Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Lelaki ini jadi bingung dadanya menjadi besar seperti wanita

Wednesday, November 6, 2013 ·


Satu kejadian pelik berlaku di Tanzania apabila beberapa lelaki yang menghidap penyakit AIDS dilaporkan tiba-tiba memiliki payudara selepas mengambil ubat pengawal virus HIV..

Salah seorang lelaki penghidap AIDS, Joseph Mkanda, 43, telah mengambil ubat tersebut untuk mengawal perkembangan virus HIV ke dalam tubuh badannya. Bagaimanapun, ubat tersebut didapati memiliki kesan sampingan lain yang berkaitan dengan pembesaran otot pada bahagian putingnya. Akibat daripada itu, otot yang membesar telah membentuk sepasang payudara seorang wanita. 

"Saya sangat malu keluar dari rumah kerana memiliki sepasang payudara seorang wanita. Saya takut kalau orang ramai akan mentertawakan saya," kata Joseph. 

Doktor yang merawat mereka mengatakan bahawa kesan sampingan sebegitu adalah normal bagi seorang penghidap AIDS selepas mengambil ubat tersebut dalam jangka masa yang lama. 

"Sehingga kini, saya tidak berani keluar rumah," tambah Joseph kepada media africanews. 

Tanzania merupakan antara daerah Afrika yang teruk dijangkiti wabak AIDS di mana 1.4 juta daripada penduduknya disahkan positif HIV. 

Perkara yang menyebabkan situasi di Tanzania semakin teruk ialah kerana kepercayaan penduduknya kepada ilmu bomoh yang mengatakan bahawa organ orang Albino dapat menyembuhkan penyakit AIDS. 

Oleh sebab itu, ratusan orang Albina dirogol dan dibunuh supaya organ mereka dapat digunakan untuk menghasilkan ramuan ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit itu.




0 Puteri amani :

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Google+ Followers

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.