Gambar Hiasan - Google Adsense
Tindakan lebih kurang 20 orang samseng India yang menganggotai GANG 04 dan GANG 08 mengepung serta menyerang empat orang anggota polis, hampir mengundang padah apabila tiga das tembakan dilepaskan ke udara oleh salah seorang anggota polis terbabit setelah anggota-anggota polis itu diserang menggunakan parang, pedang samurai dan kapak di Jalan Perusahaan Menglembu 13.
Dalam insiden yang berlaku di Menglembu itu, empat orang anggota polis yang berpakaian biasa telah ke lokasi di mana terdapat laporan anggota-anggota GANG 04 dan GANG 08 sedang bergaduh untuk membalas dendam apabila salah seorang anggota GANG 04 telah dibunuh di hadapan rumahnya malam Selasa lalu.
Mangsa ditetak, diculik dan mayatnya dibuang di tepi jalan berhampiran Batu Gajah.
Dalam kejadian 1:15 pagi itu, keempat-empat anggota polis itu nyaris dicederakan kumpulan samseng berkenaan. Keempat-empat anggota polis berpakaian biasa itu bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah kereta Proton Waja.
Sebaik-baik sahaja mereka sampai ke kawasan itu, polis mendapati antara 20 sehingga 25 orang lelaki menaiki motosikal berkumpul sambil membawa parang dan pelbagai senjata tajam yang lain. Anggota kumpulan samseng itu terus menyerang anggota dan kenderaan walaupun diberi amaran agar beredar.
Dalam keadaan cemas itu, seorang anggota melepaskan tiga das tembakan ke udara bagi menyuraikan kumpulan samseng terbabit daripada terus menyerang mereka.
Serangan tersebut memecahkan cermin bahagian hadapan kereta selain pintu kereta yang kemek akibat ditetak dengan parang atau kapak.
Semua suspek kemudiannya melarikan diri. Susulan itu, polis mengadakan operasi memburu mereka dan berjaya menahan enam lelaki yang dipercayai ahli GANG 08 berusia antara 20 sehingga 30 tahun, tidak lama selepas kejadian. Hasil tangkapan pertama itu juga, polis turut merampas 23 parang panjang dan sebilah pedang samurai.
Polis kemudiannya memberkas dua orang lelaki berusia 23 dan 24 tahun di Taman Kledang dan Bandar Baru Menglembu antara jam 2:00 pagi hingga 3:00 pagi semalam.
Siasatan polis mendapati empat daripada lapan suspek yang ditahan itu pernah mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.
Polis kini memburu tujuh lagi suspek utama dikenali sebagai:
(a) V.VIGNESWARAN NAIDU atau VICKY, 31
(b) PRABAGARAN MONOSAMAY, 25
(c) SARAT BABU SUSEELAN, 27
(d) THANGASAMY ADAKKALAM, 40
(e) VIKNESVARAN SUBRAMANIAM, 29
(f) JAYAKUMAR SUBRAMIN, 31
(g) PRAKASH THAVATAS, 26
Semua suspek yang diburu itu berasal dari Ipoh dan polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat jikalau mengetahui lokasi ketujuh-tujuh suspek berkenaan.
Sesetengah daripada orang yang dikehendaki polis dipercayai bersenjata dan amat merbahaya. Jangan cuba mengambil tindakan bersendirian atau cuba menangkap mereka. Sekiranya mempunyai maklumat, sila hubungi Pusat Kawalan Malaysia di talian 03-22663333 atau mana-mana balai polis berhampiran.
0 Puteri amani :
Post a Comment