Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Celup Tangan Dalam Air Panas Kerana Menafikan Curang!

Thursday, September 5, 2013 ·

Kerana menafikan curang dan tetap pada pengakuan sebenarnya dia jujur,ibu muda ini sanggup celup tangannya dalam air panas kerana dicabar.Sanggup ibu mertuanya membuat keputusan dan cabaran yang sebegini teruk kepada menantunya.Dah hilang agaknya sifat keibuan dalam dirinya.

Sibu: Tidak tahan dengan tuduhan ibu mentua mengatakan dia curang terhadap suami, seorang wanita hamil tiga bulan nekad mencelup tangannya ke dalam air mendidih sebagaimana dicabar mentuanya itu bagi membuktikan dia tidak bersalah.
Akibatnya, wanita berusia 21 tahun itu melecur teruk di tangan kanan sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital. Kejadian berlaku di rumahnya di Lanang, di sini, jam 7 malam Jumaat lalu. 
Wanita itu yang enggan namanya didedahkan berkata, dia bertindak sedemikian kerana terlalu kecewa dan geram dengan tuduhan ibu mentuanya biarpun dia sudah berulang kali menafikan tuduhan itu. 

“Saya terpaksa melakukannya bagi mengelak ibu mentua menganggap saya menduakan suami. Saya dituduh menjalin hubungan sulit dan dia langsung tidak mempercayai saya.
MANGSA menunjukkan kecederaan dialami di tangan kanannya.
“Sebaliknya, ibu mentua menyuruh saya mencelupkan tangan dalam air mendidih untuk membuktikan saya tidak bersalah,” katanya sambil mendakwa ibunya menuduh dia curang selepas terpengaruh fitnah disebarkan pihak lain.- Harian Metro


Sudut Pandangan Puteri :: Selalu tengok orang lain mencabar suruh melakukan perbuatan yang di luar jangkaan dan sudah pasti jawapannya cabaran itu sungguh menyeksikan.Sebelum cabar orang lain buat,cuba buat keatas diri dulu,apa rasanya!!!



0 Puteri amani :

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit