Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Lelaki ‘CUAK’ Gadis Minta 5 Ribu Atau Ugut Sebarkan Gambar Bogelnya

Saturday, October 19, 2013 · 0 Puteri amani


RAUB – Seorang lelaki hidup dalam kebimbangan apabila gadis dikenalinya melalui laman sosial mengugut akan menyebarkan gambar bogelnya, jika dia tidak membayar RM5,000 bagi menutup aibnya.

Kejadian itu berlaku 7 Oktober lalu, apabila mangsa berusia 20 tahun berkenalan dengan gadis berkenaan menerusi laman sosial, sebelum suspek memintanya memuat turun aplikasi baru bagi membolehkan mereka berbual melalui panggilan video.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Samsudin Wan Osman, berkata siasatan mendapati mangsa dipujuk gadis itu untuk berbogel melalui aplikasi panggilan video dan mangsa yang tidak memikirkan risiko, mengikut arahan gadis itu.

“Selepas setengah jam mangsa berborak dengan gadis itu, mangsa diarahkan membuka alamat laman sosial lain dan mendapati gambarnya dalam keadaan bogel dipaparkan pada laman itu.

“Suspek kemudian menghubungi mangsa dan mengugut akan menyebarkan gambar itu jika tidak membuat pembayaran melalui penghantaran ekspres atas nama seorang gadis dipercayai warga Filipina dalam tempoh ditetapkan,” katanya.

Wan Samsudin berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Raub, malam kelmarin. – BERITA HARIAN




Abang ‘JONGANG’ Tipu Awek Dalam FB, Dah Rogol Dan Samun 10 Wanita Di KL

· 0 Puteri amani

Gambar hiasan


Kuala Lumpur – Seorang mangsa setiap bulan. Itu purata gadis negara ini yang menjadi mangsa kelicikan seorang kasanova berasal dari Singapura yang setakat ini merogol dan memperdaya 10 mangsa sejak Januari lalu.

Suspek baru berusia 25 tahun dan semua mangsa dipancing melalui Internet dengan memaparkan gambar lelaki berwajah tampan di laman Facebook (FB) sedangkan wajah dia sebenarnya tidak kacak, malah bergigi jongang.

Sumber polis berkata, lelaki berbangsa Cina itu juga bijak mengumpan mangsanya dengan menjanjikan peluang perniagaan serta kemewahan.

Menurutnya, semua mangsa lelaki kaki belit itu berusia 18 dan 19 tahun yang turut membabitkan gadis Melayu, Cina serta India.

“Mangsa terbarunya ialah seorang remaja perempuan berusia 19 tahun berasal dari Johor yang membuat laporan polis 13 Oktober lalu mendakwa dia bukan saja dirogol, malah turut disamun hingga kerugian lebih RM2,000,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurut sumber itu, di dalam aduannya mangsa memaklumkan dia mengenali suspek menerusi laman FB pada Ogos lalu dan lelaki itu mengumpannya dengan pelbagai kemewahan termasuk mengajaknya menjadi rakan kongsi untuk membuka perniagaan kafe siber.

“Selepas dipujuk hampir dua bulan melalui FB, mangsa yang berasal dari Johor kemudiannya datang ke ibu kota pada 4 Oktober lalu untuk bertemu suspek.

“Mangsa tiba di Pudu Sentral kira-kira jam 8.30 malam dan disambut suspek, namun mangsa terkejut apabila mendapati wajah suspek bukanlah tampan sebagaimana dipaparkan di dalam FB, sebaliknya hodoh dan bergigi jongang,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa yang tidak mempunyai pilihan kerana tiada kenalan lain di ibu kota memberitahu dia terpaksa mengikuti suspek sebelum dibawa penjenayah itu ke sebuah hotel di ibu kota.

“Mangsa dikurung dalam hotel itu selama enam hari dan dirogol berulang kali. Pada 10 Oktober barulah mangsa berjaya keluar dari hotel itu selepas suspek menghilangkan diri ketika mangsa menunggunya di lobi hotel berkenaan untuk dihantar ke stesen bas.

“Suspek turut melarikan wang tunai dan telefon bimbit milik mangsa bernilai RM2,200,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian pulang ke kampung di Johor dan menceritakan kejadian kepada keluarga sebelum dinasihatkan membuat laporan polis.


“Kes berkenaan dirujuk ke Balai Polis Tun HS Lee dan sedang disiasat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur,” katanya.

Harian Metro difahamkan, setakat ini pihak berkuasa belum berjaya menahan lelaki terbabit, namun usaha mengesannya sedang giat dijalankan. – HMetro.




Rahsia Di Tapak Tangan Anda

· 0 Puteri amani

Sejauh mana kebenaran rahsia di tapak tangan ni, hanya Allah yang tahu :)


Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas… Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu.Bagi yang minat bab tilik menilik..so boleh la menilik skrg..hehehe..

1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin ia panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.


2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika ia jelas, terang dan lurus, ia memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah.


3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ‘ curang’ dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!


4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah ia terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.


5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, ia menunjukkan kamu akan menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.


6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.


7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua dan seterusnya…


8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus dan pendek yang kamu miliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.


9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.


10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Tentu sekali ia mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.


11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yan gkamu ada dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat…. Ajal dan maut di tangan Tuhan kan ?


Bila jari kamu dirapatkan….
Apa yang kamu lihat bila merapatkan kesemua jari kamu itu di antara satu sama lain? Adakah semuanya rapat-rapat? Kemudian Cuba kau perhatikan di antara jari kelengkeng dan jari manis kamu sewaktu kamu rapatkan keduanya. Cuba dekatkan jari kamu itu dengan Mata kamu dan tengok sama kamu boleh lihat ada sebarang ‘gap’ di antaranya… Sekiranya kamu dapat melihat cahaya di antara keduanya… Bermaksud ia tidak rapat dan renggang… Maknanya kamu ini seorang yang cukup pemurah.

Malah kadangkala kamu juga terlalu boros dalam berbelanja. Walau bagaimanapun kamu ini bukan seorang yang kedekut! Sebaliknya sekiranya tiada ruangan di antara kedua jari itu bile dirapatkan, ini bermakna kamu ini kedekut orangnya dan pentingkan diri sendiri! Betul ke? hehehee…kalau terkene jangan la mareee..

Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan kita…. walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya.. cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas… setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu.

Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. and of course la bentuknya juga berbeza-beza.. ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya.



Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit