Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Produk Kesihatan Beracun Dirampas

Wednesday, November 20, 2013 ·

KOTA BHARU - Degil! Itulah sikap dalam masyarakat walaupun mengetahui produk yang tidak berdaftar dan mempunyai racun boleh mendatangkan kesan sampingan, namun masih ramai yang menggunakannya.



Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat kuasa Farmasi Kelantan, Norma Zakaria berkata, keghairahan untuk tampil cantik dengan cara lebih pantas, mendorong golongan wanita terutamanya menggunakan produk berkenaan, tanpa menyedari ia boleh membawa kesan sampingan kepada kulit si pemakai.

“Di samping itu, permintaan yang tinggi menyebabkan lambakan barangan kosmetik dan ubat-ubatan seumpamanya terus lagi dijual oleh peniaga di pasaran.

“Atas usaha pihak kami cuba membanteras penjualan produk itu, satu serbuan dilakukan di lima kiosk di sebuah pasar raya di bandar ini yang menjual pelbagai produk terbabit," katanya.

Dalam pemeriksaan yang dilakukan bersama lebih 10 anggota, pihaknya berjaya merampas pelbagai kosmetik yang juga merupakan buatan tempatan, Thailand termasuk Indonesia yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Namun kita akui juga, ada dalam kalangan pengguna juga masih tidak mengetahui mengenai kandungan dalam produk ubat-ubatan dan kosmetik yang mengandungi racun merkuri dan hidrokrinon.

“Jadi dalam serbuan kali ini, kita rampas kesemua barangan yang bukan sahaja tidak berdaftar malah diklafikasikan mempunyai racun yang tidak dibenarkan sehingga boleh membahayakan pengguna,” katanya.

Norma berkata, kesemua nilai rampasan berjumlah RM10,000 dan kes terbabit akan disiasat di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan Peraturan Kosmetik dan Dadah bagi tindakan lanjut.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya pengguna membuat pilihan yang bijak bagi memilih barangan yang berkualiti dan selamat untuk digunakan.

Menurutnya, sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk di  laman sesawang www.farmasi.gov.my untuk mengenal pasti produk dan ubat-ubatan yang berdaftar atau sebaliknya sebelum digunakan. sumber




0 Puteri amani :

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit