Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Penemuan Keranda Batu Misteri Bawah Tanah

Tuesday, August 6, 2013 ·

LEICESTER, Britain – Sepasukan ahli arkeologi menemui sebuah keranda misteri di dalam sebuah keranda batu dekat sebuah tempat letak kereta di sini kelmarin.
Tapak itu juga merupakan lokasi penemuan makam bekas pemerintah England, Raja Richard III. Kubur lama itu berusia 500 tahun.
Pasukan pakar arkeologi berkenaan kembali ke tapak tersebut awal bulan ini untuk melakukan kajian lebih terperinci.
Usaha mereka membawa kepada penemuan sebuah keranda batu yang di dalamnya berisi sebuah keranda kecil.
Pasukan arkeologi itu menemui keranda batu tersebut di bawah bangunan Jabatan Perkhidmatan Sosial, Dewan Bandaraya Leicester di sini.
“Ia sesuatu yang menarik selepas penemuan rangka Richard III,” kata Pengarah Perkhidmatan Arkeologi Universiti Leicester, Mathew Morris.
Kami masih mencari cara selamat untuk membuka keranda tersebut kerana kami tidak mahu isinya rosak,” tambah ahli arkeologi berkenaan.
Menurut Morris, seramai lapan orang diperlukan untuk mengangkat penutup keranda batu tersebut.
Keranda luar itu panjang lebih dua meter dan lebar 60 sentimeter di satu bahagian serta 30 sentimeter di sudut lain. – Reuters
sumber


0 Puteri amani :

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit