Domain Negara masing masing dalam melonjakkan identitit tersendiri.
Semoga satu hari nanti pengguna internet dan Syarikat di Malaysia sedar akan perkara ini dan berbangga menggunakan identiti malaysia dalam alamat laman web mereka.Selagi ianya tidak berlaku maka tidak juga tercapai konsep 1 malaysia pada dasarnya.




