Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Adakah MESTI.my juga Program SCAM?

Thursday, October 15, 2009 ·


Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang laman web baru www.mesti.my yang baru dilancarkan.Portal iklan percuma dan berbayar bagi yang ingin menjana pendapatan bersama mereka.Laman web ini dikendalikan oleh syarikat OBL WORLDWIDE. Setahu saya sebelum ini Syarikat OBL WORLDWIDE mempromosikan portal web monsun biz setiap hari di akhbar akhbar tempatan.Tetapi kerana telah banyak tersebarnya berita bahawa MONSUN BIZ adalah SCAM maka mereka telah memberhentikan operasi mereka.kerana mereka perlu teruskan perniagaan mereka,maka terciptalah idea untuk membina laman portal baru PORTAL IKLAN TERHEBAT MALAYSIA...www.mesti.my

Mari kita tengok apa yang diterangkan tentang modus operandi laman web ini....

Selamat Datang Ke MESTI.my
( Di ambil dari laman web www.mesti.my )

Jom! Sertai MESTI.my kerana anda kini boleh letak iklan teks percuma, letak Iklan banner atau anda berpeluang menjana pendapatan secara sambilan/ sepenuh masa dari rumah. Kami ingin mempelawa anda mengambil peluang untuk bekerja secara sambilan/ sepenuh masa dirumah/ cyber café bersama MESTI.my. Anda akan dibayar sehingga RM738,275.00 jika anda rajin berusaha. Ingatlah bahawa setiap kemahuan pasti ada jalan. Setiap usaha pasti ada kejayaan. Jika tidak tahu anda perlu belajar. Jika tidak faham anda perlu bertanya. Keyakinan dan kepercayaan terhadap sesuatu peluang itu biasanya akan datang selepas kita berjaya. Tetapi bagaimana anda boleh berjaya jika anda tidak mahu mencuba? Oleh itu jika anda masih tidak yakin dengan peluang ini. Anda perlu memaksa diri anda untuk berani mencuba sesuatu yang baru. Mereka yang berjaya biasanya adalah mereka yang pandai merebut peluang. Yakinlah bahawa anda pasti akan berjaya mendapat pendapatan lumayan melalui MESTI.my, tidak kira samada anda mahir atau tidak untuk menggunakan internet. Berita baik untuk semua!


Anda perlu merebut peluang untuk maju bersama MESTI.my kerana kami akan pastikan MESTI.my menjadi sebuah portal iklan yang popular menjelang 2010. (Majulah seiring bersama kami)

Sebagai menyokong kenyataan kami ini, kami akan & telah melabur sejumlah wang yang besar untuk mengiklankan MESTI.my mulai September 2009 sehingga Disember 2010 kelak. MESTI.my akan diiklankan setiap hari di akhbar Harian Metro, www.hmetro.com.my, Website-website iklan berbayar, Google search engine, Facebook, yellowpages.com.my (akan datang) dan banyak lagi media massa, media cetak & media elektronik sehingga menjelang disember 2010. Kami telah memperuntukkan sebanyak RM250,000.00 untuk kos pengiklanan bagi memperkenalkan MESTI.my bagi tempoh 2009 sehingga 2010. Jika kami berani mengeluarkan RM250,000.00 untuk memastikan MESTI.my popular, mengapa anda perlu berasa ragu-ragu lagi untuk sertai kami? Tepuklah Dada Tanyalah Selera! Perlukan maklumat lebih lanjut mengenai peluang menjana pendapatan sehingga RM738,275.00 dari rumah/ cyber café bersama MESTI.my? Sila klik www.mesti.my/peluang.asp

Duit, Duit, Duit. Semua orang suka duit. Dengan MESTI.my anda boleh dapat banyak duit. Fakta mengapa kami begitu yakin anda boleh dapat banyak duit bersama MESTI.my. Lihat! Jika anda sanggup sertai kami kerana anda mahu cari duit, yakinlah bahawa ramai lagi orang lain diluar sana juga pasti sanggup sertai kami atas sebab/alasan yang sama seperti anda iaitu nak cari duit. Oleh itu biarlah anda menjadi orang yang pertama memperkenalkan MESTI.my kepada mereka. Kerana setiap ahli baru yang menyertai kami akan memberikan anda banyak duit. Tidak kira samada anda yang perkenalkan mereka kepada kami ataupun orang lain yang perkenalkan mereka kepada kami. Anda tetap akan dibayar sehingga 5 level. Melalui sistem unik yang kami gunakan iaitu force matrik 5 X 5 anda sebenarnya tidak perlu kuat bekerja. Kerana, duit akan masuk mencurah curah ke eWallet anda apabila terdapat penyertaan baru yang dibawa oleh upline/ downline anda. Hebatkan? Anda akan mendapat banyak downline percuma & pendapatan percuma dari upline/ downline anda sehingga 5 level. Sila klik www.mesti.my/pelan-insentif.asp

Perhatian!

Anda tidak diwajibkan untuk beriklan atau mempunyai apa - apa produk untuk diiklankan di MESTI.my jika mahu menyertai kami.
Anda digalakkan untuk datang terus ke pejabat kami jika mahu mendapatkan penerangan yang lebih jelas tentang MESTI.my.

Konsep rakan promosi bersama Mesti.my sangat mudah. Setelah anda menjadi ahli VIP Mesti.my, anda perkenalkan Mesti.my kepada kenalan, keluarga dan umum. Setiap penyertaan mereka sebagai VIP, anda layak mendapat insentif hebat. Memang hebat!


Dengan apa yang saya fahami keterangan laman web ini,saya dapati yang sistem perniagaan nya adalah sama seperti mana yang terdapat di laman web monsun biz cuma bezanya mereka tidak lagi menyedikan lot utk pengiklanan seperti mana monsun biz.Mesti.my menawarkan peluang pendapatan mengikut sistem sponsor (MATRIK)

Jadi kesimpulan dengan apa yang saya nilai dan mengikut pendapat peribadi saya,mesti.my masih menjalankan perniagan seperti mana yang dijalankan oleh monsun biz cuma modus operandi mereka berbeza.Kenapa saya berpendapat begitu kerana ianya masih dijalankan oleh syarikat yang sama.Apa pun ini adalah pendapat peribadi saya untuk dikongsikan bersama anda.Bagi sesiapa yang ingin cari pendapatan sambilan atau ingin menjana pendapatan bersama mesti.my kaji dan selidik lah dulu.sekiranya anda dikehendaki membayar sejumlah wang yang agak besar nilainya untuk menyertainya...JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK.





4 Puteri amani :

Tue said...
October 15, 2009 at 10:30 PM  

ape2 pun.. gua sokong part paling akhir 2.. JADILAH PENGGUNA YG BIJAK.. weeww.. hehe

said...
October 16, 2009 at 7:26 PM  

hehee.
aq pon sme gak.
tp SCAM 2 pe eik.
hehee.

Admin Author said...
October 16, 2009 at 9:40 PM  
This comment has been removed by the author.
Admin Author said...
October 16, 2009 at 9:47 PM  

Tue : ye betul sokong 102%
Said : SCAM tu Penipuan maksudnya

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit