Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Bonus Raya 2013 Sebulan Untuk Kakitangan Awam Di Selangor

Wednesday, July 24, 2013 ·

SHAH ALAM, 24 JULAI : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pembayaran bonus Hari Raya sebanyak sebulan gaji kepada kakitangan awam di negeri itu.
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM30 juta dan seramai 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan akan menerima pembayaran bonus berkenaan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini.
Abdul Khalid berkata, pemberian bonus ini diharap dapat meringankan tanggungan warga kerja Kerajaan Negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.
“Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan,” kata beliau.
Abdul Khalid mengumumkan perkara itu dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, jika Kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awamnya, Kerajaan Negeri juga turut sama mengikutinya.
“Sekiranya kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini,” katanya lagi.



0 Puteri amani :

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit