Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Pelajar DiRogol Rakan Facebook

Sunday, September 1, 2013 ·


Inilah erti merdeka untuk segelintir anak muda hari ini. Kenal sebulan dua dalam Facebook dah berani ikut keluar. Entah mana asal-usul lelaki tu, kan dah kena rogol. Menyedihkan.

Gambar Hiasan - OHTidak.com


LEDANG – Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini dirogol teman lelaki yang baru dikenalinya sejak sebulan lalu di sebuah kebun kelapa sawit di Bukit Gambir, dekat sini, 12 Ogos lalu.

Ketua Polis Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, pada siang hari kejadian, mangsa bersama lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook itu dikatakan keluar bersiar-siar. 

“Ketika dalam perjalanan pulang untuk menghantar mangsa yang berusia 15 tahun ke rumahnya di sebuah kampung di Bukit Gambir, suspek mengajaknya singgah di kebun itu sebelum bertindak merogolnya.

“Atas desakan keluarga, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Gambir jam 10 pagi pada 27 Ogos lalu iaitu 16 hari selepas kejadian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, di sini, semalam.

Harun berkata, susulan daripada laporan diterima, polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan suspek di rumah keluarganya di Kampung Parit Jarum Laut, dekat sini, sekitar jam 6 petang, 29 Ogos lalu.

“Turut dirampas motosikal dipercayai digunakan suspek ketika ke kebun sawit itu untuk merogol mangsa,” katanya.

Beliau berkata, mangsa masih bersekolah, manakala suspek bekerja di sebuah bengkel basikal di pekan berkenaan.

“Sebaik saja berkenalan dalam Facebook, mereka menjadi pasangan kekasih dan sering bertemu sebelum dirogol.

“Hasil siasatan awal mendapati, suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau serta bebas dadah,” katanya.

Katanya, suspek masih ditahan reman sehingga 5 September ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur.

“Remaja perempuan dinasihati jangan mudah mempercayai kenalan lelaki yang baru dikenali melalui laman sosial bagi mengelakkan diri diperdaya seterusnya menjadi mangsa rogol.

“Seeloknya keluar secara beramai-ramai dan berada di tempat awam bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” katanya- Sinar





0 Puteri amani :

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit