Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Biar Betul! Bayi Kunyah Kepala Ular Hingga Separuh Mati

Friday, August 2, 2013 ·


Seorang kanak-kanak berusia setahun sebulan yang masih tidak mengenal erti takut mengunyah kepala seekor ular sepanjang 30 sentimeter yang masuk ke dalam rumahnya di bandar Israel Utara Arab, demikian dilaporkan akhbar AFP jumaat lalu.



Ibu kanak-kanak lelaki itu yang terkejut menjerit sekuat hati sehingga mengejutkan jiran-jiran apabila melihat anaknya, Imad Aleeyan, yang hanya mempunyai enam batang gigi, didapati mengunyah kepala ular itu.


“Saya sedang membuat susu dan ketika masuk ke bilik, saya melihat kepala ular dalam mulutnya,” kata ibunya, Ghadir Aleeyan yang tinggal di bandar Shefa Amr, 15 km timur bandar pelabuhan Haifa.


“Kami bergegas ke rumah Ghadir dan mendapati kanak-kanak itu sedang mengunyah kepala ular di dalam mulutnya. Ia benar-benar dahsyat dan menakutkan,” kata ibu saudara kanak-kanak itu, Yasmin Shahin. Seorang jiran yang tergesa-gesa datang ke rumah itu segera menarik ular yang setengah mati itu daripada mulut kanak-kanak lelaki dan membunuhnya.



Kepala ular itu kelihatan cedera teruk ketika ditarik keluar. Ketika ular itu ditarik keluar, kanak-kanak itu mula menangis,” tambahnya lagi. Mereka dengan serta-merta memeriksa kanak-kanak itu untuk melihat sama ada terdapat apa-apa tanda-tanda gigitan dan segera membawa kanak-kanak itu ke hospital Rambam di Haifa .



Doktor mengesahkan kanak-kanak itu tidak mengalami apa-apa kecederaan dan tidak terkena racun ular. Doktor itu menyatakan bahawa ular itu benar-benar beracun tetapi kanak-kanak itu bernasib baik kerana ular itu biasa melepaskan racun pada musim sejuk.



Seorang pakar amfibia dan reptilia, Dr Boas Shacham,memberitahu AFP bahawa daripada gambaran imej-imej ular itu, didapati ia adalah sejenis ular syiling dalam kategori (hemorrhois nummifer), spesies bukan-berbisa yang menyerupai viper .


Ular kebiasaanya akan membesar sehingga 1.3 meter panjang dan doktor itu menyatakan bahawa ular yang digigit kanak-kanak itu adalah spesimen yang “terlalu muda”. “Ia mungkin tidak menggigit kanak-kanak itu kerana cuaca sejuk,” kata Shacham yang merupakan ketua koleksi herpetologi di Universiti Hebrew Baitulmuqaddis




0 Puteri amani :

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit