Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Dunia Nak Kiamat Dah,Wanita Sanggap Rogol Lelaki

Sunday, August 18, 2013 ·


Tiga wanita di Zimbabwe telah didakwa melakukan serangan seks atau rogol kepada lelaki dan menggunakan air mani mangsa mereka untuk upacara ilmu hitam. Sisters Sophie, 26, Netsai Nhokwara, 24, dan Rosemary Chakwizira, 28, telah didakwa di mahkamah Harare berkaitan dengan rentetan serangan seks ke atas mangsa yang kali pertama membuat laporan dua tahun yang lalu. Mereka turut ditahan bersama-sama Thulani Ngwenya, 24, yang merupakan teman lelaki Sophie Nhokwara. Menurut akhbar Zimbawe, The Herald melaporkan wanita ini dilaporkan memberi tumpang kepada remaja berusia 19 tahun pada Mac tahun ini dan kemudian memabukkannya dengan bahan yang tidak diketahui. Ketiga-tiga wanita dibawa ke mahkamah untuk menghadapi tuduhan melakukan serangan seksual atau rogol. 

Pendakwa Raya Michael Reza memberitahu mahkamah bahawa mereka didakwa memaksa remaja tersebut memakai kondom sebelum mengadakan hubungan seks dengan ketiga-tiga mereka. Mereka kemudiannya mengambil kondom yang mengandungi air mani dan meninggalkan mangsa yang tidak sedarkan diri selepas disemburkan bahan yang tidak diketahui pada mukanya. Pada 22 Ogos, mereka didakwa telah menumpangkan seorang askar dan memaksanya untuk mengadakan hubungan seks dengan mereka selepas diancam akan ditembak jika enggan, pendakwa memberitahu kepada mahkamah. Dalam kes lain, ketiga-tiga mereka dikatakan telah berhenti di sebelah seorang anggota polis, mengheretnya ke dalam kereta selepas berpura-pura bertanyakan arah jalan dan memaksanya untuk mengadakan hubungan seks dengan mereka. 

Kumpulan perogol wanita ini menggunakan kereta yang berbeza untuk menahan 15 orang lelaki dan merogol mereka. Mereka telah ditahan terlibat dalam satu kemalangan di mana seorang pejalan kaki terbunuh. Polis menemui 33 kondom yang telah digunakan dan mengandungi air mani di dalam but kereta. Majistret Kudakwashe Jarabini tidak membenarkan ikat jamin bagi keempat-empat tertuduh. Sehari sebelum mereka dibawa ke Harare, lebih daripada 50 orang menyerbu ke balai polis Gweru di mana ketiga-tiga wanita ini telah ditahan. Apabila wanita ini disoal siasat oleh polis, penduduk tempatan telah berkumpul di luar. 

Salah seorang daripada mereka, Nkululeko Ndlovu berkata: "Orang ramai perlu diberi peluang untuk melihat wanita-wanita ini Kami mahu tahu apa yang mereka telah lakukan dengan air mani tersebut." Seorang lagi penduduk, Mangoma Mary, berkata "Mereka sangat mewah dan membuat wang melalui perbuatan ini." "Mereka akan mengubah gaya rambut mereka dalam masa kurang daripada tiga hari dan saya mengkagumi mereka, tetapi sekarang saya tahu bahawa ia bukannya wang yang bersih." Watch Ruparanganda, seorang profesor sosiologi di Universiti Zimbabwe, berkata sperma sering digunakan dalam ritual kerana ia dikaitkan dengan penghidupan semula hidup. ''Orang percaya sperma boleh membuat nasib seseorang bertambah baik,''katanya, sambil menambah bahawa peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab berselindung di sebalik wanita ini. 

Daily News Zimbabwe melaporkan bahawa air mani yang digunakan dalam ritual pemujaan ini ibarat pisang "panas" di Afrika Selatan, di mana kondom yang penuh dengan cecair mani boleh dijual sehingga mencecah sebanyak AS $ 390 (RM1, 215). 

Sumber : blogsqempaq.blogspot.com



0 Puteri amani :

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit