Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Apa Nie!! Uqasha Senrose diraba pembantu peribadi

Friday, August 23, 2013 ·

Biasalah kan kalau nama nya artis,berbagai cerita dan pengalaman yang mereka kongsikan kepada umum.Ada cerita suka dan ada juga cerita duka yang mereka kongsikan.Yang saya kongsikan ni pulak kesa kena raba oleh pembantu peribadi..Ishhh ni la yang takut,mana agaknya silapnya sehingga pembantu peribadi tergoda dan tak tahan...



Aktres baru yang semakin dikenali, Uqasha Senrose mengakui pernah diraba oleh pembantu peribadi (PA) ketika sedang tidur. Kesal dengan perbuatan biadap itu, dia bertindak memecat pembantunya itu yang merupakan seorang pengkid serta-merta.
"Tidak perlu rasanya untuk saya menyebut namanya. Perkara itu berlaku ketika saya di set penggambaran drama "Ratu Shuhada" baru-baru ini. Saya sedang tidur di dalam kereta dan ketika itulah dia meraba saya. Nasib baik saya cepat tersedar.
"Selepas kejadian tersebut, saya terus memecatnya kerana saya memang tidak selesa dengan dia," ujar Uqasha ketika ditemui di tayangan filem "Paku Pontianak" di Sunway Pyramid semalam.
Tambah Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, dia mengambil keputusan untuk tidak membuat laporan polis kerana tidak mahu memperbesarkan perkara tersebut. 



Jelas aktres berusia 21 tahun ini lagi, buat masa ini dia masih belum mempunyai pembantu peribadi baru dan menyerahkan segala urusan seninya diuruskan oleh pihak pengurusan Metrowealth.
Ditanya tentang hubungannya dengan pelakon Pekin Ibrahim, Uqasha mengesahkan bahawa dia telah dirisik oleh keluarga kekasihnya itu.
"Ya, rombongan Pekin datang merisik pada Julai lalu. Hanya merisik dan kami tidak bertunang. Namun untuk kea rah perkahwinan, rasanya bukan tahun ini kerana masing-masing sedang sibuk dengan karier.
"Kami memberi tempoh masa selama setahun untuk diri masing-masing bagi mencari duit dan mengenali hati budi antara satu sama lain," katanya.
Dalam perkembangan lain, Uqasha dan Pekin telah bergandingan dalam sebuah filem seram arahan Ismail Bob Hasim, "Paku Pontianak" yang bakal ditayangkan pada 22 Ogos ini.




0 Puteri amani :

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit