Sinopsis ringkas sebelum arwah meninggal (seperti yang diceritakan oleh imam surau):
Seperti hari biasa, arwah antara orang yang terawal datang ke surau untuk solat berjemaah. Selepas selesai solat berjemaah dan berdoa, arwah telah keluar dari surau untuk mengambil wudhu' semula.
Kemudian arwah mendirikan solat sunat ba'diah. Ketika itu, semua jemaah telah pulang tetapi masih ada beberapa orang yang masih belum pulang sedang duduk berehat di luar surau. Sehinggalah sampai waktu ketika arwah sedang sujud, ia disedari salah seorang daripada mereka dan merasa hairan melihat arwah sujud begitu lama.
Kemudian dia menghampiri di sebelah arwah dan memegang kaki arwah. Dia memegang kaki arwah dan berasa sejuk. Pada waktu itulah mereka sedar bahawa arwah sudah tidak bergerak lagi dan kembali ke rahmatullah dalam keadaan yang sangat mulia.
Wallahu a'lam...
Allahyarham ruslan bin ishak yg meninggal ketika solat sunat dlm keadaan sujud d waktu zohor... di surau mujahidin desa surada bdr baru bangi... alfatihah...
0 Puteri amani :
Post a Comment