Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Adik Ipar Rogol Dan Samun Pembantu Rumah

Sunday, November 3, 2013 ·

KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang suspek lelaki berumur 25 tahun berhubung kes samun dan rogol seorang pembantu rumah warga asing di Dungun, Sabtu lalu. 





Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata suspek ditahan kira-kira 10 pagi di rumahnya di Dungun selepas pembantu rumah itu membuat laporan polis mendakwa dia dirogol dan disamun pada kira-kira 5 pagi hari yang sama. 



Ketika kejadian pembantu rumah itu bersendirian di rumah majikannya, katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 



Katanya, suspek yang adalah adik ipar majikan pembantu rumah itu didakwa mengacukan golok di leher pembantu rumah itu dan turut merampas barangan kemasnya dan dua telefon bimbit.


Katanya, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan siasatan mendapati suspek terlibat tiga kes jenayah dan dalam senarai dikehendaki polis.



Sementara itu, Manoharan berkata seorang tukang rumah cedera setelah dilanggar kereta dipandu seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman di Kampung Cheneh Baru, Kemaman, pada Isnin lalu. 



Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang ketika tukang rumah berumur 59 tahun itu berdiri berhampiran motosikalnya di depan sebuah kedai runcit.“Selepas melanggar mangsa, suspek mengundurkan keretanya dan melanggar mangsa sekali lagi sehingga jatuh lalu suspek terus melarikan diri. 


“Akibat pelanggaran itu mangsa mengalami kecederaan di bahagian badan, kepala dan patah tiga jari kaki kiri dan sedang menerima rawatan di Hospital Kemaman,” katanya. 



Katanya, suspek berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.45 pagi ini di rumahnya di Felda Neram 2, Kemaman dan maklumat awal menunjukkan suspek dipercayai kurang siuman.SUMBER-pilihan-anda.blogspot.com





0 Puteri amani :

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Google+ Followers

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.