Sangkar untuk burung, bukan untuk manusia. Namun apa yang anda lihat sekarang ini, seorang lelaki bertindak memakai sangkar di kepalanya apabila berada di luar rumah. Persoalannya mengapa? difahamkan, lelaki ini bertindak sedemikian adalah kerana mahu mengawal tabiatnya yang suka merokok. Maka, jika dirinya memakai sangkar, secara tidak langsung keinginan merokok akan terhalang dengan serta merta. Aduhai macam ini pun ada juga ya..
KUTAYHA, Turki – Seorang lelaki Turki di sini sanggup mencipta sebuah sangkar kepala dan mengunci kepalanya di dalam sangkar tersebut semata-mata kerana mahu berhenti merokok, lapor akhbar Turki, Hurriyet kelmarin.
Lelaki itu, Ibrahim, 42, yang berasal dari Kutayha, wilayah barat Turki menghasilkan sebuah sangkar berbentuk topi keledar.
Kuncinya pula diberikan kepada isteri dan anak lelakinya. Tindakan itu dibuat supaya dia tidak boleh membuka sangkar kepala tersebut untuk merokok ketika berada di luar rumah.
Ibrahim berkata, dia cuba mengubah tabiat merokok sehingga dua kotak sehari sejak 26 tahun lalu.
Akhbar sama melaporkan bahawa Ibrahim menghasilkan sangkar tersebut sejak dua tahun lalu. Sejak memakainya, dia sudah tidak merokok lagi. – Agensi
sumber : MelayuKini
0 Puteri amani :
Post a Comment