Melanggan Melalui Email PERCUMA
Showing posts with label Cara. Show all posts
Showing posts with label Cara. Show all posts
Hadiah Untuk Anda
Tuesday, April 15, 2014
by
Admin Author
·
1
Puteri amani
Download disini ==> www.4fb.biz
Produk Kesihatan Beracun Dirampas
Wednesday, November 20, 2013
by
Admin Author
·
0
Puteri amani
Labels:
Biar Betul
,
Buat duit
,
Cara
,
Cerita
,
google
,
INFO
,
peluang perniagaan
KOTA BHARU - Degil! Itulah sikap dalam masyarakat walaupun mengetahui produk yang tidak berdaftar dan mempunyai racun boleh mendatangkan kesan sampingan, namun masih ramai yang menggunakannya.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat kuasa Farmasi Kelantan, Norma Zakaria berkata, keghairahan untuk tampil cantik dengan cara lebih pantas, mendorong golongan wanita terutamanya menggunakan produk berkenaan, tanpa menyedari ia boleh membawa kesan sampingan kepada kulit si pemakai.
“Di samping itu, permintaan yang tinggi menyebabkan lambakan barangan kosmetik dan ubat-ubatan seumpamanya terus lagi dijual oleh peniaga di pasaran.
“Atas usaha pihak kami cuba membanteras penjualan produk itu, satu serbuan dilakukan di lima kiosk di sebuah pasar raya di bandar ini yang menjual pelbagai produk terbabit," katanya.
Dalam pemeriksaan yang dilakukan bersama lebih 10 anggota, pihaknya berjaya merampas pelbagai kosmetik yang juga merupakan buatan tempatan, Thailand termasuk Indonesia yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Namun kita akui juga, ada dalam kalangan pengguna juga masih tidak mengetahui mengenai kandungan dalam produk ubat-ubatan dan kosmetik yang mengandungi racun merkuri dan hidrokrinon.
“Jadi dalam serbuan kali ini, kita rampas kesemua barangan yang bukan sahaja tidak berdaftar malah diklafikasikan mempunyai racun yang tidak dibenarkan sehingga boleh membahayakan pengguna,” katanya.
Norma berkata, kesemua nilai rampasan berjumlah RM10,000 dan kes terbabit akan disiasat di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan Peraturan Kosmetik dan Dadah bagi tindakan lanjut.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya pengguna membuat pilihan yang bijak bagi memilih barangan yang berkualiti dan selamat untuk digunakan.
Menurutnya, sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk di laman sesawang www.farmasi.gov.my untuk mengenal pasti produk dan ubat-ubatan yang berdaftar atau sebaliknya sebelum digunakan. sumber
Perhatian :: Gambar Anda Boleh Dibogelkan
Saturday, October 26, 2013
by
Admin Author
·
0
Puteri amani
Labels:
Biar Betul
,
Cara
,
Cerita Pelik
,
Cerita Seram
,
hakikat
,
INFO
,
Kehidupan
,
Luar Biasa
,
panduan
Hati-hati wahai sahabat wanita!!gambar anda kini boleh dibogelkan...
Astagfirullahal'azim...
Ini maklumat baru dan sangat berguna.
Kepada pengguna-pengguna internet wanita semua terutamanya penggemar facebook, diharap berhati-hatilah agar tidak menjadi mangsa kepada orang yang tidak bertanggung jawab yang boleh memaparkan seluruh tubuh anda!
Bahaya Duduk Kaki Bersilang Yang Anda Tidak Ketahui
Sunday, October 20, 2013
by
Admin Author
·
0
Puteri amani
Pernah tak korang baru 15 minit duduk di kerusi, pastu dah berasa penat dan tukar posisi duduk dengan menyilangkan kaki dengan kedudukan kaki kanan di atas kaki kiri. Selepas beberapa minit, korang tukar lagi posisi dengan kaki kiri pula di atas kaki kanan.
Sebenarnya, ramai juga mempunyai tabiat gemar duduk bersilang, terutama yang bekerja di pejabat. Tidak kurang juga yang menganggap duduk bersilang boleh menyebabkan tulang belakang bengkok, seterusnya menyebabkan kesukaran bergerak.
Duduk dengan bersilang kaki akan memberi tekanan kepada beberapa anggota badan yang mungkin menyebabkan aliran darah tidak lancar. Ia mendatangkan rasa kurang selesa pada otot dan saraf, selain lenguh. Biasanya, perbuatan duduk dengan menyilangkan kaki berkali-kali hanya menyebabkan sakit belakang. Ketidakseimbangan daya tarikan otot boleh menyebabkan tulang belakang bengkok sementara. Ini yang dipanggil ‘sciatic scoliosis’.
Apabila posisi kaki kanan di atas kaki kiri, tulang punggung dan betis dalam keadaan tidak sama rata di mana pinggul kiri lebih tinggi, menyebabkan otot di antara tulang rusuk dan tulang pelvis menjadi lebih pendek berbanding sebelah kanan. Masalah sakit belakang juga sering berlaku kepada individu yang kurang melakukan senaman. So, bagi mendapatkan kehidupan lebih bermakna dan sihat, senaman adalah langkah terbaik.
Antara Cara Pantas Selesaikan Hutang PTPTN
Monday, August 19, 2013
by
Admin Author
·
0
Puteri amani
Video - Antara Cara Pantas Selesaikan Hutang PTPTN | Hari ini Heboh dan panas isu hutang PTPTN akan dimasukkan juga ke dalam rekod CCRIS.Pening kepala & buntu seketika bagi mereka yang mengalami situasi ini.
Nak bayar tu,nak bayar nie...mana cukup gaji nak cover...isshhh mana nak cekau nie...susah la nak buat pinjaman bank lepas nie....
Sebenarnya banyak cara yang boleh dilakukan jika anda serius ingin menyelesaikan segala hutang anda.Walaupun ianya di bayar sedikit demi sedikit sudah pasti akhirnya hutang itu pasti langsai.
Cara yang paling mudah dan tanpa keluarkan modal banyak yang anda boleh lakukan sekiranya anda berusaha untuk bertindak.Lagi pun sekarang ini zaman teknologi dan sudah pasti banyak kerja secara sambilan yang anda boleh lakukan secara online tanpa menggangu kerja sedia ada anda.
Jom tonton video yang saya ambil dari youtube.Semoga ianya membantu meringankan sakit pening kepala anda.
Rahsia Kekayaan Dan Menjemput Rezeki
by
Admin Author
·
0
Puteri amani
Labels:
Agama Islam
,
blogger
,
Buat duit
,
Cara
,
cari duit
,
Ilmu
,
INFO
,
Kehidupan
,
Menarik
,
peluang perniagaan
20 Amalan Memudahkan Menjemput Rezeki | Ramai di kalangan kita sentiasa berada di dalam keadaan resah gelisah dan sering mengeluh disebabkan kesempitan hidup dan di landa dengan berbagai jenis masalah dan musibah.Sebenarnya dalam kehidupan yang sementara didunia ini,kita tidak perlu terlalu memikirkan sangat masalah dan kekurangan diri yang ada.Ini kerana kita ini memang dilahirkan sebagai hamba allah yang bersifat lemah dan serba kekurangan.

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Diantaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti hariansebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah
15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, diatidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
sumber
Empat Finalis Miss Malaysia World Beragama Islam Mungkin Dibenarkan Bertanding
Saturday, July 27, 2013
by
Admin Author
·
0
Puteri amani
Labels:
Agama Islam
,
Artis
,
Biar Betul
,
Cara
,
Cerita
,
INFO
,
Kehidupan
,
Menarik
,
santai
Empat finalis beragama Islam Miss Malaysia World 2013.
PETALING JAYA: Empat finalis beragama Islam yang digugurkan daripada menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World mungkin akan dibenarkan bertanding berikutan kajian semula yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali mengesahkan beliau telah mengadakan pertemuan rasmi dengan penganjur pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013, Datuk Anna Lim, pada Khamis bagi membincangkan kemungkinan wanita beragama Islam bertanding dalam pertandingan ratu cantik.
"Saya belum membuat keputusan lagi. Tetapi saya akan mengumumkan keputusan kepada umum minggu depan," kata Che Mat semasa menjawab panggilan telefon ringkas dengan Star Online.
"Keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk dipanggil semula dan mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013," kata Lim yang berkomunikasi dalam satu mesej teks.
Tetapi beliau berkata sebelum apa-apa keputusan dibuat, beliau perlu menunggu pengumuman Che Mat berhubung keputusannya.
"Mesyuarat itu berhasil dan pengumuman mungkin boleh dibuat pada awal minggu depan," katanya.
Lim menjangkakan pengumuman akan dibuat sama ada hari Isnin atau Selasa akan datang.
Pertandingan peringkat akhir Miss World tahun ini akan diadakan di negara jiran, Indonesia.
Lim berkata peserta beragama Islam di Indonesia dibenarkan untuk bertanding dalam pertandingan ratu cantik.
Beliau berkata peserta Islam tidak perlu memakai bikini sebaliknya mereka akan memakai kain.
Sumber : mystar
Awas! Bahaya Dan Risiko Korek Telinga
Saturday, July 20, 2013
by
Admin Author
·
0
Puteri amani
Baik dengan menggunakan putik kapas oleh mereka yang dikatakan tergolong dalam kategori moden, mahupun penggunaan benda-benda tajam atau secara spesifiknya pin rambut oleh mereka yang agak tradisional.
Kedua-duanya digunakan oleh mereka yang mempunyai niat dan tujuan mencuci telinga yang kononnya kotor dan tersumbat dengan tahi telinga.
Ada yang menjadikannya sebagai satu rutin atas dasar telinga perlu dicuci selalu dan ada juga yang telah menjadikannya suatu amalan yang tidak boleh ditinggalkan setiap kali selepas mandi disebabkan oleh kerana terlalu biasa dengan amalan mengorek telinga.
Bagi mereka yang tidak berapa berkemampuan pula, agak jarang mereka dapat merasai nikmat mengorek telinga dengan menggunakan putik kapas. Jauh sekali untuk menjadikannya sebagai rutin harian.
Lantas, golongan ini sering dianggap tidak pandai menjaga kebersihan diri kerana membiarkan tahi telinga terkumpul dalam lubang telinga.
Tanggapan salah
Mungkin suatu pendedahan atau maklumat baru yang agak mengejutkan sekiranya anda diberitahu bahawa penggunaan putik kapas sebenarnya bukan sahaja tidak mampu membersihkan telinga, bahkan ia boleh menyebabkan masalah gangguan pendengaran.
Itulah hakikat sebenarnya jika anda bertanya kepada pakar telinga di mana-mana klinik atau hospital swasta sekalipun. Itu bukanlah suatu yang menghairankan kerana kepercayaan yang kurang tepat ini tidak begitu terdedah kepada masyarakat awam.
Hanya mereka yang mengalami masalah tersumbat tahi telinga sahaja yang mengetahuinya kerana tabiat mengorek telinga secara rutin inilah yang menjadi punca yang membawa mereka ke klinik berjumpa doktor.
Lilin telinga
Sesungguhnya manusia diciptakan dalam sebaik-baik kejadian, lengkap dengan mekanisme yang membolehkan kita menjalani hidup yang selesa, walaupun tanpa pengunaan perkakasan tambahan.
Saluran telinga manusia mempunyai bahagian yang dilapisi kulit yang menghasilkan lilin telinga (ear wax). Saluran telinga mempunyai struktur menyerupai rerambut halus di bahagian menghala ke luar, dan bahagian tanpa rerambut yang letaknya lebih ke dalam yang hampir dengan gegendang telinga.
Lilin telinga, yang ramai antara kita mengenalinya sebagai tahi telinga, terhasil daripada kelenjar yang terletak di bahagian yang lebih ke luar daripada keseluruhan salur telinga. Majoriti dalam kalangan masyarakat menganggap lilin telinga ini kotor dan perlu dicuci, dan fahaman ini sebenarnya adalah salah!
Kesan mengorek telinga
Menjadi sesuatu yang lumrah bahawa apa sahaja yang dijenamakan sebagai ?tahi? itu perlu dicuci. Di sinilah timbulnya kesilapan yang pertama. Lilin telinga terhasil daripada proses fisiologi dalam diri manusia. Amaun yang dihasilkan amatlah sedikit.
Apa yang menjadikannya banyak ialah tindakan kita yang sering mengganggu proses pencucian lilin telinga ini yang sepatutnya berlaku tanpa diganggu. Rerambut halus yang terdapat dalam saluran telinga sebenarnya telah diprogramkan untuk ?menyapu keluar? lilin telinga ini.
Disebabkan itulah bagi mereka yang tidak menggunakan putik kapas, akan terasa seperti debu-debu berhampiran dengan kawasan cuping telinga. Itu sebenarnya ialah lilin telinga yang secara automatik telah disapu keluar oleh petugas-petugas yang sentiasa bekerja di dalam telinga kita.
Apabila tugas mereka diganggu, maka semakin hari semakin banyaklah lilin telinga akan terkumpul dan terperosok ke bahagian yang lebih ke dalam. Sampai ke suatu tahap, kita akan mengalami apa yang dikenali sebagai kurang dengar jenis konduktif (conductive hearing loss).
Tidak kurang juga kes-kes di mana hujung kapas terlucut daripada bahagian plastiknya dan menyebabkan ia tertinggal di dalam lubang telinga. Ia tidak dapat dikeluarkan di rumah oleh pesakit sendiri atau kawan yang ingin membantu. Ini kerana lokasinya yang agak jauh ke dalam, ruangnya yang sempit serta susunan saluran telinga yang tidak lurus sepenuhnya.
Pengeluaran kapas berkenaan biasanya memerlukan pemeriksaan mikroskopik dan putik kapas yang tertinggal diambil keluar dengan menggunakan forseps. Ada juga di kalangan kita yang menggunakan benda-benda yang lebih berbahaya seperti pin rambut, lidi, hujung pensel dan sebagainya untuk mengorek telinga.
Penggunaan alat-alatan ini lebih mengundang padah kerana ia akan lebih mendedahkan pesakit kepada kecederaan yang serius seperti luka pada saluran telinga dan kerosakan pada gegendang telinga selain daripada ia turut mendedahkan kepada risiko jangkitan kuman pada saluran telinga yang dipanggil otitis eksterna.
Kurang dengar
Apabila terlalu banyak lilin telinga yang termampat dan terperosok ke dalam, ia semakin menghampiri gegendang telinga. Gegendang ini berfungsi sebagai penukar daripada tenaga bunyi kepada tenaga getaran atau mekanikal.
Apabila ada sesuatu yang menyentuh apatah lagi menghimpit dan menekan ke atasnya, maka sistem konduksi bunyi akan terganggu dan terjadilah masalah pendengaran. Perlu difahami, kehadiran gumpalan lilin telinga yang termampat akibat sentiasa ditolak masuk oleh putik kapas akan menyebabkan gelombang bunyi yang sepatutnya masuk ke dalam telinga akan terhalang. Lantas, jumlah stimulasi bunyi yang sampai ke gegendang untuk diinterpretasi akan menjadi minimum dan mungkin tidak cukup untuk tahap pendengaran yang jelas.
Rawatan
Pesakit selalunya akan hadir ke klinik dan hospital apabila terjadinya masalah pendengaran yang mengganggu tugas harian mereka. Ada juga di kalangan pesakit yang menghadapi bunyi bising (tinnitus) di dalam telinga. Setelah menjalani pemeriksaan dan lilin telinga termampat disahkan, doktor akan menggunakan beberapa kaedah untuk mengeluarkannya.
Kaedah konvensional yang digunakan ialah dengan memancutkan air suam ke dalam telinga dengan menggunakan picagari (ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang terlatih sahaja). Dengan cara ini, lilin telinga akan menjadi sedikit lembut dan lama-kelamaan ia akan terkeluar dengan arus air tersebut.
Bagi sesetengah kes pula, ketulan-ketulan yang terlalu keras dan mampat akan dilembutkan terlebih dahulu dengan sejenis ubat titis telinga dan kemudiannya barulah lilin termampat tadi mudah dikeluarkan. Sesetengah hospital, terutamanya hospital besar yang mempunyai perkhidmatan pakar telinga, kaedah penyedutan lilin telinga di bawah pemeriksaan mikroskopi boleh dilakukan.
Apabila lilin telinga telah dikeluarkan, biasanya pesakit akan memperoleh tahap pendengaran seperti sedia kala. Bunyi bising dalam telinga atau tinnitus akan hilang dan rasa selesa kembali dinikmati. Nasihat yang diberikan ialah supaya pesakit tidak lagi menggunakan putik kapas pada masa akan datang. Kita perlu ingat bahawa badan kita telah diciptakan dalam keadaan yang cukup baik dan serba lengkap. Sebarang manipulasi hendaklah disertakan dengan ilmu yang mencukupi agar kita tidak ditimpa mudarat.
Benarlah kata orang-orang tua bahawa menjaga kesihatan dengan cara mencegah adalah lebih baik, lebih selesa, lebih mudah dan jauh lebih murah daripada merawat.
Kenapa Orang Islam Sembah Bangunan Kain Hitam Tu?
Thursday, July 18, 2013
by
Admin Author
·
1
Puteri amani
“Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?”
“Oh…. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah”
“Baitullah tu apa?” …
“Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah”
“Allah ada dalam tu?”
“Tak…..”
“Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?”
“Yang saya sembah bukannya bangunan tu..”
“Kamu sembah apa?”
“Saya sembah Allah swt”
“Jadi, kenapa sembah bangunan tu?”
“Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah..”
“Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la..”
“Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?”
“Pernah…… selalu..”
“Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?”
“Tengok perlawanan bola la..”
“Di mana?”
“Dalam tv la..”
“Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak..”
“Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada..”
“Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu..”
“So..?”
“Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?”
“Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu..”
“Peliknya..”
“Sebab apa pulak pelik?”
“Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat..”
“Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya..”
“Hurm.. jadi tak peliklah ni..?”
“Ya.. tak pelik..”
“Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah..”
Anda boleh copy dan share untuk perkongsian
Insyaallah
P/S: (” Kaabah merupakan kiblat bagi manusia di bumi ini. Ia juga melambangkan kesatuan manusia dan perpaduan ummah. Hakikat sebenarnya, orang Islam tidak menyembah kaabah, sedangkan kaabah sendiri adalah makhluk Allah S.W.T Orang Islam adalah menyembah Allah S.W.T yang Maha Esa. Orang Islam diperintahkan untuk menghadapkan dirinya kepada kaabah bagi menunjukkan perpaduan dan kekuatan.
Jom kita bayangkan orang yang solat di atas kapal terbang, adakah dia perlu berbongkok untuk mengadap kaabah yang berada di bawah? Tidak, bahkan dia wajib untuk berdiri tegak dan perlu mengadap kaabah pada permulaan solat sahaja. Jika kapal terbang itu berpusing ke arah bertentangan Kaabah, orang yang bersolat itu tidak perlu lagi berpusing ke arah kaabah. Solatnya sudah sah walaupun tidak mengadap kaabah. Wallahu’Alam.”
Wikipedia Google S.E.O,Tips yang anda Harus menitik beratkan
Tuesday, October 13, 2009
by
Admin Author
·
0
Puteri amani
Kita semua tahu bahawa Google adalah Raja SERPs (Search Engine Results Pages) dan bahawa kita harus berfokus pada optimis enjin carian Google ketika cuba untuk menentukan kedudukan. Heck, dengan 80% perkongsian persaing anda boleh yakin bahawa di mana kita harus fokus.
Ada banyak hal yang perlu anda pertimbangkan ketika kita membuat halaman dan posting anda menulis untuk kepentingan kerana bukan sahaja anda menulis untuk enjin carian anda juga menulis untuk pelanggan. Jadi, mari kita lihat beberapa hal sederhana yang boleh anda lakukan untuk memberikan listing Google anda dorongan dan membantu pelanggan anda boleh menemui anda.
Format teks yg betul
Google cuba untuk meniru pembaca manusia dengan bots. Mereka ingin menentukan apakah halaman anda menawarkan nilai dan dengan demikian mereka mempunyai 187 metrik yang berbeza mereka mengukur.
Dengan demikian semakin ramah manusia anda adalah lebih baik. Misalnya, orang tidak membaca teks aliran lama dan bagaimana rencana diformatkan juga penting.
Manusia pembaca seperti klip daripada info and proper heading (H1 dan H2 tag) membantu memandu mata dan enjin carian untuk perkaitan teks yang anda posting.
Banyak penulis lupa SEO dan denda menyeimbangkan tindakan yang boleh membuat perbezaan antara banyak lalu lintas dan laman stagnan.
Ingat, semakin banyak orang untuk pergi ke laman anda, semakin banyak orang yang akan membeli produk anda. Semakin banyak orang untuk pergi ke laman anda, semakin banyak wang yang akan anda dapatkan daripada pengiklan anda. Kuncinya adalah membuat orang ke laman anda, dan jika anda mempunyai pemandu pemandu wisata seperti Google di belakang anda, anda berada di kerusi driver membuat orang ke laman anda.
Panjang kandungan adalah penting juga. Teks anda harus berada di antara 400-600 patah perkataan atau lebih dan kandungan harus memikat dan menarik.
Kajian Smart Keyword
Senarai halaman google berdasarkan kata kunci dan frasa yang umum digunakan. Dengan demikian anda harus melakukan seperti kata kunci sebelum menulis. Anda bahkan boleh menggunakan kata kunci Google sendiri alat untuk melihat apa yang persaingan yang anda miliki dan memastikan bahawa apa yang setiap frasa yang anda targetkan akan benar-benar mencari.
Salah satu poin yang sangat penting agar tidak mengulangi kata kunci dalam beberapa kata teks yang berulang-ulang.
Sekali lagi, itu semua tentang keseimbangan dan beberapa ahli SEO lupa bahawa orang-orang yang membaca ini juga, bukan hanya sebuah mesin pencari bot. Setelah Google mendapatkan pengunjung anda untuk mengklik pada hasil carian, mereka harus seperti membaca apa yang telah anda buat dan itu harus masuk akal.
Meletakkan kata kunci dalam judul halaman, judul dan teks adalah penting dan setiap istilah berkaitan juga tapi pastikan anda fokuskan untuk kata kunci yang diinginkan.
Kemampatan link
Untuk menguatkan pengoptimuman enjin carian Google, anda juga perlu untuk cawangan keluar. Semakin banyak kata kunci yang berkaitan perniagaan, semakin mereka akan muncul.
Link bangunan merupakan elemen penting dari SEO untuk Google dan juga Bing dan Yahoo. Link yang lebih relevan muncul untuk perniagaan anda semakin baik kesempatan anda untuk menemukan ini. Jika kata kunci utama anda ditemui dalam link tersebut maka semakin besar kemungkinan anda boleh ditemui oleh pelanggan anda.
Ada banyak cara anda boleh membina link dan kami meliputi beberapa teknik . Namun, jika anda membuat beberapa Web 2.0 dan mulai menyambung mereka semuanya (Linkwheeling) maka anda dapat secara mudah membantu perniagaan anda mendapatkan pendedahan yang berharga yang diperlukan.
Namun, semakin banyak anda meletakkan link, dan semakin banyak kali mereka mencari , semakin banyak kesempatan mereka menjumpai dari hasil google.kata Kunci untuk pengoptimuman enjin carian Google adalah membolehkan mereka menjumpai apa yang ada di web yang sesuai dengan permintaan pelanggan, satu-satunya cara yang terbaik untuk menemui syarikat anda dan produk anda.
Ada banyak hal yang perlu anda pertimbangkan ketika kita membuat halaman dan posting anda menulis untuk kepentingan kerana bukan sahaja anda menulis untuk enjin carian anda juga menulis untuk pelanggan. Jadi, mari kita lihat beberapa hal sederhana yang boleh anda lakukan untuk memberikan listing Google anda dorongan dan membantu pelanggan anda boleh menemui anda.
Format teks yg betul
Google cuba untuk meniru pembaca manusia dengan bots. Mereka ingin menentukan apakah halaman anda menawarkan nilai dan dengan demikian mereka mempunyai 187 metrik yang berbeza mereka mengukur.
Dengan demikian semakin ramah manusia anda adalah lebih baik. Misalnya, orang tidak membaca teks aliran lama dan bagaimana rencana diformatkan juga penting.
Manusia pembaca seperti klip daripada info and proper heading (H1 dan H2 tag) membantu memandu mata dan enjin carian untuk perkaitan teks yang anda posting.
Banyak penulis lupa SEO dan denda menyeimbangkan tindakan yang boleh membuat perbezaan antara banyak lalu lintas dan laman stagnan.
Ingat, semakin banyak orang untuk pergi ke laman anda, semakin banyak orang yang akan membeli produk anda. Semakin banyak orang untuk pergi ke laman anda, semakin banyak wang yang akan anda dapatkan daripada pengiklan anda. Kuncinya adalah membuat orang ke laman anda, dan jika anda mempunyai pemandu pemandu wisata seperti Google di belakang anda, anda berada di kerusi driver membuat orang ke laman anda.
Panjang kandungan adalah penting juga. Teks anda harus berada di antara 400-600 patah perkataan atau lebih dan kandungan harus memikat dan menarik.
Kajian Smart Keyword
Senarai halaman google berdasarkan kata kunci dan frasa yang umum digunakan. Dengan demikian anda harus melakukan seperti kata kunci sebelum menulis. Anda bahkan boleh menggunakan kata kunci Google sendiri alat untuk melihat apa yang persaingan yang anda miliki dan memastikan bahawa apa yang setiap frasa yang anda targetkan akan benar-benar mencari.
Salah satu poin yang sangat penting agar tidak mengulangi kata kunci dalam beberapa kata teks yang berulang-ulang.
Sekali lagi, itu semua tentang keseimbangan dan beberapa ahli SEO lupa bahawa orang-orang yang membaca ini juga, bukan hanya sebuah mesin pencari bot. Setelah Google mendapatkan pengunjung anda untuk mengklik pada hasil carian, mereka harus seperti membaca apa yang telah anda buat dan itu harus masuk akal.
Meletakkan kata kunci dalam judul halaman, judul dan teks adalah penting dan setiap istilah berkaitan juga tapi pastikan anda fokuskan untuk kata kunci yang diinginkan.
Kemampatan link
Untuk menguatkan pengoptimuman enjin carian Google, anda juga perlu untuk cawangan keluar. Semakin banyak kata kunci yang berkaitan perniagaan, semakin mereka akan muncul.
Link bangunan merupakan elemen penting dari SEO untuk Google dan juga Bing dan Yahoo. Link yang lebih relevan muncul untuk perniagaan anda semakin baik kesempatan anda untuk menemukan ini. Jika kata kunci utama anda ditemui dalam link tersebut maka semakin besar kemungkinan anda boleh ditemui oleh pelanggan anda.
Ada banyak cara anda boleh membina link dan kami meliputi beberapa teknik . Namun, jika anda membuat beberapa Web 2.0 dan mulai menyambung mereka semuanya (Linkwheeling) maka anda dapat secara mudah membantu perniagaan anda mendapatkan pendedahan yang berharga yang diperlukan.
Namun, semakin banyak anda meletakkan link, dan semakin banyak kali mereka mencari , semakin banyak kesempatan mereka menjumpai dari hasil google.kata Kunci untuk pengoptimuman enjin carian Google adalah membolehkan mereka menjumpai apa yang ada di web yang sesuai dengan permintaan pelanggan, satu-satunya cara yang terbaik untuk menemui syarikat anda dan produk anda.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini.
Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan.
Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
SponSor By Nuffnang
Kategori
- Agama Islam ( 89 )
- Artis ( 42 )
- Aura Diri ( 15 )
- Biar Betul ( 392 )
- Cerita ( 275 )
- Cerita Pelik ( 138 )
- Cerita Seram ( 61 )
- INFO ( 405 )
- Ilmu ( 44 )
- Kandungan ( 44 )
- Kehidupan ( 348 )
- Kiamat 2012 ( 5 )
- Lawak ( 17 )
- Luar Biasa ( 131 )
- MONSUN ( 1 )
- Menarik ( 229 )
- Minda Positif ( 5 )
- Perniagaan internet ( 2 )
- Rukun Iman ( 1 )
- Rukun Islam ( 2 )
- S.E.O ( 2 )
- Sembang ( 18 )
- Solat ( 3 )
- Tips ( 7 )
- blogger ( 109 )
- cari duit ( 14 )
- hakikat ( 117 )
- internet ( 44 )
- panduan ( 57 )
- pelik ( 49 )
- peluang perniagaan ( 12 )
- promosi ( 3 )
- rohani ( 5 )
- santai ( 37 )
Artikel Ini Dibaca Lebih 30 Ribu Pelawat
-
Kantoi CCTV! Bos Dan Seketari yang Bertudung | Bos dan sekretari wanita bertudung kantoi beraksi dalam lif.Nafsu yang tak dapat di tahan da...
-
SINGAPURA: Seorang pelajar berusia 15 tahun dihadapkan ke mahkamah kerana merakam dirinya sendiri mengadakan hubungan seks dengan rakan sek...
-
Bangkok , Berpesta tentunya bertujuan sebagai hal yang dapat menghibur diri. Namun kali ini Thailand mempersembahkan destinasi pela...
-
Sungguh kejam perbuatan yang dilakukan dan sudah semestinya orang yang lakukan ini lebih kejam dari binatang.Binatang pun sayangkan anaknya...
-
Hollywood kembali berduka. Aktor Paul Walker yang terkenal lewat perannya di film "Fast & Furious" meninggal dunia akibat kec...
Blogroll
Post Terkini
Followers
SponSor By Nuffnang
My Blog List
-
-
-
-
Anak Kecil Sukar Tidur?7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jom jalan13 years ago