Pelik! Jarum Keluar Dari Ibu Hamil
Seorang ibu yang sedang hamil terkejut apabila mendapati sebatang jarum telah keluar dari bawah perutnya. Dia terus merujuk kepada doktor dan memaklumkan bahawa kemungkinan ia jarum yang tertinggal ketika pembedahan dahulu.
Seorang bakal ibu yang dikenali sebagai Kelly Donegan terkejut apabila sebarang jarum kecil tiba-tiba muncul dari perutnya yang sedang hamil. Setelah disiasat, rupanya jarum tersebut tertinggal dalam tubuhnya ketika doktor sedang melakukan pembedahan masalah usus pada tahun 2009. Dia menyedari apabila melihat sebatang jarum tersembul keluar melalui kulitnya hanya beberapa inci dari kedudukan bayi yang di jangkakan lahir enam minggu lagi.
Doktor juga melarang untuk melakukan sebarang pembedahan kerana secara tidak langsung ia boleh membahayakan nyawa bayi tersebut.
“Mereka juga tidak boleh melakukan X-ray untuk melihat apakah ada yang lain dalam perut saya, kerana sinar-X berbahaya bagi ibu hamil,” kata ibu tiga anak ini.
Apa yang boleh di lakukan setakat ini adalah menumpulkan bahagian hujung jarum yang tajam.
sumber: Melayu Kini
0 Puteri amani :
Post a Comment