Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

POLIS P.PINANG TUMPAS SINDIKET PINTASAN CEK KAUT UNTUNG RM1 JUTA

Wednesday, June 26, 2013 ·


Polis Pulau Pinang menumpaskan satu sindiket pintasan cek, yang mengaut untung lebih RM1 juta, dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata polis menahan dua lelaki berumur lingkungan 30 hingga 35 tahun dipercayai dalang sindiket berkenaan yang aktif, dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil pada 11.30 malam.Beliau berkata kegiatan yang dilakukan secara terancang itu menggunakan modus operandi mencuri cek di peti surat tidak berkunci di premis pejabat selain
mengambil surat yang mempunyai kad juruwang automatik (ATM) dan kad kredit. Cek yang dicuri akan dipinda dengan cara mengikis menggunakan mata pisau dan pita pelekat bagi menanggalkan nombor di permukaan cek.

"Suspek akan menulis akaun bank yang baharu dan cek-cek itu akan dimasukkan kepada rakan suspek yang dikenali bertujuan untuk menumpang akaun bagi menunaikan cek.
"Malah pemilik akaun akan diberikan komisen 30 peratus di atas setiap cek yang dimasukkan itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
-- LAGI POLIS- CEK 2 (AKHIR) GEORGE TOWN
Abdul Rahim berkata polis juga sedang memburu dua lagi individu berusia 30-an yang terlibat dengan kegiatan berkenaan, dan sindiket itu dipercayai beroperasi sejak dua tahun lepas di beberapa negeri antaranya Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Melaka.
Beliau berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan berkenaan seperti 329 cek pelbagai bank bernilai RM534,409 dan 11 kad kredit pelbagai bank yang menggunakan nama orang lain.
"Kita juga turut merampas pelbagai peralatan termasuk satu unit komputer riba, sembilan keping kad ATM, sebuah kereta jenis Honda Accord, wang tunai berjumlah RM400 selain pencetak bersama kabel serta alat tulis yang dipercayai digunakan untuk kegiatan berkenaan," katanya.Abdul Rahim berkata dua lelaki, yang masing-masing berasal dari Melaka dan Selangor, ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Siasatan turut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan 10 kes dan memang dikehendaki polis," katanya.
Beliau berkata polis menasihatkan mana-mana syarikat yang mendapati cek mereka tidak dilunaskan untuk pembayaran, agar datang ke balai polis membualaporan selain memastikan peti surat sentiasa berkunci.
-- BERNAMA



0 Puteri amani :

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit