Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Seronok Bergambar Dengan ANU Patung Adik Adik Nie

Wednesday, October 23, 2013 ·



PERKEMBANGAN media sosial baru seperti FB, Instagram, Twitter dan sebagainya memang sesuatu perkara yang mengujakan terutama bagi golongan muda yang tak lekang dengan telefon bimbit dan gajet mereka.

Namun adakalanya ia menimbulkan persoalan sama ada ia benar-benar digunakan dengan cara yang betul atau sebaliknya.

Seperti yang kita lihat dalam gambar di atas, sekumpulan jururawat, masih berstatus pelatih rasanya, telah memuatnaik gambar yang menimbulkan seribu persoalan…biar betul ni dik??

Lebih tepat, mereka dengan raut wajah tersengih-sengih bergambar dengan patung yang mungkin mereka gunakan untuk tujuan latihan atau pembelajaran dalam kelas.

Yang menjadi tanda tanya sekarang, perlu ke bergambar dengan ‘zakar’ patung tersebut?

Lebih mengharukan, salah seorang daripada mereka memegang ‘anu’ patung berkenaan ketika bergambar beramai-ramai.

Tidakkah terdetik rasa malu kerana berbuat demikian, apatah lagi dengan imej mereka yang sungguh sopan dan ayu bertudung itu?

Betul, dalam bidang perubatan, semua benda yang ada di tubuh badan, dari A hingga Z perlu dipelajari, diteliti dan diamati…namun bukanlah dengan cara seperti mana yang mereka lakukan.

Melalui komen-komen di bawah, ternyata ia mengundang reaksi yang kurang senang daripada pelbagai pihak.




Sepatutnya sebagai orang Islam dan ketimuran yang penuh dengan adab ini, mereka tidak boleh berbuat perkara yang memalukan begini.

Mungkin bagi adik-adik jururawat ini ia cuma satu gurauan tetapi ia tetap salah dari segi etika, moral dan susila kita.

Gurauan sebegini ternyata tidak memberi faedah, malah boleh mengundang padah.

Yang lebih…ia tak lawak OK!





0 Puteri amani :

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Google+ Followers

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.