Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Suami Relakan Isteri Di Ratah Kawan Depan Mata

Monday, August 12, 2013 ·

GEMAS: Seorang suami hanya mampu melihat isterinya dirogol di sebuah kebun getah di Felda Sungai Kelamah, di sini, Ahad lalu, dipercayai sebagai cara menyelesaikan masalah peribadi antara dia dengan suspek.Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, suami mangsa yang berusia lingkungan 50 tahun hanya mampu melihat isteri yang baru dikahwininya tiga bulan lalu diperkosa malah mengambil tindakan pulang ke rumah dengan membiarkan isterinya menjadi mangsa pemuas nafsu suspek. 

Sebelum kejadian itu, mangsa yang berusia 17 tahun dikatakan meminta bantuan seorang lelaki yang juga rakan suaminya menghantar dia ke Felda Sungai Kelamah menggunakan motosikal.Mangsa yang tinggal di Alor Gajah, Melaka dikatakan terpaksa meminta bantuan lelaki berusia lingkungan 40 tahun itu kerana mahu berjumpa suaminya yang tinggal bersama isteri tua. 


Sebaik tiba di rumah, suami mangsa meminta rakannya itu menghantar isterinya ke satu kawasan di Felda terbabit kononnya untuk membincangkan bagaimana menyelesaikan masalah peribadi antara mereka sementara dia mengekori dari belakang menggunakan motosikal. 


Setiba di tempat kejadian, suspek dikatakan membawa mangsa ke dalam kebun getah sebelum memperkosa wanita itu di depan suaminya.Suami mangsa tidak berani bertindak kerana takut diserang malah berpatah balik ke rumahnya.Mangsa yang kemudiannya dihantar pulang oleh suspek membuat laporan di Balai Polis Gemas berhubung kejadian itu.


Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Zull Aznam Haron, ketika dihubungi mengesahkan sudah menerima laporan berhubung kejadian itu. Beliau berkata, siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.Menurutnya, polis belum membuat tangkapan manakala motif sebenar kejadian itu masih disiasat-informasi.my





0 Puteri amani :

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit