DALAM keadaan sekarang di mana ramai orang Islam terikut-ikut cara bukan Islam termasuk mencacah tatoo dan membela anjing kerana hobi, ada pula individu bukan Islam bertindak sebaliknya.
Jika sebelum ini ada yang memilih untuk berpuasa bagi menyelami keadaan rakan-rakan muslim, kini ada seorang gadis Cina pula memakai tudung.
Apa yang menarik, gadis berkenaan menyatakan dia bertindak sebegitu untuk menunjukkan kepada perempuan Islam di luar sana betapa indahnya kalau bertudung.
Malah apabila ada yang rakannya memberi komen Islam itu ‘simple’ (tidak menyusahkan), gadis yang dikenali sebagai Yun ini menyatakan, ‘simple tu lah remaja Islam sekarang tak boleh nak ikut.’
0 Puteri amani :
Post a Comment