“Mendaki kerana Allah, melakukannya mengikut sunnah dan memulakan dengan bismillah.” Kata-kata ini seolah-olah satu azimat kepada tujuh pendaki Everest Felda 2013 yang berjaya menawan puncak tertinggi dunia itu, Mei lalu.
Justeru, ia juga menjadi penguat semangat kepada Mohd Nasuha Shamsuddin, 21, Mohamad Asyraf Mohd Halim, 25, Muhammad Hafizuddin Ibrahim, 22, Zainudin Lot, 37, Myrza Fasha Md Hamyrudin, 25, Muhammad Illaham Ishak, 37, dan ketua pendaki Siti Hanisah Sharuddin, 23, untuk meneruskan pendakian hingga ke puncak walaupun berdepan pelbagai dugaan yang menguji mental dan fizikal.
Bayangkan ketika berada di Balcony pada ketinggian 8,400 meter (m), mereka terpaksa melintasi beberapa mayat yang terbiar di kawasan digelar zon maut.
Dengan cuaca berkabus dan berangin, bagaimana perasaan anda apabila tiba-tiba terserempak dengan sekujur mayat masih sempurna terikat pada tali keselamatan di depan mata.
MAYAT pendaki yang masih terikat pada tali keselamatan.
Di sini, kekuatan semangat pendaki menjadi elemen paling penting, sama ada teragak-agak mahu berpatah balik atau melangkah mayat bagi meneruskan pendakian.
Bagi dua jurulatih, Zainudin dan Mohammad Illaham, mereka juga ada kisah tersendiri di sebalik kejayaan itu. Ketika menuruni puncak Everest menuju ke Kem Empat (8,000m), Zainudin terjumpa seorang pendaki dalam keadaan lemah terduduk di satu sudut batu besar, jam 6 petang, 21 Mei lalu.
Dengan suhu negatif 40 darjah Celsius serta jarak penglihatan terhad, Zainuddin terkejut mendapati pendaki yang kelihatan ‘nyawa-nyawa ikan’ itu ialah Muhammad Illaham. Dia ditemui dalam keadaan tidak memakai topeng gas, berhalusinasi, manakala misai dan mukanya diliputi salji.
Zainuddin berkata, akibat oksigen nipis pada ketinggian itu, seseorang pendaki berpengalaman pun boleh mengalami pelbagai masalah dan risiko paling besar ialah kematian.
sumber
0 Puteri amani :
Post a Comment