Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

HotFm Dituduh Penipu Anjur Pertandingan Kuiz Iphone 5S

Tuesday, December 31, 2013 ·

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pengunduran Faizal Ismail atau lebih dikenali FBI dalam HotFM. Pengunduran ini sememangnya amat mengejutkan semua pihak terutamanya para pendengar. Namun isu baru pula mula timbul apabila mengaitkan stesen radio berkenaan telah dituduh sebagai penipu dalam satu pertandingan meneka tarikh lahir HotFm di Kelantan dan Terengganu. Pertandingan berkenaan melibatkan hadiah lumayan iaitu sebuah telefon pintar Iphone 5S. Persoalannya, benarkah HotFM menipu para pendengar? Ikuti ulasan di bawah ini.
Pada 22 November 2013 yang lalu, pihak Hot FM telah menganjurkan sebuah kuiz bersempena dengan jumlah follower di Twitternya yang kini sudah mencecah sejuta peminat. Antara soalan yang diajukan adalah mengenai tarikh lahir Hot FM di Kelantan dan Terengganu. Hot Fm telah mencetuskan kontroversi apabila memilih pemenang yang paling pantas menjawab soalan tersebut dikenali sebagai “Haziq @haziqopus” yang turut didakwa adalah krew Hot FM sendiri. Berikut adalah contoh soalan kuiz tersebut dan faktor keputusan pemenang dipertikaikan.
hotfm-1
Faktor Pertikaian Dilaman Sosial Isu Pemenang Kuiz HotFM Sejuta
1. Pemenang diumumkan adalah Haziq. Akaun twitter Haziq dikatakan baru sahaja dibuat pada 3 hari yang lalu.
2. Mohd Haziq menjawab soalan yang susah tersebut hanya dalam masa kurang dari 30 saat (Berdasarkan Time Stamp di Twitter)
3. Wujud pertikaian bahawa Haziq adalah salah seorang dari krew HotFM.
4. Jawapan Haziq turut diragui berdasarkan perbezaan antara tarikh HotFM ditubuhkan dilaman Wikipedia.
hotfm-2
Penjelasan Hot FM Isu Pemenag Kuiz Iphone 5S
Terlebih dahulu, Hot FM ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf ke atas segala kekeliruan yang berlaku susulan daripada kuiz HotFMSejuta. Hot FM sentiasa menghargai dan mengambil kira maklumbalas para pendengar kami. Kami sedia menerima segala komen, kritikan serta cadangan demi penambahbaikan Hot FM.
Hot FM ingin menjelaskan bahawa jawapan yang diberikan oleh pemenang kuiz HotFMSejuta adalah jawapan yang tepat. Untuk rekod, Hot FM telah menjalani ujian transmisi bermula 15 Januari  hingga 5 Februari 2006 dan tarikh ke udara secara langsung secara rasminya adalah pada 6 Februari 2006 bersama Fara Fauzana dan Faizal Ismail melalui segmen Hot FM AM Krew. Manakala Hot FM di pantai timur pula telah mula ke udara pada 2 Januari 2012. Maklumat ini boleh dirujuk melalui laman web rasmi Media Prima Berhad (http://www.mediaprima.com.my).
Pihak pengurusan Hot FM ingin menjelaskan bahawa segala kuiz yang dijalankan melalui stesen radio kami dijalankan secara telus dan jelas. Kakitangan Rangkaian Radio Media Prima tidak dibenarkan dalam apa cara sekalipun untuk menyertai sebarang kuiz di mana tindakan keras akan diambil sekiranya terdapat mana-mana kes berlaku.
sumber


0 Puteri amani :

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit