Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Warna Bangkitkan Aura Diri

Thursday, November 24, 2011 · 0 Puteri amani


Setiap warna mempunyai aura tersendiri yang mampu menyerlahkan Aura si pemakai.Selama ini,ramai yang memilih warna mengikut personaliti diri atau kesesuaian kulit.Sebenarnya,Pakar motivasi mengatakan pemilihan yang tepat adalah berdasarkan hari.Saya ingin kongsikan tip motivasi kepada anda yang ingin mencuba merasa sendiri kelainan dengan Aura Warna.Nanti anda boleh komen apakah yang anda rasa selepas mencubanya.
Isnin : Warna Putih
Lambang Kesucian
Warna ini melambangkan kesucian rohani.Pemakaian warna putih akan membuatkan anda merasa polos dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan tenang.
Selasa : Warna Merah Jambu / Ungu
Lambang Kasih Sayang
Dua warna iini mewakili kasih sayang dan tumpuan.Aura positif daripada warna ini akan membuatkan anda terasa gembira dan selesa.Lantaran itu sangat mudah bagi anda agar fokus terhadap apa jua yang perlu dilakukan.Warna ini akan membuatkan anda sentiasa segar,ceria dan kelihatan muda daripada usia sebenar.
Rabu : Warna Biru
Lambang Komunikasi .
Warna biru sangat membantu anda agar mudah untuk berkomunikasi dan mampu mendorong anda kekalkan fikiran rasional dan membuat keputusan dengan tepat.Ramai pakar motivasi mencadangkan mesyuarat diadakan pada hari Rabu kerana mereka sangat percaya kelebihan aura warna Biru akan menghasilkan idea yang lebih bagus dan keputusan yang tepat dapat dibuat.
Khamis : Warna Kuning / Oren
Lambang Aktif
Warna ini memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang lebih kreatif dan kritis.Dua warna ini memberikan keceriaan yang membuatkan anda sentiasa aktif dalam melaksanakan apa jua kerja atau program dengan pantas.Kekuatan yang terdapat pada warna kuning dan oren akan mendorong anda kekal bertenaga dengan pemikiran cergas sepanjang hari.
Jumaat : Warna Hijau
Lambang Ketenangan
Anda memerlukan ketenangan diri dan keseimbangan emosi,rohani dan jasmani.Hijau lambang Iman dan keseimbangan dalam kehidupan,ia mampu memberi pengisian dalaman untuk diri anda.
Sabtu : Warna Merah
Lambang Berani
Warna ini membangkitkan aura keberanian,kemewahan dan tuah kepada si pemakai.Aura merah akan mendorong anda agar berani mencuba sesuatu yang baru.Dalam erti kata lain,membuat perubahan lain pada kehidupan,sikap,penampilan,fikiran,pekerjaan mahupun keinginan.
Ahad : Warna Hitam
Lambang Istirahat
Anda sangat perlu untuk merehatkan otak,minda,emosi dan fikiran.Warna hitam akan membuatkan anda berada dalam zon selesa dan privasi.Suasana ini sangat sesuai untuk anda istirahat agar kembali bertenaga merencanakan hari depan dan akan datang.
Layari www.terapienergi.com
P/S :Jika anda masih belum faham dan mahir pasal aura diri,anda boleh mengambil ijazah tenaga dalam peringkat dasar.Mahar Kursus hanya RM165.

Energi Minda Positif

· 0 Puteri amani



Minda positif pasti berjaya. Tidak di nafikan kejayaan sentiasa bersahabat dengan mereka yang memiliki minda positif. Minda positif seakan-akan mempunyai kuasa tersirat untuk menarik semua kebaikan ke arah manusia yang memilikinya.
Misteri minda positif masih menjadi satu persoalan walaupun konsepnya sudah di sediakan oleh Allah S.W.T, Tuhan kepada semua manusia. Tidak ada pujukan rayu syaitan akan tembus ke dalam minda anda ketika anda berada dalam situasi minda positif.
Adakah minda positif mempunyai kuasa sebegini kuat ? Ya, ia sangat kuat dan syaitan memang sangat bencikan pada mereka yang mempunyai kuasa minda positif kerana hati yang bersih sentiasa menjadi neraka segera kepada syaitan.
Walaupun ia nampak mudah untuk kita amalkan minda positif, percayalah ia sangat sukar jika kita tidak faham konsep minda positif. Ia terbukti apabila anda lihat ada di kalangan mereka yang menghafaz al-Quran tetapi masih melakukan perkara terkutuk seperti berzina.
Kenapa mereka masih melakukan perkara durjana tersebut sedangkan mereka telah terdedah dengan risiko perbuatan mereka ? kenapa ? Saya pasti anda pun pelik dengan perangai mereka sedangkan setiap hari anda berharap supaya anda dapat menjadi seperti mereka iaitu mempunyai peluang untuk menghafaz Al-Quran.
Semua ini terjadi adalah di sebabkan mereka tidak mengamalkan konsep minda positif. Malah, tidak salah untuk saya nyatakan bahawa hampir semua manusia yang hidup pada zaman ini, tidak mempunyai dan tidak memahami minda positif.
Anda bertuah kerana saya bakal dedahkan kepada anda konsep minda positif yang selama ini di abaikan oleh seluruh umat Malaysia. Inilah kejayaan sebenar. Dengan minda positif, anda pasti berjaya.
Sekiranya anda ingin menjadikan MINDA ANDA MESIN CIPTA WANG..Anda boleh Pelajari TENDAI ( Tenaga Dalam Ilahi ) peringkat Dasar @ Master

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit