Seorang ahli perniagaan dari Johor telah membuat laporan polis mendakwa pelakon popular Adi Putra telah bertukar gambar lucah dan berbalas mesej dengan isterinya yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.
Dipetik daripada laporan Berita Harian, satu sumber memberitahu ahli perniagaan berusia 56 tahun itu telah terbaca mesej mereka serta mendapati isterinya yang merupakan peminat kepada pelakon "KL Gangster" itu turut menghantar gambar lucah sehingga menyebabkan diri tertekan.
"Pelakon terbabit dikatakan berkenalan dengan wanita itu melalu laman sosial Instagram sebelum hubungan menjadi erat sehingga mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi Whatsapp sejak 29 Julai lalu," katanya.
Tambah sumber itu lagi, pelakon dan wanita itu mengaku berbalas mesej dan menghantar gambar lucah sejak 29 Julai hingga 5 Ogos lalu dengan alasan 'suka-suka' dan tidak pernah bertemu sebelum ini.
Sudut Pandangan Puteri :: Tengok dan ikutilah dari semasa ke semasa perkembangan terkini.Tak perlu orang luar yang tidak tahu menahu sibuk memperkatakan dan menilai isu artis ini seperti dia pulak lebih tahu cerita sebenar.Bercakap keburukan orang ni memang sedap apalagi bab tokok tambah.
0 Puteri amani :
Post a Comment