Setiap warna mempunyai aura tersendiri yang mampu menyerlahkan Aura si pemakai.Selama ini,ramai yang memilih warna mengikut personaliti diri atau kesesuaian kulit.Sebenarnya,Pakar motivasi mengatakan pemilihan yang tepat adalah berdasarkan hari.Saya ingin kongsikan tip motivasi kepada anda yang ingin mencuba merasa sendiri kelainan dengan Aura Warna.Nanti anda boleh komen apakah yang anda rasa selepas mencubanya.
Isnin : Warna Putih
Lambang Kesucian
Warna ini melambangkan kesucian rohani.Pemakaian warna putih akan membuatkan anda merasa polos dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan tenang.

Selasa : Warna Merah Jambu / Ungu
Lambang Kasih Sayang
Dua warna iini mewakili kasih sayang dan tumpuan.Aura positif daripada warna ini akan membuatkan anda terasa gembira dan selesa.Lantaran itu sangat mudah bagi anda agar fokus terhadap apa jua yang perlu dilakukan.Warna ini akan membuatkan anda sentiasa segar,ceria dan kelihatan muda daripada usia sebenar.

Rabu : Warna Biru
Lambang Komunikasi .
Warna biru sangat membantu anda agar mudah untuk berkomunikasi dan mampu mendorong anda kekalkan fikiran rasional dan membuat keputusan dengan tepat.Ramai pakar motivasi mencadangkan mesyuarat diadakan pada hari Rabu kerana mereka sangat percaya kelebihan aura warna Biru akan menghasilkan idea yang lebih bagus dan keputusan yang tepat dapat dibuat.

Khamis : Warna Kuning / Oren
Lambang Aktif
Warna ini memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang lebih kreatif dan kritis.Dua warna ini memberikan keceriaan yang membuatkan anda sentiasa aktif dalam melaksanakan apa jua kerja atau program dengan pantas.Kekuatan yang terdapat pada warna kuning dan oren akan mendorong anda kekal bertenaga dengan pemikiran cergas sepanjang hari.

Jumaat : Warna Hijau
Lambang Ketenangan
Anda memerlukan ketenangan diri dan keseimbangan emosi,rohani dan jasmani.Hijau lambang Iman dan keseimbangan dalam kehidupan,ia mampu memberi pengisian dalaman untuk diri anda.

Sabtu : Warna Merah
Lambang Berani
Warna ini membangkitkan aura keberanian,kemewahan dan tuah kepada si pemakai.Aura merah akan mendorong anda agar berani mencuba sesuatu yang baru.Dalam erti kata lain,membuat perubahan lain pada kehidupan,sikap,penampilan,fikiran,pekerjaan mahupun keinginan.

Ahad : Warna Hitam
Lambang Istirahat
Anda sangat perlu untuk merehatkan otak,minda,emosi dan fikiran.Warna hitam akan membuatkan anda berada dalam zon selesa dan privasi.Suasana ini sangat sesuai untuk anda istirahat agar kembali bertenaga merencanakan hari depan dan akan datang.

Layari www.terapienergi.com
P/S :Jika anda masih belum faham dan mahir pasal aura diri,anda boleh mengambil ijazah tenaga dalam peringkat dasar.Mahar Kursus hanya RM165.
0 Puteri amani :
Post a Comment