Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Di Gelar Lelaki Sotong

Tuesday, August 13, 2013 ·



Setiap manusia ingin dilahirkan dengan cukup segala sifat dan anggota fizikal sebagaimana ciptaan terbaik dari Tuhan untuk dinikmati dan disyukuri oleh semua manusia.
Namun, berbeza dengan seorang lelaki dari Filipina, Rudy Santos, 55 yang diberi gelaran sebagai ‘Lelaki Sotong’ atau Octoman oleh masyarakat seluruh dunia kerana kecacatan yang dia miliki sejak dari lahir lagi.
Rudy dilahirkan dengan fizikal yang berbeza di mana dia mempunyai empat lengan dan tiga kaki yang melekat kukuh di hadapan badannya dari paras perut hingga ke pinggang.
Meskipun dia mempunyai fizikal yang berbeza dengan orang lain, Rudy langsung tidak berasa itu sebagai kekurangan dirinya.
Sebaliknya, kecacatan kekal itu menjadikan Rudy terkenal khususnya di Filipina apabila dia melibatkan diri dalam pertunjukkan sarkas sejak dari zaman remaja lagi untuk menampung perbelanjaan keluarganya.
Biarpun masyarakat sekeliling memandang pelik dengan fizikal badannya, Rudy tetap berusaha dan gigih untuk berkerja demi mendapatkan kewangan yang tetap untuk menampung kehidupan dan perbelanjaan sekolah adik-adiknya.
Segala jerit perih yang dilalui oleh Rudy akhirnya terbalas apabila dia sekarang ini ditanggung sepenuhnya oleh adik-adiknya termasuklah bantuan kewangan untuk kos perubatan diri sendiri.
Kini, Rudy masih lagi tinggal bersama ahli keluarga dan adik-adiknya dan masanya banyak dihabiskan dengan berkongsi segala kekuatan dan kesusahan yang dia tempuhi.
Bercakap mengenai kesihatannya, Rudy yang pernah mendapatkan rawatan lanjut dengan doktor pakar mengenai kecacatan itu menemui jalan buntu.
Doktor pakar tersebut tidak berani untuk mengambil risiko melakukan pembedahan membuang ketumbuhan atau anggota tambahan di badan Rudy memandangkan anggota-anggota itu bercantum dengan organ-organ dalamannya dan mampu membahayakan nyawa lelaki itu.
Malah, kos pembedahan untuk membuang kecacatan itu juga terlalu tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh Rudy.
Pun begitu, Rudy pasrah dengan nasib yang menimpa dirinya dan terus berusaha untuk meneruskan sisa hidup yang tinggal.

sumber


0 Puteri amani :

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit