Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Gempar! Lelaki Bodoh Iklan Di Internet Supaya Isterinya Di Rogol

Wednesday, July 31, 2013 · 0 Puteri amani

Gempar!! Lelaki Bodoh Iklan Di Internet Supaya Isterinya Di Rogol | Macam-macam dunia sekarang. Caca marba sungguh dibuatnya. Seorang lelaki menggunakan kemudahan iklan di Internet menawarkan isterinya untuk dirogol lelaki lain di rumah mereka di Kannapolis, kata polis North Carolina.


Sumber polis berkata, lelaki berusia 25 tahun itu berdepan tuduhan rogol kelas pertama dan tuduhan lain.


Katanya, cubaan itu dikesan apabila isteri tertuduh menghubungi talian kecemasan 911 pada awal Ahad dan mengaku ada lelaki berpisau merogolnya.

“Mangsa dirogol dalam bilik tidurnya dan disaksikan tertuduh,” katanya.

Menurut sumber, turut ada di rumah adalah dua anak mereka, tetapi kejadian itu tidak disedari mereka.

Melalui iklan berkenaan, tertuduh menawarkan lelaki datang ke rumahnya dan berasmara dengan isterinya menggunakan ‘taktik menakutkan’.

Aksi itu juga perlu dilakukan tanpa pengetahuan wanita terbabit.

Identiti lelaki yang merogol mangsa belum dipastikan dan polis juga menyiasat kemungkinan dia diupah melakukannya. – Agensi




8 Pengacara popular bergaduh diatas pentas

· 0 Puteri amani




LAPAN pengacara popular ‘bergaduh’ atas pentas dalam sebuah program ‘gameshow’ terbaru TV3, Kecoh Pengacara Beraya.

Kumpulan pengacara wanita yang dianggotai Scha Al-Yahya, Fara Fauzana, Neelofa dan Amyza bertempur dengan kumpulan pengacara lelaki yang diwakili oleh Zizan Razak, Awal Ashaari, Kamal Adli dan Faizal Ismail (FBI).

Apa yang pasti, gelagat spontan dan celoteh mereka bakal menggeletek hati penonton.

Kedua-dua kumpulan ini diuji melalui tiga cabaran termasuk Mengulas Sukan, Teka Selebriti dan K-Pop Style.

Pasangan suami isteri, Awal dan Scha tidak ketinggalan menampilkan aksi manja mereka di pentas yang direka seperti gelanggang tinju itu.

Selepas sesi rakaman program tersebut melabuhkan tirai, Scha dan Awal akui terbit sedikit kebimbangan atas aksi mereka yang mungkin tidak disukai mana-mana pihak.

“Atas pentas itu kami jadi diri sendiri. Apa yang berlaku sebab spontan kan, buat saya risau juga. Tapi insya-ALLAH tak melebih-lebih,” kata Scha.

Sementara Awal berkata, “kita bukan nak menunjuk-nunjuk. Tengok dari sudut positif, suami isteri perlu semai keceriaan. Selagi ia tidak melebihi batas, tak apa.”

Tambahnya, “jika ada yang tak suka itu, nak buat macam mana kan?” Sementara pelawak terkenal, Zizan terus menggeletek hati penonton dengan aksinya.

Selain mereka, pelawak BMB, Bocik turut hadir di pentas untuk menjadi juri.

Program ini tidak mempunyai pengacara sebaliknya, penyampai radio dan pengacara, AG  bertindak sebagai suara latar.

Wang kemenangan berjumlah RM 8,000 disumbangkan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Sungai Klang dan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Al-Munirah.

Program ini bakal memeriahkan Hari Raya Aidilfitri anda kelak di TV3 


sumber


Ketahui Tahap Kesihatan Anda Dengan 9 Tanda Kuku

· 0 Puteri amani

k1 9 Tanda Kuku Mendedahkan Kesihatan Anda
1. Kuku yang pucat (Pale Nails).
Kuku yang sangat pucat kadang-kadang dikaitkan dengan penuaan. Tapi mereka juga boleh merupakan tanda penyakit serius seperti:
  • Anemia
  • Kongestif gagal jantung
  • Diabetes
  • Penyakit hati
  • Gizi Buruk
k2 9 Tanda Kuku Mendedahkan Kesihatan Anda
2. Kuku putih (White Nails).
Jika kuku sebahagian besar putih dengan pinggiran lebih gelap, ini dapat menunjukkan masalah hati, seperti hepatitis. Dalam gambar ini, anda boleh melihat jari-jari juga kuning, tanda lain dari masalah hati.
k3 9 Tanda Kuku Mendedahkan Kesihatan Anda
3. Kuku Kuning (Yellow Nails)
Salah satu penyebab paling biasa kuku yang berwarna kuning adalah disebabkan jangkitan kulat. Sebagai memburukkan lagi jangkitan, kuku mungkin menarik kembali, dan mungkin kuku menebal dan runtuh.Dalam kes yang jarang berlaku, kuku kuning dapat menunjukkan keadaan yang lebih serius seperti penyakit tiroid teruk atau psoriasis
k4 9 Tanda Kuku Mendedahkan Kesihatan Anda
4. Kuku kebiruan (bluish Nails).
Kuku dengan warna kebiruan boleh bererti tubuh tidak mendapat oksigen yang cukup. Ini boleh menunjukkan adanya jangkitan di paru-paru, seperti radang paru-paru.
k5 9 Tanda Kuku Mendedahkan Kesihatan Anda
5.Kuku yang berdesir (Rippled Nails).
Jika permukaan kuku yang bergelombang atau diadu, ini mungkin merupakan tanda awal dari psoriasis atau artritis inflamasi. Psoriasis adalah suatu keadaan kulit yang bermula pada kuku 10% dari masa.
k6 9 Tanda Kuku Mendedahkan Kesihatan Anda
6. Kuku yang retak dan terbelah (Crack and split Nails).
Kering, kuku rapuh yang sering retak atau terbelah telah dikaitkan dengan penyakit tiroid. Retak atau pemisahan digabungkan dengan warna kekuningan lebih mungkin kerana jangkitan kulat.
k7 9 Tanda Kuku Mendedahkan Kesihatan Anda
7. Kuku bengkak di pinggiran kulit (Puffy Nail fold).
Jika kulit di sekitar kuku tampak merah dan bengkak, ini dikenali sebagai peradangan lipatan kuku. Ini mungkin hasil dari lupus atau tissue disorder.
securedownload 9 Tanda Kuku Mendedahkan Kesihatan Anda
8.Garis hitam dibawah kuku (Dark lines beneath the Nails).
Garis hitam di bawah kuku harus diselidiki secepat mungkin. Mereka kadang-kadang disebabkan oleh melanoma, jenis yang paling berbahaya dari kanser kulit.
k9 9 Tanda Kuku Mendedahkan Kesihatan Anda
9. Mengigit kuku (gnawed Nails).
Menggigit kuku anda mungkin tidak lebih dari kebiasaan atau tabiat lama, namun dalam beberapa kes ini adalah tanda kegelisahan terus-menerus yang perlu rawatan. Menggigit kuku dikaitkan dengan gangguan obsesif-kompulsif. Jika anda tidak boleh berhenti, berbincanglah dengan doktor anda.
Walaupun perubahan keadaan kuku banyak menunjukkan tanda-tanda keadaan penyakit, perubahan ini jarang ada tanda pertama. Dan banyak kelainan kuku tidak berbahaya dan tidak semua orang dengan kuku putih mengidap penyakit hepatitis. Jika anda bimbang tentang paparan kuku anda, sila berjumpa dengan doktor kulit untuk pengesahan.


Video Dan Gambar Nenek Mempunyai Tanduk Di Dahi

· 0 Puteri amani

China – Zhang Ruifang, nenek berusia 101 tahun asal Desa Linlou, Provinsi Henan, China jadi perhatian ramai gara-gara tanduk yang tumbuh di dahi kirinya.
Tanduk hitam sepanjang 2.4 inchi atau 6 sentimeter tumbuh hanya dalam masa setahun di dahi kiri Zhang Ruifang. Sementara, di dahi kanan ada tanda-tanda akan tumbuh tanduk sama.
Tidak hanya terkejut, keluarga nenek ini juga bimbang. anak bongsunya, Zhang Guozheng (60), mengaku memperhatikan kulit kasar yang tumbuh di dahi ibunya setahun lalu.
“Namun lama-lama makin aneh, tiba-tiba ada tanduk di dahi ibu saya, sampai berukuran 6 sentimeter,” kata dia.
“Sekarang bahkan ada yang tumbuh di dahi sebelah kanannya. Kami bimbang akan tumbuh lagi tanduk yang sama, “kata Zhang.
Belum jelas penyebab tanduk di dahi Zhang Ruifang. Namun diduga itu kerana penebalan kulit.
Sel yang membentuk tanduk itu diduga adalah keratin – sel yang sama yang membentuk rambut dan kuku manusia. Sementara pada haiwan, keratin membentuk bahagian kulit dan tanduk.
Meski pun uzur, Zhang Ruifang masih aktif. Dia mampu berjalan meski dibantu tongkat. Dia juga masih boleh menikmati makanan kegemarannya dengan enak, misalnya paha ayam goreng.
Zhang Ruifang mempunyai tujuh anak, enam laki-laki seorang perempuan. Anak tertuanya berusia 82 tahun. Keluarga Zhang Ruifang tinggal di luar bandar dan tidak punya wang untuk membawanya ke rumah sakit. Namun, kata mereka, tanduk Zhang Rufang tidak membuatnya sakit – nenek itu masih boleh menikmati masa tuanya dengan damai.
sumber: dairishare.blogspot.com



Video Rekaan Untuk Jatuhkan Ustaz Azhar Idrus?

Tuesday, July 30, 2013 · 2 Puteri amani


Banyak video-video yang sengaja direka untuk menjauhkan anak² muda dari Agama demi kepentingan politik. Inilah hakikatnya yang berlaku pada zaman sekarang ni.  

Mari kita sama-sama menonton dan menilai video ini, adakah video ini direka untuk menjatuhkan Ustaz Azhar Idrus? Atau sekadar memberi teguran?

 
 Dan ini ialah video asal Ustaz Azhar Idrus


Terpulanglah bagaimana anda menilai video ini, tetapi yang pastinya, kita sepatutnya bersatu demi memperjuangkan Agama Islam ini bersama-sama. Wallahu a’lam.




Cif Inspektor Cabul & Seks Oral Dalam Kereta Peronda

· 0 Puteri amani





ISHAK diiring keluar dari Mahkamah Sesyen semalam.



KOTA BHARU – Perbuatan keji seorang pegawai polis berpangkat Cif Inspektor yang mencabul kehormatan seorang gadis berusia 15 tahun dan memaksanya melakukan seks oral di dalam kereta peronda berbalas apabila dia dihukum penjara 14 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati Ishak Mahmud, 49, dari Kampung Kelubi, Pasir Puteh bersalah di atas kedua-dua pertuduhan tersebut yang dilakukannya kira-kira empat tahun lalu.

“Saya mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, dengan itu tertuduh didapati bersalah untuk kedua-dua pertuduhan,” kata Azman.

sumber : Kosmo



6 Gangster Wanita Paling Di Takuti Di Dunia

· 0 Puteri amani


1. Judy Moran (dipenjara 2009-sampai sekarang)


Bagaimanapun, tidak bermakna bahawa organisasi seperti Keluarga Moran tidak boleh  sesekali dan mengubah Melbourne menjadi Dodge City. Judy Moran, adalah wanita berusia 66 tahun yang memimpin Gengster terbesar di Melbourne. Dia digelar "family matriarch".

2. Xie Caiping (dipenjara, 2009-sampai sekarang)



 


Hampir setahun yang lalu, kota Chongqing China mengeluarkan tindakan keras terhadap jenayah terancang, sebuah operasi besar-besaran yang menangkap hampir 1,500 suspek, yang semuanya berada dibawah pimpinan Xie Caiping. Sebagai bos, Caiping menjalankan kasino haram dan bertanggung jawab untuk menjaga polisi dari belakang semua orang.
 3. Sandra Avila Beltran (dipenjara 2007-sampai sekarang)



 
Dengan gelaran seperti "Ratu Pasifik," Sangat sukar  membayangkan Sandra Beltran seolah dirinya seorang lanun. Singkatkan cerita, Beltran lahir dan dibesarkan untuk menjadi "godmother" Mexico.Bapa saudaranya adalah Godfather seorang penyeludup dadah Mexico. Dia mendapat gelaran itu kerana dia memudahkan hubungan antara kartel Valle del Norte Colombia dan kartel Sinaloa, dan membantu mengembangkan laluan penyeludupan di sepanjang Pantai Pasifik Mexico. Sandra  dipenjara ketika menghadapi pertuduhan jenayah terancang, pengubahan wang haram dan konspirasi .

4. Rosetta Cutolo (dipenjara 1993-sampai sekarang)
 

Wanita ini menjadi gangster kerana rasa peduli dan berduka ketika saudaranya ditangkap oleh polis Itali. Dia kemudian meneruskan perniagaan yang diceburi oleh saudaranya itu. Dia menjadi senarai suspek yang paling dikehendaki di Itali kerana dia termasuk dalam senarai nama keluarga Raffaele Cutolo, Nuova Camorra organizzata (NCO), iaitu gangster yang paling ditakuti di Itali. Setelah  markasnya diserbu polis Itali pada tahun 1981, dia menghabiskan 10 tahun sebagai buruan sampai akhirnya menyerah diri.

 5. Maria Licciardi (dipenjara, 2001-sampai sekarang)




Dari tahun 1993 hingga 2001, Maria Licciardi adalah ketua Marga Licciardi, dan "Capo di Tutti Capi" gangster dari Napoli. Di bawah membimbingnya, keluarga Licciardi menjadi lebih teratur, dan lebih menguntungkan dalam segala usaha mereka. Mungkin sumbangannya yang paling penting, adalah memperkenalkan pelacuran di Camorra.



 6. Maria Leon (dipenjara 2010-sampai sekarang)



 
Seorang ibu 44 tahun dengan 13 anak-anak mungkin kedengaran tidak terlalu berbahaya. Namun berbeza dengan Maria Leon, dia menjadi ketua pengedaran dadah terbesar yang menguasai timur laut Los Angles dan Beirut. Dia mengatur perniagaannya pada saat dia memberikan pendidikan bagi anaknya



sumber


Kasihan Makcik Ni,54 Tahun Tidak Beraya Di Kampung

· 0 Puteri amani


“Siapa tak teringin nak tinggal dan beraya dengan anak? Biarpun keadaan mak cik macam ini, hati mak cik masih kuat nak balik ke kampung,” rintih bekas pesakit kusta, Halus Samad, 72, yang ditempatkan di Kompleks Kediaman Dormitori, Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN), di sini.
Tahun ini, sudah 54 tahun warga emas itu tidak beraya di kampung halamannya di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Meskipun penyakit itu tidak lagi berbahaya, tanggapan negatif masyarakat, termasuk enam anaknya, menyebabkan hajat ibu tua ini untuk beraya di kampung halaman untuk kali pertama sejak 1951 belum kesampaian.
Halus menjadi penghuni Pusat Kawalan Kusta, Pulau Jerejak, Pulau Pinang ketika berusia 11 tahun pada 1958 sebelum dipindahkan ke PKKN ketika umurnya 18 tahun.
“Sejak berumur 11 tahun, mak cik dimasukkan ke pusat ini. Dulu di Pulau Jerejak dan selepas Lembah Harapan dibuka, kami dipindahkan ke sini kerana pusat kusta di sana ditutup.
“Di sini, akhirnya mak cik berjumpa jodoh dengan pesakit lelaki pada 1960-an. Kami berkahwin dan dikurniakan enam anak. Alhamdulillah, walaupun mak cik dan arwah suami dijangkiti penyakit kusta, anak tidak mewarisinya.
  “Mak cik dan suami terus tinggal di sini hinggalah dia meninggal dunia, beberapa tahun lalu. Sejak itu, mak cik keseorangan tanpa tempat bergantung,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.
Halus berkata, kini selepas anaknya membesar dan memiliki keluarga sendiri, mereka seperti mengabaikan dan membiarkannya di pusat itu.
 “Anak tak sanggup jaga mak cik, sebab itu mak cik duduk sini. Mereka tidak mampu, biarlah mak cik di sini. Sekurang-kurangnya, ramai boleh jaga makan pakai mak cik.
“Bagaimanapun, sekali sekala mereka (anak) datang melawat. Walaupun tak lama dan tidak selalu, cukup untuk mak cik melepaskan rindu kepada anak dan cucu,” katanya.
Difahamkan, Halus mempunyai empat anak lelaki dan dua perempuan berusia lingkungan 30-an hingga 50 tahun. Bagaimanapun, lima daripada anaknya menetap di Pulau Pinang dan hanya seorang di Lembah Klang.
Menurut Halus, dia teringin pulang ke kampung halamannya dan menyambut Aidilfitri bersama anak dan saudara-mara, namun disebabkan anggota badannya cacat, ia menjadi beban kepada anak.
Rindu warga emas ini terhadap anaknya boleh difahami kerana setiap kali dia melahirkan zuriat, bayinya dihantar ke kampung untuk dijaga saudara-mara berikutan polisi PKKN ketika itu.
Ini untuk mengelakkan bayi dijangkiti kusta berikutan tiada penawar bagi penyakit itu pada zaman dulu.
“Sudah bertahun-tahun mak cik tidak balik ke kampung. Mak cik teringin dan rindu beraya dengan anak. Sebelum ini, di sinilah tempat mak cik beraya dan menyambut puasa.
“Begitupun, mak cik serahkan semuanya kepada anak. Kalau mereka datang jemput, mak cik ikutkan saja. Kalau tidak, mak cik beraya di sini dengan kawan.
“Mak cik tahu menjadi beban kepada anak. Lagipun, hidup bergantung kepada kerusi roda seperti sekarang membataskan pergerakan mak cik. Kalau tinggal dengan mereka, mesti susah untuk mereka uruskan mak cik,” katanya.
Halus berkata, kedua-dua tangannya dipotong 20 tahun lalu disebabkan bakteria kusta di dalam badannya merebak hingga ke anggota berkenaan.
“Kata doktor, mak cik lambat dapat rawatan. Sebab itu bakteria dalam badan melarat. Nak tak nak, kedua-dua tangan kena potong.
“Tak lama lepas itu, kaki pula jadi lemah dan mak cik tak boleh berjalan. Dulu masa sihat, mak cik boleh pergi ke mana saja walaupun anak tidak datang ambil.
“Sekarang hidup mak cik bergantung sepenuhnya pada ihsan kakitangan PKKN. Bagaimanapun, mak cik bersyukur walaupun kesihatan semakin hari semakin merosot, pekerja di sini tidak pernah abaikan mak cik. Setidak-tidaknya mak cik mempunyai mereka yang sanggup menjaga,” katanya.
Halus berkata, mungkin kerana anaknya tidak berkemampuan, tiada kerjaya bagus serta masing-masing ada masalah sendiri, dia rela berada di pusat itu.
“Mak cik tidak mahu susahkan mereka, lebih-lebih lagi masing-masing tidak berduit. Cukup sekadar datang menziarahi mak cik di sini jika ada masa terluang.
“Hati ibu mana yang tidak sedih bila berada dalam keadaan seperti ini. Mahu atau tak, mak cik perlu jaga diri sendiri dan doakan kebahagiaan anak.
“Aidilfitri ini, jika mereka ingat, mereka pasti menjemput saya pulang dan beraya dengan mereka. Jika tidak, biarlah mak cik di sini. Lagipun, mak cik sudah biasa beraya di sini,” katanya.


sumber: hmetro.com.my



Mayat Wanita Mengumpat Sukar Untuk Di Kapankan

· 0 Puteri amani

Setiap manusia yang hidup pasti akan merasai mati. Itu adalah janji Allah SWT kepada hambaNya. Namun bagaimana cara kita mati, tempat kita mati, keadaan kita mati hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kita sebagai hamba Allah hanya perlu sentiasa berdoa agar mati dalam khusnul khatimah.

Di bawah ini terdapat satu kisah yang mana diceritakan kisah seorang wanita yang gemar mengumpat, akhirnya sukar untuk dikafankan.
Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah saya tempuhi. Ada di antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak kurang juga yang benar-benar memberi keinsafan. Salah satu daripada pengalaman-pengalam an itu membabitkan masalah kain kapan tidak muat pada hal mayat yang hendak di kapankan bersaiz kecil. Ini bertentangan dengan satu lagi mayat yang saya uruskan, di mana kain kapannya mencukupi walapun orangnya berbadan tinggi dan gemuk.
Sepanjang pengelaman saya dalam pengurusan jenazah sejak lebih 30 tahun lalu, saya mengunakan kain kapan sebanyak 24 ela untuk mengapankan mayat. Jumlah itu selalunya mencukupi tidak kira sama ada mayat bersaiz besar atau kecil, gemuk atau kurus.
Tetapi sewaktu menguruskan satu jenazah di negeri Selangor beberapa tahun lalu, kain kapan sebanyak 24 ela yang saya sediakan itu tidak mencukupi pada hal mayatnya kecil sahaja. Mayat itu berkeadaan biasa, berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang lima kaki. Saya diberitahu arwah meninggal dunia kerana sakit jantung. Orangnya sudah tua, umurnya sekitar 60-an.
Seperti biasa sebelum memandikan mayat, saya memotong dahulu kain kapannya sebanyak tiga keping. Panjangnya mengikut ketinggian arwah kemudian di tambah satu hasta di hujung kepala Dan satu hasta di hujung kaki. Selepas semuanya siap disusun, saya mula memandikan arwah dengan bantuan adik saya, Rafeah. Tiada keanehan ketara berlaku semasa arwah di mandikan, cuma mukanya agak kuning Dan najisnya, Maha Suci Allah amat banyak. Makin dikorek makin banyak yang keluar.
“Eee, Ada lagi najis”, kata adik saya Rafeah kehairanan. Selalunya tidak sampai setengah jam, najis sudah habis keluar tetapi yang ini, lebih 45 minit baru habis. Setelah lebih dua jam berlalu, baru selesai tugas kami memandikan mayat itu. Selalunya satu setengah jam sudah mencukupi.Bila semuanya sudah bersih, arwah dipindahkan untuk dikapan. Sebaik sahaja arwah diletakkan ke atas kain kapan, saya terperanjat besar bila mendapati kain putih yang saya sediakan tadi tidak muat. Entah macam mana kain kapan di hujung kepala Dan di hujung kakinya cuma tinggal satu jari sahaja.
“Eee, kenapa tak cukup. Takkan salah potong”, saya berkata pada adik saya. Wajahnya turut berkerut kehairanan bila mendapati kain kapan yang kami sediakan itu tidak muat. Kami berdua sama-sama bingung Dan bertanya-tanya di mana silapnya.
Nak katakan saya tersalah ukur semasa memotong tadi, mustahil. Rafeah sendiri menyaksikan Dan membantu saya memotong kain itu. Sudah bertahun-tahun kami berdua melakukan perkerjaan ini, tidak mungkin kami tersalah potong. Nak katakan pembekal kain bersalah ukur, juga tidak mungkin. Sebelum memotong, kami mengukur terlebih dahulu kain kapan itu dan mendapatinya cukup 24 ela.
Setiap kali berlaku kematian, orang yang sama itulah yang membekalkan kain kapan kepada saya. Tidak mungkin dia tersalah ukur. Saya mula berkecimpung dalam pengurusan jenazah sejak berusia 17 tahun lagi.. Waktu itu saya mengikut nenek saya menguruskan jenazah di kawasan Klang sebelum di lantik sebagai bilal pengurusan jenazah wanita oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun 1973.
Sepanjang tempoh pembabitan saya dalam bidang itu, inilah kali pertama saya berdepan dengan masalah kain kapan tidak muat. Mungkin inilah yang dikatakan habuan Dan bahagian masing-masing. Entah apa amalan arwah semasa hayatnya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. Semoga Tuhan mengampunkan segala dosanya Dan mencucuri rahmat di atas rohnya.
Untuk menambah kain putih yang lain, dah tak Ada . Kain yang saya bawa itu semuanya sudah di pakai, tiada lagi saki-bakinya. Mahu tak mahu mayat arwah dikapankan juga menggunakan apa yang Ada . Maha Suci Allah, saya sekali lagi teperanjat besar bila mendapati kain kapan itu tidak mencukupi untuk membungkus mayat arwah. Bahagian tengahnya ternganga seperti membungkus nasi lemak. Selalunya kain kapan yang saya sediakan boleh menutup hingga ke bahagian tepi. Puas saya tarik untuk Cuba menutup bahagian yang ternganga tetapi gagal. Untuk mengatasi masalah itu, saya terpaksa menggunakan kapas untuk menutup bahagian yang ternganga sebelum mengikatnya kemas-kemas.
Sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengapan, arwah disembahyangkan kemudian dibawa ke tanah perkuburan. Dan dengan itu selesailah kewajiban saya. Namun cerita-cerita daripada salah seorang yang membantu kerja-kerja pengebumian jenazah membuatkan diri saya menjadi bertambah bingung.
Menurutnya, semasa jenazah hendak dikebumikan, satu keanehan berlaku yang benar-benar memberi keinsafan kepada sesiapa sahaja yang hadir.Ketika jenazah diturunkan, liang lahad yang disediakan didapati tidak cukup panjang hingga menyebabkan bahagian kaki jenazah membengkok. Akibatnya, jenazah terpaksa ditarik naik Dan liang lahad digali semula. Bila kubur siap di gali, jenazah diturunkan untuk kali kedua. Allah Maha Besar, liang lahad masih sempit walaupun telah digali melebihi enam kaki. Setiap yang hadir bertambah hairan. Apakah amalannya hingga diseksa begitu rupa?
Jenazah dinaikkan semula Dan liang lahad ditebuk lagi untuk kali ketiga. Bila selesai kerja-kerja menggali, jenazah diturunkan. Alhamdulillah, cubaan kali ketiga berjaya Dan jenazah akhirnya selamat dikebumikan. Masing-masing menghembus nafas lega. Apa yang berlaku pada jenazah itu memanglah menyedihkan. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana kain kapan yang saya bawa itu tidak muat dengannya. Untuk memastikan kedudukan sebenarnya, saya pergi ke kedai yang membekalkan kain kapan kepada saya untuk bertanya berapa banyak kain putih yang dibekalkan kepada saya. Jika betul 24 ela,kenapa kain itu tidak cukup sedangkan mayat yang dikapankan bersaiz kecil.
Jawapan yang diberikan oleh pekedai itu menyedarkan saya tentang kebesaran Allah. Menurutnya, kain putih yang dibekalkan kepada saya sama seperti kebiasaannya, ia itu 24 ela. Jika kain itu tidak mencukupi itu bukanlah salah sesiapa sebaliknya merupakan ketentuan Allah. Maha Suci Allah Allah, memang benar apa yang dinyatakan oleh pekedai itu. Apa yang berlaku ke atas jenazah itu merupakan balasan daripada Allah. Mungkin ada di antara amalan-amalannya yang bertentangan dengan ajaran Tuhan. Entah apa yang dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya, wallahualam, hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinnya.
Tetapi daripada cerita-cerita yang saya dengar, arwah dikatakan menpunyai tabiat buruk – suka mengumpat dan mengatakan orang. Tidak cukup dengan itu, arwah juga dikatakan suka mengambil tahu urusan orang serta gemar membawa mulut dari rumah ke rumah. Bukanlah niat saya untuk membongkarkan keburukan arwah tetapi sekadar memberi nasihat. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran dan memberi pedoman dan iktibar mereka yang masih hidup. Hindarkan perkara-perkara keji demi kesejahteraan kita sendiri. Pengalaman yang cukup menginsafkan itu jauh berbeza dengan apa yang saya lalui semasa menguruskan satu lagi jenazah kira-kira sebulan kemudian.
Orangnya saya kenal, berbadan gemuk dan berusia sekitar 50-an.. Punca kematiannya ialah darah tinggi. Sewaktu menatap jenazahnya untuk kali petama, saya mendapati mukanya tenang dan jernih. Walaupun bertubuh besar, tetapi Maha Suci Allah, badannya lembut dan ringan. Saya dan adik saya Rafeah tidak mengalami sebarang masalah untuk mengalih-alihkan badannya. Najisnya tak ada langsung. Puas kami menekan dan mengorek, tetapi tiada sebarang kesan najis.
“Bersih betul mayat ini”, saya berbisik kepada Rafeah. Tiada langsung kesan kotoran pada tubuhnya, seolah-olah dirinya telah dibersihkan sebelum menghembus nafas terakhir. Seronok betul kami menguruskannya. Mayat itu selesai dimandikan dalam tempoh tidak sampai sejam. Sewaktu hendak mengapan jenazah, kami berdua pada mulanya di selubungi kebimbangan takut-takut peristiwa kain kapan tidak muat berulang lagi. Maklumlah, sedangkan jenazah kecil pun tak muat inikan pula jenezah yang besar. Tetapi syukur alhamdulillah, kain kapan yang kami bawa sebanyak 24 ela itu cukup untuk menutupi seluruh bahagian. Selesai kerja-kerja mengapan jenazah disembayangkan.
Kerana terlalu ramai yang hadir, jenazah disembahyangkan dua kali. Kali pertama di rumah dan kali kedua di masjid. Jenazah akhirnya dibawa ketanah perkuburan dan selamat dikebumikan. Perjalanan lancar tanpa sebarang halangan. Saya sendiri berasa seronok menguruskannya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
Arwah memang dikenali di kalangan penduduk-penduduk kampungnya sebagai seorang yang kuat beribadat. Sifatnya yang suka bersedekah dan menolong orang ternyata mendapat balasan yang setimpal. Keadaannya jauh berbeza dengan jenazah kurus yang tidak muat kain kapannya. Bukan menghina atau mencaci tetapi itulah hakikatnya.Perbezaan itu jelas menunjukkan betapa pentingnya kita hidup berlandaskan agama. Buatlah apa yang disuruh dan tegah apa yang di larang, insya-Allah selamat didunia dan akhirat.
-semua gambar adalah sekadar hiasan..sumber



Ngeri! Gambar Gambar Penderita Pesakit AIDS

· 0 Puteri amani



























Saya berharap gambar-gambar ini akan mampu membawa mesej bagi sesiapa yang melihatnya. Gambar-gambar ini menceritakan kepada kita tentang bagaimana penderitaan para penyandang penyakit AIDS yang sehingga kini belum juga di dapati ubatnya. Penyakit yang mengakibatkan penurunan daya tahan tubuh ini lebih banyak di sebabkan oleh hubungan seks bebas. Penggunaan jarum suntikan yang tercemar oleh virus HIV juga menjadi penyebab berikutnya. Semuanya berpunca dari penyelewengan seseorang dari landasan hidup yang benar.

Dalam Gambar-Gambar ini kelihatan mereka begitu menderita dengan penyakit yang menimpanya. Mereka kelihatan putus asa, marah dan tidak tahu harus berbuat apa untuk lari dari penyakit yang menggerogotinya. Hanya raut penyesalan yang tampak di wajah mereka.

Siapapun berpotensi untuk dijangkiti penyakit ini lebih-lebih mereka yang suka melakukan seks bebas dan penggunaan ubat terlarang dengan jarum suntik.

Sebelum semuanya terjadi, mulalah berfikir seribu kali jika terselit di dalam hati untuk melakukan hubungan seks bukan dengan pasangan yang sah atau menggunakan dadah. Ingat mencegah adalah sebuah hal yang lebih mudah untuk kita lakukan, sedangkan menyembuhkan adalah perkara yang lebih sukar untuk dapat dilakukan, kegagalan daripada usaha pemulihan adalah kematian. Ada banyak hal yang jauh lebih baik untuk boleh kita lakukan daripada memenuhi nikmat sesaat yang akan membawa penderitaan sampai akhirat





Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit