Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Tidak menyalahi syari’at dan sebaik-sebaiknya untuk dakwah

Monday, January 18, 2010 ·


“Era 90an boleh dikatakan waktu awal kemunculan blog di laman maya. Mengikut sumber yang diperolehi blog yang paling awal wujud adalah halaman What’s New melalui browser Mosaic yang dihasilkan oleh Marc Anderson pada tahun 1993. Mosaic adalah browser pertama sebelum adanya Internet Explorer seperti mana yang terdapat di komputer para pembaca sekalian.


Bilangan mereka yang menggunakan blog bertambah pesat dari semasa ke semasa. Walaupun begitu,isi blog-blog yang dihasilkan tidak serupa. Ada yang menggunakan blog sebagai coretan pengalaman hidup,a da juga sebagai tempat meluahkan pendapat, ada pula yang menjadikan ianya sebagai tempat menyebarkan berita yang tidak diyakini kesahihannya atau berunsur fitnah.


Walau apa sekalipun tujuannya blog dihasilkan yang paling penting ialah ianya tidak menyalahi syari’at dan sebaik-sebaiknya blog yang dihasilkan berunsurkan dakwah,menyeru manusia pada kebaikan dan mendekatkan diri pada Yang Maha Pencipta. Seperti mana disebutkan di Surah Al-’Asr ayat 2 dan 3. “Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”.


Dewasa ini,kita lihat banyak blog-blog yang dihasilkan berbentuk ulasan isu semasa yang tidak kita yakini kesahihannya. Tambahan pula perkhabaran berita daripada media-media negara kita sekarang ada yang tidak mengikut fakta sebenar. Sesetengahnya menyeleweng untuk disesuaikan mengikut kehendak pihak-pihak yang tertentu. Sedarkah kita bahawa sesuatu berita yang tidak benar jika disebarkan di blog akan membawa kepada tersebarnya khabar angin secara meluas sekaligus mendatangkan dosa yang berlipat ganda kepada si pemilik blog.


Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Hujurat,ayat 6,”Wahai orang yang beriman,jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini,dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan”.


Lebih-lebih lagi jika berita yang dipaparkan berbentuk fitnah. Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru,dosa itu tidak akan diampunkan Allah,melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Fitnah yang membabitkan seorang sahaja pun sudah menjadi satu beban pada si pemfitnah untuk mendapatkan kemaafan,apatah lagi jika ianya membabitkan kelompok manusia yang ramai.Sabda Rasulullah S.A.W. yang mana bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti. Bak kata pepatah,siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya. Sama-sama kita muhasabah diri dan berubah. Mudah-mudahan kita semua mendapat keampunan dan rahmatNya.


p.s : Terbaru rahsia kejayaan sebenar



5 Puteri amani :

Sharinginfoz said...
January 18, 2010 at 2:44 PM  

yang penting niat dan cara yang betul....

Jom Buku Smart Reader

Fly to ASEAN.. Free????

911 said...
January 18, 2010 at 2:46 PM  

Setuju sangat2 dgn Sharinginfoz.

Admin Author said...
January 18, 2010 at 4:55 PM  

niat mmg senang tp jika hanya niat sahaja tp tidak disertakan dengan tindakan pun masalah juga.

semua orang niat ingin menjadi baik tp tak semua dapat lakukan menjadi baik..hanya niat dan kata kata sahaja...

lieya orange M.I. said...
January 19, 2010 at 2:48 PM  

...blog mengubah hidup seseorang...=)

Admin Author said...
January 19, 2010 at 4:05 PM  

ye ke..bukan orang tu sendiri yg mengubah hidup dia..nggeee

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit