Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

CyberSecurity Malaysia awasi laman web perbankan internet palsu

Saturday, December 26, 2009 · 0 Puteri amani

Perbuatan mencuri maklumat menerusi internet semakin meningkat, demikian menurut nasihat oleh Pusat Bantuan Cyber999 CyberSecurity Malaysia.

Pusat Bantuan Cyber999 menerima banyak laporan daripada pengguna internet mengenai laman-laman web yang hosnya dari luar negara. Ia seperti beberapa laman web e-perbankan bank-bank terkemuka di negara ini.

Laman-laman web penipuan ini atau laman-laman web palsu digunakan untuk “serangan mencuri” yang memanipulasi kelemahan keselamatan manusia. Ia dilakukan dengan menceroboh entiti sebenar, sebagai contoh, meniru laman web perbankan biasa.

“Serangan mencuri” ini juga menggunakan taktik kejuruteraan sosial seperti menghantar e-mel spam, katanya menerusi satu kenyataan di sini kelmarin.

Kandungan e-mel terbabit menggunakan perkataan-perkataan yang menyakinkan untuk menipu orang ramai sepaya membuka hubungan yang akan membuka laman-laman web perbankan palsu.

Memandangkan laman-laman web itu sama seperti laman web sebenar, pelanggan terpedaya dengan memasukkan maklumat sulit, seperti nama pengguna dan kata laluan e-perbankan ke dalam laman web e-perbankan palsu itu.

Menerusi cara itu “serangan mencuri” mudah mencuri nama pengguna dan kata laluan pelanggan bank yang tidak mengesyakinya.

Bank-bank tidak pernah meminta pengguna membuat kemas kini, menukar semula kata laluan, membuka akaun atau apa sahaja berkaitan perbankan menerusi e-mel dan URL.

“Jika anda menerima e-mel sama seperti daripada bank atau institusi perbankan, nasihat kami ialah abaikannya.”

“Jika anda curiga, sila hubungi bank anda untuk tujuan pengesahan atau hubungi Pusat Bantuan Cyber999,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt Kol (B) Husin Bin Jazri.

CyberSecurity Malaysia ialah pusat pakar keselamatan siber nasional di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. -NST



Raja Petra akan diekstradisi?

Tuesday, December 22, 2009 · 5 Puteri amani


Polis Diraja Malaysia akan memohon perintah ekstradisi terhadap pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Raja Kamarudin yang dilaporkan kini tinggal di sebuah pangsapuri mewah di London.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, pihaknya tidak akan lepas pandang mengenai laporan tersebut dan kini sedang menyiasat sama ada benar Raja Petra sedang bersembunyi di negara itu.

Raja Petra tidak hadir di mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lepas menyebabkan dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

Bagaimanapun ekoran kegagalan pihak pendakwa mengesan Raja Petra, Mahkamah Sesyen pada 11 dan 13 November telah membebaskan tanpa melepaskannya yang sebelum itu sepatutnya menghadiri perbicaraan kerana menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Polis Malaysia akan turut meminta bantuan polis antarabangsa dan kerajaan Britain bagi memastikan dakwaan itu benar.

“Kita sedang siasat laporan Mingguan Malaysia dan meminta bantuan Interpol serta kerajaan British.

“Jika benar dia (Raja Petra) berada di sana, kita akan minta bantuan kerajaan British mendapatkan perintah ekstradisi kerana dia perlu menghadiri perbicaraan di mahkamah,’’ kata beliau kepada Utusan Malaysia.

Semalam, Mingguan Malaysia melaporkan pengendali laman web itu dipercayai bersembunyi di Apartment Trinity Court di Gloucester Bayswater, London.

Raja Petra dipercayai menyewa salah sebuah unit di pangsapuri mewah enam tingkat itu sejak menjadi buruan polis, kira-kira lapan bulan lalu.

Pangsapuri terbabit dikategorikan sebagai kediaman mewah. Setiap unitnya mempunyai dua bilik tidur, dua bilik air, dapur dan ruang tamu. -MI



Blog tidak akan mati-Abu Hassan

· 0 Puteri amani


Pengaruh blog terhadap masyarakat di dunia ini tidak akan mati namun mungkin mengalami sedikit penurunan pada masa akan datang.

Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah mendedahkan, penurunan tersebut berlaku kerana masyarakat mula minat terhadap penggunaan video klip secara online yang bakal mendapat tempat sedikit masa lagi.

Namun tegasnya blog tetap menjadi instrumen terpenting bukan sahaja sebagai penyebar maklumat biasa malah mampu membentuk kepercayaan politik kepada masyarakat untuk memelilih kerajaan yang dikehendaki.

Berucap sewaktu membentangkan kertas kerja di Konvensyen Blogger PAS hari ini, Abu Hassan memberitahu antara faktor besar kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalau adalah disebabkan kesan maklumat yang disebar melalui media baru di internet khususnya blog.

Abu Hassan yang juga Pengasas Zentrum Future Study Malaysia memberitahu, kajian yang dibuat mendapati blog menjadi pilihan dan rujukan paling utama generasi muda dalam lingkungan usia 21 hingga 41 tahun berbanding media konvensional yang lain.

Dalam kajian dari Februari hingga Mac 2008 itu mendapati blog berada ditangga teratas dengan 39.2 peratus berbanding akhbar 14.8 peratus, televisyen 23.5 peratus dan media baru lain 26.2 peratus.

Lebih menarik lagi, diantara kesemua parti politik yang ada ditanah air, PAS adalah antara parti politik yang paling banyak dibicarakan melaui blog.

Malaysia menggunakan kemudahan internet hampir 92 peratus dalam pelbagai aspek kehidupan berbanding United Kingdom 66 peratus dan Amerika Syarikat 60 peratus.

Ketika ditanya kenapa berlaku perbezaan ketara penggunaan internet Malaysia dengan UK dan USA, Abu Hassan memberitahu ianya bergantung kepada amalan demokrasi negara masing-masing.

Jika sesebuah negara itu mendokong kebebasan bersuara, maka penggunaan internet mungkin tidak begitu tinggi berbanding negara yang mengokong kebebasan bersuara.

Ini kerana, rakyat yang terkongkong akan mencari dan menggunakan alternatif lain untuk menyalur dan mendapat maklumat khususnya saluran internet.

“Kerana lebuh raya yang ada di Malaysia ini satu arah sahaja, dan banyak tol, maka orang akan mencari jalan yang lain, yang ada ini primitif, konservetif dan kuno,” kiasnya ketika menjawab soalan mengapa penggunaan internet di Malaysia tinggi.

Tegasnya lagi, mereka yang pandai memanfaatkan media baru ini akan pasti dapat membina pengaruh besar dan PAS katanya harus bijak memanfaatkan kemudahan ini untuk survival parti itu.

“Di dalam zaman internet ini, krisis adalah perniagaan,” katanya.

Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Menguruskan Potensi Media Baru dalam Merekayasa Pengaruh Politik: Pemikiran Informasi Sebagai Strategi Menurut Perspektif Future Studies’.

Lebih 300 peserta menyertai konvensyen blogger anjuran Lajnah Penerangan PAS di dewan Datuk Fadhil Nor, Taman Melewar hari ini. -Harakahdaily



Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit